Thursday 30 October 2014

Terkena Lagi

Assalammualaikum...

kesian dekat En Hubby kali nie terkena lagi..dulu orang lain buat kali nie pun orang lain buat..

geram sungguh aku dengan orang buat rumah aku nie..rumah aku boleh dia tak buat dalam tempoh dua hari tapi rumah orang lain dia buat dah nak siap..angin giler aku dengan En Hubby tengok..menyirap jer darah aku..aku bebel jer kat En Hubby nak marah tukang tak berani..bukan tak berani tapi kesian orang tua kan..tapi kali nie En Hubby dah bengang giler terus jumpa tukang tu suruh dia stop dan kitaorang dah dapat tukang baru yang sanggup buat..terkebil-kebil tukang tutengok En Hubby aku tinggi suara lepas tu pandai  minta maaf..tapi nasib En Hubby tegas..lor kesian pulak tengok tukang tu..tapi jangan salah kan En Hubby yer dia mula-mula dia diam dan dah bagitau minta siapkan cepat tapi nampaknya dia main-main buat pulak..

Tukang baru datang tengok rumah dia kata dia boleh siap dalam masa 1 hari jer..see korang boleh imagine kan berapa % jer nak siapkan..tapi sayang tukang baru nak buatpada hari tu  tengok banyak benda kena tangguh macam pintu tak kena dengan saiz, berdesup En Hubby pergi tempah yang lain ..tingkap tak boleh ngam dengan bingkai..so terpaksa pecah balik bahagian tingakap tu pulak..giler betul tukang lama nie buat kerja..so dia tak boleh nak pecah dinding tamula..nasib ruang bilik tu dah settel tinggal nak kemas jer..tu pun dah cukup lega dah bertutup kalau tak berlopong jer..

hari  nie kata dia nak settelkan semua..takpe kita tengok nanti..En Hubby terpaksa cuti lagi nak pantau kerja diorang..

tapi takpela orang buat kita esok Allah akan balas balik..Allah nak uji kesabaran kami jer..takpe aku redha jer..tak sabar nak balik tengok nanti..duit yang bajet untuk bercuti pun dah lari ke rumah..bengang jer..penat jer aku simpan...sabar la wahai hati..

Tuesday 28 October 2014

Steamboat In The House

assalammualaikum..

Hari tu buat steamboat cara sendiri jer..En Hubby request nak makan so kelam kibut pergi beli bahan nak buat..aku dengan En hubby sibuk cari barang budak-budak pun sibuk cari barang diorang jugak..semua benda nak beli nampak itu nak karang nampak benda lain nak jugak..yang kelakar si kecil ikut jer abang dengan kakak dia bawak kesana sini..bukan main suka dia..

Sampai rumah terus masak nasi nak buat nasi goreng..buat kuah tomyam dan bakor sikit daging burger..orang pelupa macam aku ada jer barang tercicir nak beli ..buka peti ais tengok sayur carrot ada..so bantai jer la perut kita bukan ada org lain pun..

percubaan Amsyar nak buat peace

cinta hati mama & Papa
Time nak makan makan kat ruang tamu sebab apa sebab sejuk sikit ...nak buka pintu dapur tak boleh tukang rumah tengah buat kerja..segan pulak..berpicnic kat ruang tamu..

my steamboat


daging burger yang di goreng oleh En Hubby




Alhamdullilah jadi jugakla steamboat ala-ala mama nor..tak sedap mana pun takdela macam kat kedai kan..janji boleh masuk perut lepas tu kenyang..dah kenyang lepas tu semua cari bantal..

Friday 24 October 2014

Renovate Rumah Part ii

Assalammualaikum..

dah dekat sebulan renovate rumah tak siap-siap lagi..rimas aku..padahal bukan besar pun nak renovate pun..

balik kerja tengok rumah bersepah spoil mood jer..penat tengok sana sini bersepah dan berabuk tapi nak camnekan..sabar jer la..



aku sambung tepi nie jer besarkan dalam 11 kaki..kat tingakap tu nanti nak kena pecah



Simen tu pun pecah buat balik..yang lama dah retak dan pecah..gambar pun amik dari dalam rumah.


my bunga habis tak jaga

setelah disimen..baru nampak cantik..kerja-kerja diorang buat tiga hari lagi nak raya haji hari tu..

