Wednesday 7 December 2016

Hari Anugerah Kak Tisya & Nuqman

Assalammualaikum...

Alhamdullilah tahun nie tahun ketiga Nuqman dapat hadiah untuk sekolah agama..sekolah kebangsaan tahun nie tak dapat tak ada rezki..takpa usaha lebih gigih lagi..

Kali nie dapat joint hari anugerah nie tahun sebelum ada hal tak sempat nak bagi support..



for kakak dan Nuqman good luck for the next year..mama papa amsyar proud for kakak dan nuqman..semoga menjadi contoh kepada amsyar nanti..



Alhamdullilah tahun depan keputusan UPKK keluar berapa result kakak mama tak kisah mama tau kakak dah buat terbaik..







untuk Nuqman nanti mama bagi hadiah sebagai reward keputusan periksa amat memberangsang..kakak pun dapat jugak walaupun sikit jer peningkatan..


Tuesday 22 November 2016

Telor Gentel

Assalammualaikum..

nie bukan entry lucah yea..nie entry bagi ibu-ibu yang dah tak tahu nak masak apa kan..hari-hari pening fikir nak masak lauk apa kan..lauk nie simple jer..

bagi ibu-ibu yang malas macam aku la..bukan malas masak tapi malas fikir lauk nak masak..so buat telor gentel buat samabl belacan cicah dengan timun ke ulam ke tu buat makan bertambah-tambah..anak-anak dah dapat telor gentel lauk lain tak pandang dah..
Image result for resepi telur hancur
senang jer masak..bahan dia cuma telor 3 biji dipukul dengan garam dan masuk sikit secubit secukup rasa..lepas tu kocak bagi kembang sikit..dalam kali tumis cili dan bawang yang dah blender tumis garing lepas tu masuk garam gula dan kicap ( optional la )..lepas tu kacau bagi hancur...siap di makan dengan nasi panas

Tuesday 15 November 2016

Majlis Khatam Al-quran Perdana

Assalammualaikum..

ok ahad lepas kena bangun awal sebab nak bawa kakak ada Khatam al-quran perdana..so kali nie semua turun ikut..


sebahagian dari pelajar terpilih dari sekolah agama daerah batang padang..yang ramai dah tentu kaum hawa yang joint.




khatam alquran nie dipimpin oleh tahfiz muda Aqil..ya allah sejuk perut ibu dia mengandungkan.alunan suara merdu sebak pulak bila dia alun ayat al quran..mula la terbayang yang duduk baca tu Nuqman..hahaha berangan tinggi betul..


nie pelajr lelaki yang masuk khatam al quran suruh pelajar perempuan bergambar tak mahu segan mereka.


selesai majlis khatam semua pelajar dapat cenderamata yang disediakan..alhamdullilah kakak dah khatam al-quran masa darjah 4..

Friday 11 November 2016

Keputusan Periksa Akhir Tahun Nuqman dan Kak Tisya

Assalammualaikum..

Akhirnya anak-anak dah selamat menjawab peperiksaan dan membawa keputusan..

Alhamdullilah pelajaran kakak ada peningkatan walaupun sikit jer meningkat tapi mama tetap syukur mama tau kakak hanya mampu setakat itu..walaupun sakit juga mata mama tengok markah dan keputusan..hahaha..tapi mama tau setakat mana kemampuan kakak..so tahun depan nak amik UPSR so kena gigih lagi kuat..plan nak hantar tusyen kat kakak..Kakak kena usaha lebih gigih memandangkan kakak di kelas 1..kena bersaing gigih lagi .untuk tahun nie kakak memang mama tak dapat nak bagi hadiah sebab tak mencapai apa yang dijanjikan..

takpa la kakak mama pun bukan pandai sangat zaman sekolah rendah dulu..baru aku tau macam tu  la agaknya bila ibu dan ayah aku tengok result aku dulu so sekarang merasa la kan..

