Monday 14 May 2012

Gelagat Anak

Assalamualaikum..

Minggu nie minggu exam bagi si kakak..Good Luck for kakak..

tapi bukan nak citer pasal kakak exam tapi si gelagat Nuqman .. Aku bagitau kakak minggu nie ada exam sekolah agama..tapi yang terlebih risau si Nuqman..si kakak relax jer..

Semalam masa ontheway balik Bidor si Nuqman nie tak habis-habis tanya pada kakak bermacam-macam soalanyer..

Nuqman : Kak esok periksa camne yer..kita tak tahu la nak jawab?dia tulis bahasa jawi ke bahasa melayu?

Kakak : Dah sekolah agama bahasa jawi la..

Nuqman : alaaa..kita tak tahu bahasa jawi..camne nie(sambil merengek nak nagis)

Papa : Tu la sapa suruh cuti lama-lama lagi

Kakak : alaa tak pe senang jer..nanti ko tak tahu tanya ustazah ko kalau tak tahu..soalan dia  alif ,,ba..ta..jer..tapi nanti ko tak boleh tiru orang tau

Nuqman : Boleh ke tanya ustazah?

Masa nie Nuqman pun baca ayat-ayat lazim dan baca alif..ba..ta.. dan sterusnya..suruh kakak dengar betul tak dia baca..

Nuqman : Kak huruf sod denagn dod camna yer..kita lupa la..tak tahu nak tulis camne..

masa nie si kakak baru nak tidur.. tapi tetap sabor layan jer la adik dia dia pun terang kat adik siap lukis lagi..bagus tul kakak nie..aku cakap dengan En Hubby macam nak ambil final exam jer..entah-entah untuk budak PRA tak ada pun exam  dia jer yang over sangat..

apa-apa pun semoga anak mama dapat jawab soalan dan dapat keputusan cemerlang..

Noor...

Wednesday 9 May 2012

Trismeter 1

Assalamualaikum..

Trismeter 1
Baru 7 minggu..

Keadaan mama sekarang hanya rasa loya-loya..so far tak da nak muntah yang teruk lagi..alahan mama tak ada teruk sangat seperti mengandung yang lain ..tapi masuk waktu tengahari ke malam jadi lembik..letih dan lenguh-lenguh badan terutama kat pinggang..time malam loya bagai nak rak tapi tak de nak muntah pun..makan pun sikit jer..kalau la sebelum macam nie kan best boleh kurus aku..

Mood berubah kejap-kejap malas..kejap karang moody jer..nasib baik ada papa..papa rajin jugak bantu kemas rumah bila bersepah tolong apa yang patut..setakat nie mood memang malas giler..sory yer papa mood orang mengandung memang gini..masak pun satu lauk jer..kesian anak mama dan papa..papa tak merungut tapi si kakak merungut tengok tak ada lauk tambahan..bukan apa buat kerja lebih sikit mula nak pitam..

Disebabkan malas anak-anak mama jadi mangsa mama..suruh buat itu  ini lah..kadang-kadang tu sampai nak minum mama malas nak ke dapur...yang jadi mangsa anak mama juga..tapi mama syukur sangat pada ALLAH kerana anak mama tetap rajin ikut perintah mama ko nie..harap-harap semua akan berubah tidak lama lagi..

Rasanya setakat nie yang mama alami..mama tahu anak mama excited nak dapt adik kan tu yang rajin tolong mama...

Mama doakan semoga anak dalam kandungan mama nie sihat dan sempurna dan juga selamat sehingga tiba masanya..

Noor..

Mood malas

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak nie malas sungguh nak tulis kat blog..tunggu mood  datang sampai ke sudah la gamaknya tak berupdate la blog aku..

Sejak berbadan dua nie semuanya malas...malas nak masak..malas nak kemas rumah..malas nak kerja segala-galanya malas melanda yang aku tahu nak tidur dan baring jer..maybe peringkat awal jer..minta-minta masuk triminister ke dua nie jadi rajin dan keadaan pulih sediakala..

Ok la setakat nie..nanti aku updated lagi pasal aku dan mengandung ...


Noor..

Friday 4 May 2012

Berita Yang Tidak Dijangka

Assalamualaikum...

Semalam suasana 28hb penuh gembira...tapi suasana pagi subuh pada 29hb April 2012 bertukar menjadi hiba  hanya dengan satu panggilan dari abang ipar aku a.k.a ngah..Dimulai dengan tangisan kakak ipar aku a.k.a Ayung  dan selepas tu semua duk pakat nagis pagi tu bila dapat tahu opah telah pergi kepada penciptanya..