memantau dari anak dan papanya

pintu nie bertentang dengan pintu dapu



nie semua dalam proses ..aku pikir wahhh cepat jer dia buat kerja sekejap jer dah naik kan batu..aku sangka dalam tak sampai sebulan pun siap la rumah aku tapi rupanya tidakkkkkk..slowly sangat pekeja dia buat..pasang syiling pun makan masa 1 hari..plaster makan masa 2 hari ke 3 hari entah la malas nak kira dah..adoiii penat aku tengok..aku cakap macam senang jer nak buatkan macam teror jer..hahaha..tapi diorang kan nie memang bidang diorang kan..walaupun lambat tapi puji la kemas dan cantik dia plaster..hahaha


dah siap plaster dan buat border tingkap nie kerja dua hari yang lepas yer..rumah aku memang habuk giler..kerja aku asyik sapu jer kat depan tu..En Hubby asyik jeling jer..yela habuk simen kan ko sapu habis berdebu je berterbangan..tapi peduli apa janji mata aku tak sakit


ruang bilik depan tu pun pecah tingkap bagi tingkap center dan buat slide..nie hari depavali dia pecahkan korang imagine la sendiri habuk dia camne kan..dalam bilik tu toksah cakap la habuk dan batu penuh ...nasib bilik tu pakai tikar getah nampak gaya tikar tu kena buang la tak boleh guna..duit lagi ..sabar jer la



dekat ruang nie aku susun bunga aku kat sini letak kerusi..sempit kan tempat budak-budak letak basikal..rumah dah macam apa jer..


kesian bunag aku tak terjaga aku..malasa kau nak susun bagi elok..bukan apa nanti aku susn habis depa langgar nak buat kerja payah pulak kan..entahla bila nak siap rimas aku tengok habuk gini.tukang rumah kata dalam seminggu lagi sipala..katanyala..aku tengok banyak lagi tak buat tingkap tak pasang lagi..pintu tak pasang..ruang depan tu pun tak pecah lagi..mozek lagi nak pasang..hurmmm sabar jela..

takpe nanti dah settel semua baru nak kemas sebersih-bersih dan nak susun balik..

Friday 17 October 2014

Citer Dapur

Assalammualaikum..

Aku suka bila dapur nampak cantik dan tersusun..tapi dah kemas dan cantik lagi rajin nak memasak..tak tahu kalau orang lain kan..

Baru nie dapat duit terpijak aku cat dapur tapi aku kan malas tak de nya aku cat putih dulu terus beli terus cat...hahaha..cepat dan senang..sorang-sorang cat dapur..sorang-sorang keluar barang..sorang -sorang kemas balik dan bersihkan lelehan cat..tapi aku puas buat sendiri..

warna asal kuning tukar warne cream..
sehari jer aku cat dapur dah settel tinggal nak make over bahagian letak barang jer..plan nak tema dapur warna coklat hitam..nak bertema-tema pulak kan..hahaha..



nie gambor sebelum cat dan make over..make over sangat kan..hihi

mug tu pun ingat nak tukar nak cari waran coklat..



nie selepas dah siap cat dan susun seperti yang dikehendaki..lebih nampak tersusun dan kemas..nanti ada modal ingat nak letak mozek kat dinding dan buat kabinet..tapi tak tahu bilala kan..

Dapur rumah aku memang ada top tapi tak pasang pintu kabinet lagi tak cukup modal lagi..so pelan pelan dan sikit sikit kita cantikan dapur..

setakat nie dah alhamdullilah dapt dapur mengikut citarasa aku..hihihi

Thursday 16 October 2014

Tomyam Kelapa

Assalammualaikum..

korang penah dengar dan penah makan tomyam kelapa??aku first time makan benda so jakun la dengan benda nie..

Baru nak goda En Hubby ajak makan luar tup..tup dia dulu ajak ..katanya nak try makan tom yam kelapa..haloooo dengar gitu alangkah indahnya kehidupan kan off dapur..

Try makan tomyam kelapa nie..no bad la..sedap jugak lebih kurang rasa macam tomyak pok tek..kalau biasa makan kedai tomyam tau la..hihi..yang sedap makan tomyam dengan isi kelapa...perghhh sedap giler..rasa macam pedas lemak sikit ..memang sedap la terus jatuh cinta dengan tomyam nie..nanti nak repeat lagi makan tomyam kelapa..

masa ni kedai nie black out dan fius terbakor tu pasal makan guna lilin..so jangan tertipu yer dapat jugak la merasa makan ala-ala candle light dinner..hihihi

tomyan kelapa

ayah su teruja dengan tomyam kelapa


nasi aku..telor dadar tu untuk amsyar ratah..
nampak tak nasi aku banyak kan..tu lagi mahu bising bila badan naik kan..hihihi

ikan masak 3 rasa


ikan sweet sour

ikan nie hasil pancing dari ayah su..besar sangat terpaksa potong dua dan dua masakan..tu sebab kena ajak dia makan sekali..kalau tak kenang kan dia dah bagi ikan tu memang aku whatsup gambo je la kat dia..biar terliur tengok..hahaha..kakak ipar mu kejam..

kesimpulan malam tu makan dengan kenyang dan tidur dengan senyum..hahaha..