Nuqman pun alhamdullilah peningkatan ketara sangat..dia tebus kesalahan yang dulu..Alhamdullilah mama bangga dengan Nuqman..walaupun dalam kelas teratas memang tercabar dengan geng yang lebih pandai tapi mama tau itu usaha Nuqman setakat itu..walaupun apa mama akan bagi hadiah kat Nuqman atas pencapaian ini..

Mama papa doakan terbaik untuk anak-anak mama..usaha gigih lagi..

Si Amsyar nie pulak mula-mula jer sekolah adoiii sakit hati bila tengok buku dia..ikut suka hati dia nak tulis ke nak colour ke..tapi takpa la baru 3 tahun lebih kan..tapi sekarang habis semua buku yang lama tu dia suruh padam dia nak buat balik..rajin sangat la kan..dah nampak perkembangan sikit dah pandai ..alhamdullilah..bab cakap menjawab bertanya bagi kat dia sampai tak terlayan aku di buatnya..

Masak Mee Goreng

Assalammualaikum..

Hari tu En Hubby ada game friendly so dia mintak bini dia nie masak..so 1st time aku masak mee sebanyak tu ya.. alhamdullilah licin di makan..nasib menjadi kan..

di sebakan aku jenis lurus bendul so nak masak mee nie bahan dia semua aku double kan..kalau kata cili kering segegengam so mee ari tu 3kg so aku double kan gengam tu..haha ikut peraturan ya..aku tak pandai nak main agak-agak..


Wednesday 2 November 2016

Naib Johan Or Johan?

Assalammualaikum..

Johan or Naib Johan bagi mama tak penting yang penting tetap Juara di hati ibu bapa anak yang telah gigih berlatih cuma tak ada razki tahun nie..markah johan dan naib johan sama yang bezakan cuma pembawakan rentak lagu jer..


dah sampai ke peringkat Negeri pun dah syukur bagi mama..tahun depan insyaallah ada rezki kita cuba sungguh sampai ke Kebangsaan..ya sayang..





Wednesday 19 October 2016

Nasi Kerabu Instant

Assalammualaikum..

Sekarang semua benda senang nak makan pun senang..

Hari tu ada beli instant bahan nasi kerabu..i mean budu for nasi kerabu la.dia bukan sebarang budu yea..memang suoer bila makan....serunding ikan kut nama dia dengan kelapa dia..beli konon try nak masak.
bahan-bahan nasi kerabu

balik kerja konon tekak laki bini teringin nak makan nasi kerabu..so dah balik rumah baru datang idea nak masakan..so apa yang ada kat rumah jer kita guna..

nasi kerabu aku guna pewarna biru lebihan buat biskut hari tu..so dalam nasi bubuh garam sikit bagi sedap sikit..aku cuma goreng ikan rebus telor asin dan potong sayur utk kerabu..so senang kerja aku..sekejap aje prepare semua dah dapat nasi kerabu..nasib Nuqman pandai makan kalau tak jenuh fikir apa dia nak makan..dia super cerewet bab makan..


nasi kerabu masih dalam periuk lagi..sementara ingat baik snap kalau tak nanti dah hidang lupa nak amik gambar..

bahan-bahan

LALANG

Assalammualaikum..

susah betul jadi LALANG nie..

tak ada pendirian..
kejap kena tiup kanan..geng kanan..
kejap tiup kiri jadi geng kiri pulak..
nak jaga hati dan perasaan orang supaya tak terguris
tapi hati LALANG sapa nak jaga..???


Monday 10 October 2016

Periksa UPKK For Kak Tisya

Assalammualaikum..

Hari ni kak Tisya amik periksa UPKK..mama dan papa doa kan semoga kakak berjaya dan lulus dengan cemerlang..

Mama tau kakak boleh buat dan jawab dengan tenang..mama tau kakak mampu untuk mengharungi peperiksaan ini..

Semalam dan pagi tadi kakak ingat kan mama supaya doa kan kakak..tak payh cakap pun mama sentiasa doakan untuk semua anak mama..


