Friday 29 August 2014

Konon Nak Diet

Assalammualaikum..

Dah lepas raya nie mulut tak boleh nak control makan la..asyik nak makan jer..tu belum kalau aku marah..aku kalau marah mesti nak makan walaupun kenyang..camne tu yer..

Nie pun rasa baju kerja dah ketat..rasa macam melekap jer kat badan..seluar pun dah ketat kat pinggang..
hari tu berikrar konon nak diet cara aku la..cara diet ikut suka namanya..


Photo
sosej+kentang+telor

cuba la makan benda nie waktu petang sebelum pukul 7..cadang malam karang tak mahu makan la..memang makan benda nie kenyang..senak perut aku rasa..dah bangga kejap bila jam tunjuk pukul 8 malam aku masih kenyang lagi..syabas pada diri sendiri..

tapi bila lepas Amsyar hisap "tek" secara automatik lapor..giler apa ke..hahaha..kejap-kejap perut berbunyi irama jazz...dah tak boleh tahan terus ajak En Hubby masuk Highway makan Nasi lemak Paru..tak agak-agak nak makan kan..terus mintak nasi lemak..hahaha camne nak kurus bila makan tak ingat menunya..dah gemuk mula meroyan..hahaha

Lepas tu sibuk amik gambo tengok badan sendiri gemuk ke idak..selalu tanya budak dua orang tu jawapnya selalu buat aku kecewa..gemuk la tapi ok la..camne mama nak memahami jawapannya....hahaha

Photo
tuan belog
selalu aku nak sedapkan hati  sendiri aku akan fikir tak pe aku dah anak tiga  gemuk sikit tak pe..ada orang tu belum kahwin tapi badan macam tong..hahaha..suka fikir gitu..tak mahu terima kenyataan badan dah gemuk..

Tuesday 26 August 2014

Rendang Ayam

Assalammualaikum..

hari tu teringin sangat tekak nie nak makan rendang..padahal raya hari tu bukan sakan aku melantak..kalau tekak nie dah teringin harusla jugak masak kan..tu pun drama swasta jap dengan En Hubby..dia nak makan kari ikan Nyuk-nyuk aku nak rendang so disebabkan takut meleleh air liur aku so dia mengalahkan..ehhhh jangan silap yer aku tak mengandung yer just teringin jer..kalau aku pregnant pun nanti aku war-war kat korang yer..ada hati lagi nak anak kecil yang sorang nie pun terkejar-kejar aku..

Rendang ayam kali nie kurang kerisik pulak En Hubby beli sikit kerisik dia ingat cukup ta la orang lelaki kalau tak ada orang pompuan pergi pasar gitulah jadinya..salah kan En Hubby pulak kan yang aku dah malas nak ke pasar sapa suruh kan..


Photo
rendang ayam

dulu masa anak dara tak pernah masak rendang dah kawin baru pandai masak tu pun still tengok resepi lagi..hahaha..tapi yang kelakar aku masak rendang ikut resepi kalau resepi kata seinci halia maka seinci la halia..hahaha..ikut tepat-tepat yer takut tak menjadi..kali nie masak tak berapa pedas maka kakak and Nuqman siap ratah ayam dia..alhamdullilah suka tengok diorang makan dengan muka happy..

Friday 22 August 2014

Cerita Dalam Bilik Air

assalammualaikum...

Amboi tajuk macam apa jer kan..hari ahad hari tu rajin sangat dan mood mengemas rumah pun sampaila..maka jomla kita kemas rumah..nak kemas pun mesti ada mood pulak kan..

Dah duduk rumah tu dekat 5 tahun kut baru tergerak hati nak cat bilik air..selama nie masuk bilik macam tak berseri jer..dinding pun warna simen jer..bosan kan..

hari tu aku dah make over bilik air tu pun balance warna cat dinding rumah..hahaha..dari membazir keras kejung cat tu baik aku cat..berpeluh-peluh mengecat dalam bilik air sorang-sorang..budak-budak sibuk nak menolong tapi kejap jer aku bagi cat..taula kalau budak cat kan tumpah jer lebih dari mengecatkan..