Tuesday 14 October 2014

Hujung Minggu

Assalammualaikum...

Hai semua macammana dengan cuti hujung minggu anda??sibuk tanya cuti orang kan.... kitaorang tak ada gi mana pun..just pergi Mydin kat Bandar Meru..tapi sebelum jalan-jalan penatkan badan kitaorang jumpa geng RF..


muka -muka happy

Kali nie gathering RF sebelah utara..tapi yang datang sekitar Bidor sehingga ipoh dan pailing jauh dari bagan dato..tak ramai sangat pun yang dapat joint..kiatorang berkumpul dekat Restoran Mecca Tower hari nie semua nak jadi orang Arab sebab makan nasi Arab..hahaha


barisan kereta tersusun cantik jer kat luar..kitaorang saje dah penuh restooran nie..nasib oner nie bagi special kat kitaorang tempat yang selesa kat bahagian atas.. 


Gambar tak ada pun aku malas nak amik..boleh gitukan..nie pun amik dari dalam restoran jer..kitaorang lepak sampai pukul 6 lebih..hujan pun berhenti baru gerak ke Mydin..makanan kat sini sedap dan tak ada la mahal sangat yang penting sedap..

Bila masuk Mydin anak-anak terkinja-kinja nak main bowling..layankan jela budak dua orang nie..tahan je nafsu mama nak beli barang...


tengok Nuqman dah teruja..kakak juga manja papa pakai kan kasut..kasut mama tak nak papa pakai kan ke ???..hihi..

selfie mama dengan Amsyar lagi best..
Amsayar mula-mula ok jer duduk diam-diam kat kerusi tengok orang main lepas 10 minit mula merapay sana -sini..


sebelum dulu posing dengan bola..main belum tentu dapat strike kan..posing je lebih


perbincangan dua beradik

hahaha..muka nie dah tahu jawapannya
budak dua orang nie main bukan banyak jatuh kan pin banyak masuk longkang jer..alasan bola berat..hihihi..takpela janji happy sudah

yoyo jer akak tengok bola tu pergi mana

akhir ke longkang jugak..amboi nuqman sakan
Dah puas main jalan-jalan jer sambil menhan nafsu nak membeli..aku kalau tak berapa penting tak ada beli walaupun jin dan syaitan dah berbisik-bisik kat telinga..nasib akak nie kuat iman..hahaha poyo jer..

Dah letih jalan-jalan dengan satu badan sakit dan lenguh kesan dari mengecat dapur terus aku bising dan salahkan kat En hubby yang sibuk ajak aku  jalan...pasrah je la dapat bini gini..


Thursday 9 October 2014

Amalan Makanan Bagi Orang Sakit

Assalammualaikum..

Dah lama tak cerita pasal penyakit aku kan..bukan tak nak cerita tapi tak ada cerita ...

ok la nak bagitahu amalan yang aku makan selepas tahu sakit hari tu sedikit sebanyak dapat mengurangkan sakit atau sembuh hendaknya..

mula-mula aku amalkan makan minyak zaitun bersama perahan lemon..nie adik Ila dan adah suruh atas kerajinan google kat tenet..prihatin sungguh diorang dengan akak dia sorang nie..alhamdullilah tekak aku boleh terima sikit walaupun bercinta aku nak makan..hihi

Lepas tu aku try makan Jus kurma atas jasa baik abang dan kakak ipar aku..dia rajin carikan maklumat untuk mengatasi sakit aku nie..manjakan aku ramai yang sayang..hahaha....alhamdullilah dapat pulak adik ipar baik hati belikan..nie tekak aku boleh terima..aku makan sehari satu sudu opppsss tipu  tak sampai sudu pun agak-agak aku rasa boleh telan banyak mana jer aku makan..hihihi..ada masa sibuk tak pun terlupa aku skip  makan...

tak semesti aku bergantung pada ubat jer..aku ada jugak pergi tradisonal sana sini selain memohon dari yang satu..ALLAH..kita berikhtiar kan..