Wednesday 5 October 2016

Bila Mama Bagi Denda

assalammualaikum..

minggu nie kakak dengan nuqman kena denda dengan mama..hurm rasakan bila mama dah naik HULK..

Alhamdullilah semalam dan semalamnya diorang dengar kata..buat pertama kali mama buang jauh rasa kesian kat korang.. jangan ingat mama tak sayang ya..nie buat pengajaran..

Minggu nie diorang berdua tidak di benarkan main sama sekali..habis sekolah terus pulang rumah tak ada istilah main lepas habis kelas..alhamdullilah semua ikut arahan..

bukan apa untuk peringatan diorang lain kali jangan buat lagi..denda nie sebab habis latihan nasyid tak reti-reti balik rumah..kerja main-main dan main sampai lupa semua time lunch..time solat..semua dia kasi langgar tu memang cari nahas la kan..asyik ikut kawan jer..

Bukan apa asyik main jer sampai lupa time belajar..time waktu main yang di tetapkan..time family bonding dan segalanya..dah mulut orang taman boleh tahan nanti kata mama papa tak pandai jaga anak biarkan anak main tanpa kira masa..so takmo nama busuk kan so kena ikut rule baru..periksa dah nak dekat..rilex jer diorang berdua mama yang kecut perut fikirkan..

so minggu nie kita fresh kan otak dengan belajar ulangkaji buat latihan sampai muntah Hijau..hihi..mama marah nie..

Friday 30 September 2016

ATVdi Kg Bermin Tapah

Assalammualaikum..

nak kata suka aktiviti lasak memang kureng suka la..sebab alasan meletihkan dan tak suka cabar diri dengan aktiviti lasak..haha..kadang teringin tapi takut..camna tu..

tak payah pergi jauh-jauh dah kat Tapah pun ada..Orang Tapah tau la kg Bermin nie..masuk tak ada jauh dari simpang..

Aktiviti nie sebenar En Hubby yang suka kut..ke saje nak testing aktiviti sukan nie kan..kalau bab teruja tak payah cakap la dah tentu si Nuqman dengan Amsyar teruja..kak Tisya same with me penakut..hahaha




Macam-macam ada aktviti yang di sediakan ikut pakej pun ada. selain itu sapa nak berkayak pun boleh nak memanah pun boleh..ATV nie ada dua jenis yang extreme dan tidak tapi hari tu En Hubby bawak dua-dua sekali..duduk kat besi sakit bontot..nak drive sndri takut..ok la dan best la. 

ATV nie buka dari 9 pagi sampai malam..nak cabar main malam..

ikhsan google

memanah untuk 20 arrow baru RM 5.00..main la sampai puas ..En hubby main hari tu degan adik dan Nuqman tidak rasa kepuasan la sebab Nuqman dapat sikit yang over main orang lain..

ikhsan google
ATV nie bermula dari RM 15.00 untuk track santai dan biasa jer..biasa pun kalau tak pandai bawak jatuh jugak..nak cabar diri amik track extreme pakej RM 35.00..




tuan punya sedang kayak

Kayak kitaorang tak cuba lagi sebab aku tak pandai berenang..tengelam nanti naya je aku..kayak pun ada pakej sampai trip ke Kuala Woh RM 90 kalau tak silap la.nak kayak biasa RM 30 dalam 10 minit..


Thursday 29 September 2016

Papa & The Geng Belia..Nuqman & The Geng Nasyid..Kak Tisya & Ayah Su dan Mak Usu..Mama & Amsyar..

Assalammualaikum..

