Tuesday 22 November 2016

Telor Gentel

Assalammualaikum..

nie bukan entry lucah yea..nie entry bagi ibu-ibu yang dah tak tahu nak masak apa kan..hari-hari pening fikir nak masak lauk apa kan..lauk nie simple jer..

bagi ibu-ibu yang malas macam aku la..bukan malas masak tapi malas fikir lauk nak masak..so buat telor gentel buat samabl belacan cicah dengan timun ke ulam ke tu buat makan bertambah-tambah..anak-anak dah dapat telor gentel lauk lain tak pandang dah..
Image result for resepi telur hancur
senang jer masak..bahan dia cuma telor 3 biji dipukul dengan garam dan masuk sikit secubit secukup rasa..lepas tu kocak bagi kembang sikit..dalam kali tumis cili dan bawang yang dah blender tumis garing lepas tu masuk garam gula dan kicap ( optional la )..lepas tu kacau bagi hancur...siap di makan dengan nasi panas

Tuesday 15 November 2016

Majlis Khatam Al-quran Perdana

Assalammualaikum..

ok ahad lepas kena bangun awal sebab nak bawa kakak ada Khatam al-quran perdana..so kali nie semua turun ikut..


sebahagian dari pelajar terpilih dari sekolah agama daerah batang padang..yang ramai dah tentu kaum hawa yang joint.




khatam alquran nie dipimpin oleh tahfiz muda Aqil..ya allah sejuk perut ibu dia mengandungkan.alunan suara merdu sebak pulak bila dia alun ayat al quran..mula la terbayang yang duduk baca tu Nuqman..hahaha berangan tinggi betul..


nie pelajr lelaki yang masuk khatam al quran suruh pelajar perempuan bergambar tak mahu segan mereka.


selesai majlis khatam semua pelajar dapat cenderamata yang disediakan..alhamdullilah kakak dah khatam al-quran masa darjah 4..

Friday 11 November 2016

Keputusan Periksa Akhir Tahun Nuqman dan Kak Tisya

Assalammualaikum..

Akhirnya anak-anak dah selamat menjawab peperiksaan dan membawa keputusan..

Alhamdullilah pelajaran kakak ada peningkatan walaupun sikit jer meningkat tapi mama tetap syukur mama tau kakak hanya mampu setakat itu..walaupun sakit juga mata mama tengok markah dan keputusan..hahaha..tapi mama tau setakat mana kemampuan kakak..so tahun depan nak amik UPSR so kena gigih lagi kuat..plan nak hantar tusyen kat kakak..Kakak kena usaha lebih gigih memandangkan kakak di kelas 1..kena bersaing gigih lagi .untuk tahun nie kakak memang mama tak dapat nak bagi hadiah sebab tak mencapai apa yang dijanjikan..

takpa la kakak mama pun bukan pandai sangat zaman sekolah rendah dulu..baru aku tau macam tu  la agaknya bila ibu dan ayah aku tengok result aku dulu so sekarang merasa la kan..

Nuqman pun alhamdullilah peningkatan ketara sangat..dia tebus kesalahan yang dulu..Alhamdullilah mama bangga dengan Nuqman..walaupun dalam kelas teratas memang tercabar dengan geng yang lebih pandai tapi mama tau itu usaha Nuqman setakat itu..walaupun apa mama akan bagi hadiah kat Nuqman atas pencapaian ini..

Mama papa doakan terbaik untuk anak-anak mama..usaha gigih lagi..

Si Amsyar nie pulak mula-mula jer sekolah adoiii sakit hati bila tengok buku dia..ikut suka hati dia nak tulis ke nak colour ke..tapi takpa la baru 3 tahun lebih kan..tapi sekarang habis semua buku yang lama tu dia suruh padam dia nak buat balik..rajin sangat la kan..dah nampak perkembangan sikit dah pandai ..alhamdullilah..bab cakap menjawab bertanya bagi kat dia sampai tak terlayan aku di buatnya..

Masak Mee Goreng

Assalammualaikum..

Hari tu En Hubby ada game friendly so dia mintak bini dia nie masak..so 1st time aku masak mee sebanyak tu ya.. alhamdullilah licin di makan..nasib menjadi kan..

di sebakan aku jenis lurus bendul so nak masak mee nie bahan dia semua aku double kan..kalau kata cili kering segegengam so mee ari tu 3kg so aku double kan gengam tu..haha ikut peraturan ya..aku tak pandai nak main agak-agak..


Wednesday 2 November 2016

Naib Johan Or Johan?

Assalammualaikum..

Johan or Naib Johan bagi mama tak penting yang penting tetap Juara di hati ibu bapa anak yang telah gigih berlatih cuma tak ada razki tahun nie..markah johan dan naib johan sama yang bezakan cuma pembawakan rentak lagu jer..


dah sampai ke peringkat Negeri pun dah syukur bagi mama..tahun depan insyaallah ada rezki kita cuba sungguh sampai ke Kebangsaan..ya sayang..






Blogger Templates