Bila dah cat rasa macam wahhhh cantik bilik air aku tapi nampak gelap pulak..Nuqman siap sound lagi siang hari  pun kena buka lampu gelap..ala tak de maknanya..memang sebelum tu pun memang suka siang hari buka lampu pun..lepas tu tak tutup bil letrik melambung papa ko jugak bising..

cantik tak..abaikan Nuqman yang tak berbaju

Masa aku mengecat tu tak masak lagi padahal dah tengaharikan tak pe balance mee hailam pagi tadi ada lagi sapa lapar makan tu dulu..kejam mama kan sebab mood mengecat dah sampai so tak nak la terganggu kan..En Hubby jaga Amsyar ..tu pun berpuluh kali datang kat aku panggil "ma tek"..nanti aku marah kat dia "tek".."tek" berlari dia kat papa dia..hahaha saja jer kacau mama kan.... siap cat terus nak masak sekali letrik pulak blackout..so goreng ayam dan ikan goreng masak bubur nasi..dah siap masak berebut-rebut makan kesian lapar anak-anak mama kan..

Petang tu semua dah settel nak rehat kan badan rasa macam letih pulak..sambil baring suruh En Hubby picit tangan lenguh rasa pulak..tengah tidor tiba-tiba rasa badan macam nak demam pulak ..poyo jer kan baru mengecat bilik air dah nak demam kan..bila bagitau En hubby senggeh jer dia tau dah perangai giler aku tu.,..

nanti ada masa nak make over dapur pulak tu tak tahu bila la..cat rumah nie sejak pindah tak pernah cat..so perlu jugak make over..

Tuesday 19 August 2014

Roti Jala vs Kari Ayam

Assalammualaikum

hari tu masa raya mak su buat roti jala..dapat makan sikit jer...ingat nak buat la tapi fikir balik tak ada pulak acuan roti jala dan kuali khas dia..hari tu balik rumah ibu nampak la acuan tu mintak kat ibu tapi demand ibu nak jual kat aku RM 10..amboi beli berapa jer kan..ibu memang gitu dengan aku suka demamd..tapi sayang lupa nak ambil..

tup..tup..tup  dua hari lepas tu En Hubby bawak benda nie..so dah ada benda nie mula gatal tangan nak buat roti jala..aku tak berapa nak pandai bancuh so banyak kali mentest la sampai jadi..

Photo
acuan RM 4.90 jer
mula-mula aku masak kari ayam..entahla kali nie memang sedap giler kari ayam aku..hahaha puji diri sendiri habisla aku kena smash dengan korang..dah siap aku buat roti jala..memang serius roti jalan sedap makan dengan kuah kari..kakak dan Nuqman pun cakap macam tu..banyak jugak la depa makan siap aku bancuh lagi  dan buat..seronok tengok budak-budak nie makan berselera..kalau dah sedap tak sah la aku nak bagi orang lain rasakan..kalau tak sedap makan family jer.. hantar kat bapak mertua sikit dia kan favourite kari..


roti jala yang tak berapa cantik 


bila buat dengan kakak dia sibukla nak tebar la sibuk la nak gulung..sambil gulung sambil menunggu kami dua beranak makan dulu....lepastu bising tengok benda tu tak banyak-banyak..hahaha..

Monday 18 August 2014

Peria Masak Tauchu

Assalammualaikum..

Hai all hari nie nak share resepi peria masak tauchu..suka makan peria tak..ada orang kata pahit tapi pahit tula yang sedap dan ubat..kalau tak nak pahit sebelum masak tu rendam dengan air garam sikit..kurangla pahit dia..

ok la selalu aku masak peria goreng lepastu pecah telor tapi kali nie try masak tauchu..fuhhh dia punya marvelous..ehhh ke aku yang baru tahu peria tu boleh masak macam-macam..hahaha

ok mula-mula masak 2 biji peria yang sederhana besar dia sekali dah masak berebut-rebut dengan En hubby makan..sedap sangat sampai makan  mulut tak habis cakap sedap..sedap....tu confirm sedap la kena tekak dia la..

sorry la gambar aku lupa nak snap..korang imagine sendirila gambar nya..nak resepi jugak ke...alah senang jer ..