Cuti sekolah baru-baru nie semua orang ada plan jalan..mula-mula En Hubby jalan dengan geng Belia dari Tapah ke Terengganu ke Kelantan terus ke Thailand..sakan ya papa jalan..mama kena tinggal dengan Amsyar kat rumah..sedih kena tinggal..tapi best jer tak ada sapa kat rumah..rumah kemas jer bersih tak sepah ..masak pun ala kadar jer dan best tidur awal bangun lewat tanpa rasa bersalah jer..

van yang di sewa kan

En Hubby & The Geng




Sempat la depa singgah rumah pekerja kami yang balik Thailand hari tu..nak jaga hati aku kena tinggal beberapa harikan  En Hubby pandai amik hati buat surprise..beli kat Thailand..dapat la mangkuk untuk isi kuah pun boleh isi lauk pun boleh..nasib cantik..


En Hubby sampai pukul 5 pagi..memang tak tidur sangat sebab tunggu dia balik kan..so pagi-pagi buta buka kotak nak tengok barang surprise tu

Nuqman dan geng nasyid sekolah agama pun pergi jalan-jalan kat Clearwater Sauntry Golf Resort kat ipoh..ustazah dan ustaz nak bagi anak murid depa Happy dan Hadiah kemenangan Johan Nasyid sebab dapat masuk Kebangsaan lagi Tahun nie..Johan setiap tahun..Alhamdullilah..terapi minda la sebelum next pertandingan..

terapi minda tenan jer


Kak Tisya lagi hebat seminggu duduk rumah opah balik kejap terus ikut Ayahsu dan mak usu pergi Thailand amik pekerja aku..seronok ya jalan sakan dia..


Ayahsu,Mak Usu & Tisya depan Imgresen Thailand

naik Hilux nak balik dah
Diorang pergi balik hari gerak Sabtu malam sampai ahad malam kena jem..masa call diorang kat gerik pukul 6 petang samapi tapah pukul 10 malam jem punya pasal..hihi

Dah habis cerita diorang semua jalan kan yang aku dengan Amsyar dari Khamis sehingga Sabtu berdua je..masak ala kadar jer sebab fikir perut Si Amsyar nie nak makan..fikir perut aku maggie je aku tibai..hihi

dah berdua dia jerla kawan gaduh aku..kawan aku buli dia..usik sampai nagis..haha saje suka sakat dia..comei jer..


petang bawak dia hirup udara petang bagi dia main puas-puas..kalau terperap dalam rumah kesian dia..

panjat-memanjat bagi kat dia


bagi dia letih..kayuh basikal dengan dia kat depan rumah..



bunga aku
sementara dia main aku betulkan bunga aku..terapi pandang sebahagian bunga..nie separuh mati sebab balik raya haji hari tu kat sini tak hujan langsung..kering pokok aku..

Monday 19 September 2016

Kenduri Kahwin Serting

Assalammualaikum..

baru nie pergi kenduri sepupu aku dekat Felda Serting Negeri Sembilan..adoi punyala jauh dengan jalan jem..nak jugak pergi sebab dia istmewa sikit..


sebelum keluar bergambar dengan ibu dan kak Tisya tapi Amsyar dah halang..saje ej dengki si kenit nie..


with buah hati Tisya

anak bujang yang manja dan geng gaduh

si manja mama

Tula dah lambat sampai penganti pun dah makan beradab so terus dengan tak ada adab salam keluarga pengantin terus makan lapor giler..aku kan tak boleh lapor kalau lapor boleh jadi HULK..dah kenyang baru boleh senyum-senyum nak selfie ke kan..



Pengantin yang perempuan sepupu aku..dia OKU..selamat penganti baru Diana dan suami lupa pulak nama en Suami dia..hahaha



ni semua bapak dan mak sedara..kira nie sebahgian adik beradik ayah la..adik beradik ayah 12 orang semuanya..yang tak ada dua orang jer..





nie kira geng sepupu yang dapat datang..tak ramai yang hadir sangat..nie kira ramai jugak sepupu sepapat..

bersama pengantin.



bersama mak pengantin.
Balik tu singga ulu bendul saje cuci mata..jalan jem jugak kebas punggung duduk dalam keta..sempat la budak-budak rendam kaki..





Blogger Templates