Baru semalam buat kenduri doa selamat untuk dia..tapi ALLAH lebih menyanyanginya..Apa lagi pagi itu semua kelam kabut kemas nak balik ke rumah Ngah kat Setia Alam..Ayung family gerak dulu.. Hubby  sama adik-adiknya dan abah pun gerak awal..aku tak dapat gerak awal sebab Nuqman tak berapa sihat..Nuqman pulak nagis bila aku cakap aku pergi dulu..risau takut bentan aku suruh diorang pergi dulu..aku gerak lambat sikit sama ibu dan ayah aku..Lambat pun tak ada lambat sangat pun aku dengan family aku kemas sikit dan angkut barang sumbat semua dalam rumah karang tinggal kat luar merayap pulang barang...

Aku sampai rumah mak aku dan tinggal kan Nuqman bersama Ucu dia..Aku terus gerak  bersama ibu dan ayah..tapi aku sangat sedih dan terkilan sikit la sebab aku call Hubby tapi sepupu dia angkat kata Hubby tengah urus jenazah kat kubur...waaaaaaaaaaaaaaa tak dapat tatap arwah opah buat kali terakhir..sampai hati diaorang semua tak tunggu aku..kata lepas zohor nak kebumikan..aku adalah terkejar-kejar nak sampai awal sana..aku pujuk hati aku tak pela hari itu dapat jaga dia pun jadilah..aku cuma dapat sedekah al fatihah buat arwah.( sambil taip nie ayak mata kuar.. hidung dah merah ni)

Kepada semua yang suka terjag blog aku...aku ada satu permintaan mohon  kepada pembaca semua sedekahkan al fatihah buat opah aku Halipah b Itam Idris yang meninggal pada 29hb April 2012 jam 05:40 pagi...semoga allah mencucuri rahmatnya..amin...


Noor...

Akhirnya..

Assalammualaikum..

Akhirnya usaha selama ini berbuah hasil..alhmadullillah bersyukur kepadaNYA atas rahmatnya..harap-harap semuanya berjalan lancar dan selamat..

Mesti tertanya-tanya kan apa dia???saja jer wat suspen jer..cuba tengok kat bawah nie

v


v


v


v


v


?


?


?


?


?


?


?

sikit jer lagi..hehehe..

v


v


v









positif
 Noor...

Telah Selamat Semuanya

Assalamualaikum..

Lama tak updated blog..sibuk menjaga anak teruna yg baru lepas operate..

24hb April hari tu selamat sudah Nuqman operate dan sunat sekali..Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar.


mama dan Nuqman

Kami sampai hospital Ipoh pukul 6.45 pagi..masa tu tak ramai orang lagi..kaunter buka pukul 7.00 pagi..

Nuqman sebelum operate

Tag nama



Tunggu giliran.duduk kat wad dulu

Selepas urusan pendaftaran Nuqman nurse suruh duduk wad dulu sebelum dipanggil masuk bilik bedah..Nuqman no 4 dari 10 orang yang buat operate hari itu..masa nie dia puasa lagi tak boleh makan atau pun minum..kesian dia last makan pukul 10.00 malam..

Nama Nuqman kena panggil pukul 10.00 pagi..kesian Nuqman masa tu dia dah bising lapar ..mama dengan papa pun menahan lapar..kesian dia budak-budak yang ada kat situ makan dan minum depan dia..lagi la dia merengek..pastu Nuqman bising bila dia nak masuk bilik operate..budak -budak lain semua nagis samada nak masuk bilik operate atau kuar dari bilik operate....Nuqman pulak ecxited nak operate..tengok dia steady jer..

Bila giliran Nuqman aku masuk sampai ke bilik operate sampai dia tidur lepas kena ubat bius..tapi memang aku bangga dengan Nuqman dia tak nagis atau pun tunjuk rasa takut walaupun orang sekeliling dia nagis..lagipun aku dah bagi kata-kata semangat kat dia..dia senyum jer sampai doktor pun hairan tengok kat dia siap boleh bersembang dengan doktor. Bagus betul anak mama nie


selepas sedar dari operate..

Masa nie dia still tak rasa sakit sebab ada ubat bius lagi..dah operate pun dia still tak nagis..Pukul 3.00 petang baru boleh keluar selepas doktor buat pemeriksaan..alhamdullilah..


Nagis sebab amik gambar dia

tutup mata..malu katanya

Saat menjaga dekat rumah hari pertama dia ok masuk hari kedua mama tak boleh nak buat kerja ataupun nak masak..kejap-kejap panggil jer..last-last papa kata beli lauk dah siap jer..dengan papa tak nak nak mama juga..seminggu mama dan papa tidur kat ruang tamu..menjaga Nuqman..

Tapi apa-apa pun mama rasa bersyukur dan gembira kerana dapat merasa menjaga Nuqman ketika sunat..bagi mama ini satu pengalama yang sangat indah..

Setelah semua nya selamat hari sabtu 28hb April buat sedikit kenduri doa selamat untuk Nuqman dan opah yang baru lepas operate appendix.. dan tahlil untuk arwah mak mertua..

alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar..sekarang Nuqman pun dah beransur pulih dah boleh pun pakai seluar..

Noor..

Blogger Templates