Bahan-bahan
peria 2 biji
1 biji bawang besar  +2 biji  bawang putih - hiris
cili api + cili merah + cili hijau -hiris
halia sikit
2 sudu tauchu
10 ekor udang sederhana

cara masak lagi senang barang yang dihiris tumis sampai bau masuk kan air sikit  ikut selera korang la nak banyak ke nak sikit..macam aku suka sikit jer..lepas tu masuk tauchu dalam dua sudu..lepas tu masuk peria dan rasa cukup tak ..dah siap makan dengan nasi panas-panas..perghhh terliur aku walaupun tak letak gambar tapi otak boleh terbayang- bayang..

Thursday 14 August 2014

Anak Mama

Assalammualaikum..

Dah lama tak cerita pasal  anak-anak nie..diorang punya perkembanagn..diorang punya perangai..dia punya sikap dan macam-macam lagi la..hari nak buat entry pasal diorang nanti esok dah tua buka belog boleh baca..

kita mulakan dengan anak dara sorang nie..sorang yang sensitif dan jenis tak kisah..keputusan periksa tak memuaskan pun ok jer tak ada nak bimbang mak ko yang risau..kalau bab makan tak cerewet pun tapi jangan pedas..kalau pedas bergelas-gelas minum..boleh dikatakan seorang kakak yang penyanyang jugak ada masa jadi Hulk jugak..tu sebab dia naik Hulk bila Nuqman kacau dia..moody sangat bila bangun pagi so jangan ko nak tegur dia nak gedik-gedik dengan dia melenting dia paling tidak pun jelingan maut di beri..hahaha..rajin kalau bab masak tapi malas bab suruh kemas barang dia jer pun banyak bersepah aku perhatikan jer..

 

kalau Nuqman aku perhatikan dia nie jenis yang semua dia buat mesti betul dan mesti lebih dari orang..kalau bab pelajaran pun dia nak dia jer yang bagus..dia ni pantang di cabar yela anak lelaki kan..pun sayang adik tapi suka membuli orang..lagi satu dia nie jenis ada masa nak smart ada masa biasa-biasa tapi still kemas la..makan jangan cakap kuat tapi badan keding..satu lagi tabiat dia bila keluar berjalan mesti nak beli tak kira la jalan sejengkal tetap nak belanja..kuat guna duit dia nie..nakal jangan cakap la  mungkin biasa kot budak seusia dia..tapi dia takut dengan papa dia walaupun papa just pandang and bersuara jer..kuasa papa dia..

 
si kenit aku perhatikan jugak sejak dah nak masuk usia 2 tahun nie..cerdik boleh tahan..dah faham dengan apa yang di kata orang..manja dan ngada-ngada sangat..dia suka ikut abang dia kemana jer..kira kamcheng la..dia cuma nak dengan kakak bila nak mintak kakak bawak dia jalan keluar jer..suka tiru orang buat dan satu perangai dia bila tak dapat sesuatu atau kita ambil barang dari dia..tu sila tutup telinga yer..suka jerit dan nagis kuat-kuat..pantang nampak baby suka cucuk baby..

 Photo
tapi itulah anugerah dan amanat yang allah bagi pada mama..bila tengok dan renung-renung diorang nie rasa apasal cepat sangat membesar rasa macam tak puas lagi tengok diorang jadi baby..

Wednesday 13 August 2014

Drama Punya Hal

Assalammualaikum..

hurmm episod kelam kabut bermula semula..korang tengok cerita Rindu Awak 200%..aku dah mula terjebak tengok..tu kalau dah mula terjebak mula kelam kabut masak..buat kerja pun cepat-cepat..

dahla semalam sampai rumah lambat sebab pergi barang dapur..balik jer terus on televisyen siap-siap bukan chanel dan kuat volume..agak-agak dengar sampai ke dapur la kan..tu nasib dah solat asar kat ofis kalau tak lagi kelam kabut aku..

aku kat dapur dah macam apa jer habis berselerak semua barang di bawak keluar nak masak nak cepat katanya kan..drama punya pasalkan..tapi bila Nuqman tukar chanel terjerit aku dari dapur suruh tukar balik..gaduh kejap dengan anak pasal nak tengok rancangan tv..hahaha..tapi mana boleh lawan mama dia punya volume terus hentak-hentak kaki tukar chanell..

Photo
ayam masak kicap
tauhu bakar
sambal belacan
bendi celor

yang best aku ingat nak masak sayur goreng lepas tu fikir balik drama dah start tapi masih kat dapur terus tukar menu kita celor jer..baik untuk kesihatan kan..hahaha tu dah tahap kronik masak la tu..nasib En Hubby jenis tak kisah ada kuah ada sayur boleh jer makan..tauhu ingat nak buat tauhu sumbat tapi dah lamabt makan gitu cicah sambal belacan..hahaha..

tu bab masak belum bab sembahyang maghrib memang tunggu sampai habis la baru sembahyang barula nak mandi baru la nak layan si kenit main..lepas ni janji dengan diri sendiri jangan nak terjebak lagi dengan drama bersiri..hish aku yang jadi kelam kabut..


Monday 11 August 2014

Papa Mama Kerja..Anak Syok Jalan Beraya

Assalammualaikum..

Raya ke empat aku dah kerja..tapi tak ada la bosan sebab kena siap kan dokumen yang perlu di hanatr awal bulan kan..sambil buat kerja sambil makan kuih raya..taip sikit berhenti tangan cari makanan ngap masuk mulut..lepas tu rasa macam baju kerja nie mula dah ketat pulak..Bukan nak cerita pasal makan ke? pasal badan dah naik ke?  nanti ai sentap yer bila ada orang tegur ai berisi tapi itula hakikatnya..hahaha..ni story pasal  anak-anak happy good lucky pergi jalan raya..

Budak -budak ikut keluarga Opah pergi Raya kat Pangkor lepas tu pergi Ipoh  balik malam..so anak-anak tak de mama papa lepak kedai mamak..hahaha tak kuasa nak masak dah la tinggal berdua..

so layan gambar jer la tengok bertapa gembira budak-budak dapat jalan


  


dalam kereta semua mata macam kena gam..semua tidor bagus nanti bangun boleh cergas sikit dan aktif..




Amsyar yang teruja 1st time naik bot..ada dan ila citer Amsyar mulut riuh dalam bot bising.. bercerita gamaknya naik bot..so far lahmdullilah dia tak meragam la..

berlatar kan laut


amboi kakak mulut tu duck face sangat kan..

kakak dan Nuqman berlatarkan laut..amboi Nuqman spek mata tu
tengok muka diorang happy giler dapat berjalan..


nape Amsyar

bersama kak ada,kak ila ( bakal pengantin ) & kakak
tengok gambar nie dah besar anak dara aku..yela kan takan makin mengecil pulak kan..

bersama pakngah
Nuqman cakap gambar nie macam pakngah ayah dia..boleh jer jadi ayah angkat..Nuqman cakap pakngah baik macam ayah uda..amboi kemain ko puji lagi yer..

bersama kak ira bakal nurse..comei sangat nurse nie
Nuqman siap request kat opah dia nanti nak pergi sini nak tidor kat sini..amboi kemain lagi ye..orang dah bawak jalan tu kira untungla..takpe Nuqman nanti kita pergi bercuti yer..

Friday 8 August 2014

Gambar Family

Assalammualaikum...

Tahun nie saje nak share gambar keluarga untuk buat kenangan akan datang..aku mula kan dengan gambar sebelah aku dulu la..sebab aku tuan elog kan so family aku first la..hahaha

Photo
ayah dan ibu

abang sham sekeluarga
tahun depan berenam pulak..insyaallah tahun depan anak keempat akan lahir..lagi meriah rumah ibu nanti..abang duduk kuang jer dekat pagi kat rumah mertua petang dah ada rumah ibu..

tuan beloh yang colourful
tahun nie dah berlima sama dengan abang aku..macam berlawan jer tapi dia dah menang sebab bini dia dah ada "isi"..hahaha..

adik aku dan isteri 
disebabkan anak dia dah mengamuk so gambar family diorang nan ado..so mak bapak berselfie jer..adik aku anak sorang jer tak bertambah-tambah lagi..nie duduk kat Melaka..mulut pun boleh tahan kalau nak smash orang..orang Melaka katakan..


Ucu
Ucu yang garang dengan anak buah tapi tahun nie ucu dah habis belajor dapat la anak buah merasa duit raya dari Ucu..itu pun hasil dari dia jual kuih raya..Insyaallah tahun depan dapatlah pak usu..hahaha..tak ramai pun aku 4beradik jer..

sebelah En hubby hanya ada abah jer..mak dah lama tiada..gambar semua aku cilok dalam Fb masing-masing..

Ayung family
nie kakak En Hubby yang sulung dan menwakili menjadi mak kepada semua orang..cukup rajin masak..asyik di dapur jer kerja dia menjamu kami semua..kitaorang panggil ayung anak buah panggil mak long


Nyah sekeluarag
nie abang dia  yang nombor dua duduk klang jugak..bini dia pun rajin ke dapur mengemas..so aku leh la manja-manja kan..hahaha..anak buah panggil ayah ngah

Photo
ayah su..abah & ayah uda
adik beradik diorang yang laki semua depan ada panggilan "ayah"..ayah su nie yang peneman gaduh abah kat rumah dia kerja Tapah so dia lah jaga abah..hahaha..ayah uda masih belajar lagi dan  menjadi kesukaan anak buah..

Ok tak boleh nak cerita lebih karang ada yang baca sentap pulak dan ada yang kembang taman..

ok bye.." SELAMAT HARI RAYA PADA PEMBACA BLOG AI"

Wednesday 6 August 2014

Parit or Sawit?

assalammualaikum..

Bosan kan asyik baca pasal raya jer..buka belog orang tu cerita raya bukak belog aku nak cerita raya jugak kan..sama jer kata orang diri sendiri pun sama jugak..

ok saje nak cerita lawak Nuqman la bagi aku lawak la..

Nuqman : kak kita tau minyak buat dari apa?

Kakak : ala kita pun tahu jugak..

Nuqman : apa dia kita tau minyak di buat dari parit

aku dngan kakak dah blurrr..amsyar lagi la blur..hahaha

kakak : parit????..parit mana??

aku dah bantai gelak dulu..

Nuqman : ala yang dekat rumah opah tu kan apa nama dia ma

Mama : bukan parit la tu nama nya sawit..kelapa sawit..

Nuqman : ( gelak ) ha buah sawit la nuqman nak cakap tadi..

apa pun tak boleh la Nuqman cakap penuh konfiden dan over..aku dengan kakak dan bantai gelakan dia ..Amsyar pun joint gelak padahal tak tau apa pun..anak-anak...

sekarang nie sibuk main BINGO..sapa zaman tahun 90an tahu la permainan nie...


Tuesday 5 August 2014

Hari Raya Pertama Tahun 2014

assalammualaikum...

entry hari raya tahun 2014 edisi aku tahun nie warna tema caca marba..hahaha..beli last minute memang gitu la..dah la tension baju raya aku tak siap hantar 2 bulan awal entah apa kena dengan akak tailor nie pun tak tahu la nak marah pun tak guna..aku baru nak berangan jadi vouge sikit..hahaha

Tahun nie giliran rumah Ibu dan tahun nie aku rasa macam sikit sayula..tak tahu la nape..maybe baju raya tak siap kut tapi En Hubby beli jugak  baju baru..hahaha..umur dah meningkat kut tu yang macam sayu jer..dan tahun nie juga pecah rekod aku boleh nagis bersalam dengan Ibu..nak kata banyak dosa tak de pun tapi entahla..hahaha..bila tengok balik gambar tu macam kelakar jer lepas tu memang jadi bahan la aku..hahaha

keluarga kami kini berlima
Geng Lelaki


Geng Perempuan
nasib baju aku dengan anak dara sama warna..okla dapat jugak sedondon..kalau tak mama yang sentap bukan anak yang sentap tak sedondon..hahaha situ dah nampak sapa yang over kan..

3 nyawa mama&papa
nie pun berapa kali nak amik gambar budak tiga orang payah sungguh nak control Amsyar yang malas layan mama dia yang sibuk suruh gambar..lagipun Amsyar tak selesa dengan kolar baju tu yang kelakar dia siap tarik baju sampai dia nak tercekek..hahaha..
Nuqman dan Amsyar

Nuqman dan Kak Tisya
Dah settel bersalam-salaman dengan semua sibuk bergambar pulak macam retis..rata-rata nak nak selfie..padahal masa tu perut dah berbunyi keroncong...


time nie En Hubby dah melantak dulu tinggal kan aku sibuk nak berselfie bersama Ucu dan adik ipar aku..

selfie bersama adik-adik

anak dah nagis pun tetap bergambo

bersama pakcik pong-pong

Pakcik yang sibuk berselfie tak ingat nak makan pun..dari dalam rumah sampai keluar rumah..anak dia dah mengamuk pun dia tak heran sibuk bergambor..

tapi tahun nie ayah bersuara "aku tengok korang nie asyik pegang handphone..nak ayah buat cam iklan tv tu ke?"..hahaha..simpan kejap lepas sambung balik semua cam ketagih dengan handphone jer..




Friday 1 August 2014

Malam Raya


assalammualaikum...

apa-apa pun nak ucapkan selamat hari raya kepada semua yang sudi baca entry nie..

macam biasa tiap-tiap tahun raya menu tu jer tak pernah tukar..ibu kata kalau buat lauk lain nanti tak ada feel raya katanya..macam biasa ibu suka masak malam raya lepas buka sibuk la kat dapur nak masak tak dapat nak layan drama kat tv..walaupun ibu kata ibu boleh handle semua tapi sanggup ke nak tengok Ibu masak sorang-sorang kita sedap jer terkankang kat depan tv kan..

ketupat Ucu dah rebus petang dah settel ucu yang jaga sama Yus..selalu ketupat nie abang Sham jaga tapi tahun nie turn rumah mertua dia so Ucu ambil alih la....malam masak rendang ayam disediakan air tangan Ibu..daging bawang goreng pun Ibu masak nasi Impit pun Ibu jugak rebus..hahahaha..aku cuma masak kuah kacang je itu pun nak masak pun rasa hati belah bagi jer..bukan apa si yus tu kalau boleh nak kuah kacang pun ibu buat dia kata orang lain masak tak sedap..kuar ajor jer bunyikan..tapi bila dah masak tanya adik aku " yus sama tak rasa dengan ibu buat" dia kata "boleh 96% samala"..lega sikit kalau tak dia tak nak makan dah la itu favourite dia..

Photo: Rendang ayam special resepi bonda tersayang
#nyum2#selamathariraya
rendang dalam proses

dalam proses kuah kacang
proses masak daging bawang goreng

orang sibuk masak budak-budak macam biasa main bunga api..seronok sangat dia dapat main dengan puasnya..mana taknya sendiri punya pastu paklong dan pakcik dia pun beli lagi..puas sangat dia main..Amsyar takut-takut nak main tapi main jugak lepas tu terpercik kena kaki terus takut nak main..hahaha


dah settel masak macam biasa kitaorang raya dulu..makan untuk test katanya..hahaha..dah kenyang lepak kejap lepas tu terus tidor..next Entry pasal Ray pulak..hahaha..saje jer buat banyak entry pasal Raya nie..


Blogger Templates