Sekarang nie setiap hari pagi aku akan ambil Habatus Sauda yang di beri oleh ibu dan di beli oleh aku..hahaha..hari tu Ibu bagi 4 kotak sekali..amekkk kau mampus aku nak makan..Ibu kata senang beli banyak tak ada terputus nak makan..korang bayang satu kotak ada 24 biji  kali dengan 4 kotak..berapa??,,korang pandai math kira sendiri la...hahaha dia tahu anak dia nie kalau dah terputus ubat takan nak beli alasan tak jumpa..hihihi..padahal aku malas nak singah beli jer..hihi

Alhamdullilah hari tu last chek up Doktor pun terkejut sangat-sangat darah akak dah kembali normal dan tiada tanda orang sakit..syukur alhamdullialh..tapi doktor tu buat suspen jugak dengan aku dia kata tu belum scan lagi takut ada batu lagi..omg cuak akak jap..tapi dia kata kalau sakit atau ada tanda kuning cepat-cepat pergi Hospital..Sekarang nie just follow up 6 bulan sekali nak pantau katanya..pantau tapi amik darah sakit tau..Tapi dah normal pun aku still makan pun takut-takut jugak..taknak sejarah berulang..kini hidup aku kembali ceria dan senyum sokmo ..

aku kini dan selamanya

Friday 3 October 2014

Renovate Rumah

Assalammualaikum...

En Hubby nie sibuk nak renovate rumah nak besar kan Hall katanya..Sekali dapat duit selepuk terus tak fikir panjang terus cari tukang rumah tapi sebelum tu dia dah survey dan merisik beberapa tukang rumah nie..dia kan particular punya orang..hihihi

Tapi yang tak best nak raya haji nie rumah aku dah macam rumah apa..Ya allah bersepah dan berhabuk.. Yela kan orang buat rumah kan mestila kotorkan ..karang ko sapu pagi karang petang habuk balik.

En Hubby bising kata tak payah nak rajin sangat nak kemas..nanti dah siap kemas la..tapi aku mana boleh sakit mata tengok..dia tak ada rumah aku kelam kabut bersihkan yang mana boleh clearkan...karang dia balik dia geleng kepala jer tengok bini dia dah kemas dah bersih sikit..hahaha

Nak kata aku pembersih tidak la tapi aku rimas tengok benda bersepah lepas tu pasir kat simen..tu belum lagi habuk simen dah melekat kat rak kasut dan lantai..dalam rumah jangan cakap la..

okla nanati updated serba sikit pasal renovate nie...

Selamat Hari Raya Haji to all...

Thursday 2 October 2014

Gelagat Anak Mama

Assalammualaikum..

Bila dah jadi ibu nie semua benda nak utama dekat anak..sampai barang sendiri nak beli pun nak fikir tiga empat kali nak beli..lepas tu fikir lagi perlu ke tak perlu..lepas tu fikir lagi dan fikir lagi..sampai bila masalah fikir tak kan selesai kan..

peace cara Amsyar
Budak sorang nie dah besar kejap jer..dah besar dan banyak akal..sekarang nie banyak mulut kalau cakap ada masa boleh faham ada masa mama anggukan jer apa dia cakap..karang kita buat tak layan terjerit-jerit panggil suruh dengar cerita dia..bila depan orang malu bukan main..ikut perangai mama la nie pemalu..

Amsyar 1thn 8 bln
Sekarang nie memang trend budak perempuan main getah yang macam kartun frozen tu la..nama idak le aku tahu..tapi anak lelaki ada masa joint jugak ..dia pulak over yang buat


Nuqman pun suka main benda nie kusyuk jer dia buat..dah siap dan dah habis asyik suruh beli lagi..mama janji jer nak beli lagi tapi bila balik kerja jer lupa nak singgah beli..meroyan jer Nuqman yang kakak dia rilex jer tak kisah

serius jer muka Nuqman dan kakak..masa nie tengah bertekak entah pasal apa entah..tapi masih still boleh main sama lagi..

amboi kakak over senyum
bila tengok kegembiraan anak nie hilang stress mama kejap..bila masing buat perangai nakal mula mama nak naik Hulk..selalu yang buat macam tu Nuqman..hahaha..suka mengacau orang lagi orang tak suka lagi dia buat..lepastu kakak dengan Amsyar tahu nak jerit jer ..time tu rasa laju jer nak ikat Nuqman kat pokok kerengga lepas tu amik solotape mulut budak dua orang tu..hihihi tapi itulah gelagat sorang-sorang anak..


getah nie mula-mula aku beli sikit jer dulu tengok pandai ke idak dia nak buatkan..hasilnya dapat la dalam enam ke tujuh getah..okla kan sebungkus baru RM 2.00..nie nak cari lagi untuk tambah koleksi diorang..l



Tengok budak nie semua baik-baik jer..kakak pun macam take care sangat dengan adik dia..siap bawak masuk bilik tidurkan Amsyar lagi..terus dalam kepala mama ada idea nak buat kek


Hasilnya tengah malam pukul 11lebih bakar kek..hahaha nie tengah angin rajin la tu..kalau tak time tu aku dah sampai London dah..

Okla tengok lama -lama balik kek nie rasa lapar pulak..


Blogger Templates