Thursday 9 October 2014

Amalan Makanan Bagi Orang Sakit

Assalammualaikum..

Dah lama tak cerita pasal penyakit aku kan..bukan tak nak cerita tapi tak ada cerita ...

ok la nak bagitahu amalan yang aku makan selepas tahu sakit hari tu sedikit sebanyak dapat mengurangkan sakit atau sembuh hendaknya..

mula-mula aku amalkan makan minyak zaitun bersama perahan lemon..nie adik Ila dan adah suruh atas kerajinan google kat tenet..prihatin sungguh diorang dengan akak dia sorang nie..alhamdullilah tekak aku boleh terima sikit walaupun bercinta aku nak makan..hihi

Lepas tu aku try makan Jus kurma atas jasa baik abang dan kakak ipar aku..dia rajin carikan maklumat untuk mengatasi sakit aku nie..manjakan aku ramai yang sayang..hahaha....alhamdullilah dapat pulak adik ipar baik hati belikan..nie tekak aku boleh terima..aku makan sehari satu sudu opppsss tipu  tak sampai sudu pun agak-agak aku rasa boleh telan banyak mana jer aku makan..hihihi..ada masa sibuk tak pun terlupa aku skip  makan...

tak semesti aku bergantung pada ubat jer..aku ada jugak pergi tradisonal sana sini selain memohon dari yang satu..ALLAH..kita berikhtiar kan..

Sekarang nie setiap hari pagi aku akan ambil Habatus Sauda yang di beri oleh ibu dan di beli oleh aku..hahaha..hari tu Ibu bagi 4 kotak sekali..amekkk kau mampus aku nak makan..Ibu kata senang beli banyak tak ada terputus nak makan..korang bayang satu kotak ada 24 biji  kali dengan 4 kotak..berapa??,,korang pandai math kira sendiri la...hahaha dia tahu anak dia nie kalau dah terputus ubat takan nak beli alasan tak jumpa..hihihi..padahal aku malas nak singah beli jer..hihi

Alhamdullilah hari tu last chek up Doktor pun terkejut sangat-sangat darah akak dah kembali normal dan tiada tanda orang sakit..syukur alhamdullialh..tapi doktor tu buat suspen jugak dengan aku dia kata tu belum scan lagi takut ada batu lagi..omg cuak akak jap..tapi dia kata kalau sakit atau ada tanda kuning cepat-cepat pergi Hospital..Sekarang nie just follow up 6 bulan sekali nak pantau katanya..pantau tapi amik darah sakit tau..Tapi dah normal pun aku still makan pun takut-takut jugak..taknak sejarah berulang..kini hidup aku kembali ceria dan senyum sokmo ..

aku kini dan selamanya

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates