Wednesday 30 April 2014

Cuti Berdua Bukit Tinggi - Padang ,Indonesia ~ part 1~

Assalammualaikum..

Dah hampir 10 tahun kawin first time pegi bercuti berdua...sekali sekala pergi berdua tanpa anak seronok jugak tapi setiap apa aktiviti asyik teringat kat anak..hadoii camne nak honeymoon gitukan..

percutian yang memakan masa 4H3M begitu lama rasanya tanpa anak disisi..asyik duk pikir bila la nak balik..depan En Hubby saje buat cool tapi dalam kepala otak asyik duk pikir anak jer..

Naik bas dari tapah jam 12 mlm sampai kat LCCT pukul 4 pagi flight pukul 7:50 pagi..keras punggung duk kat LCCT..staf dari tapah cuma 5 orang jer pergi..keseluruhan pergi semua 25 orang je..
sehati sejiwa
bersama En Hubby
sebelum berangkat bergambor buat kenangan kat LCCT ..dengar kata lepas nie dah tutup semua pernerbangan kat KLIA2..
En Hubby bersama geng..dah macm tangga jer susunan dia..hahaha
suka dapat naik aeroplane

bye-bye malaysia
sampai kat Bukit Tinggi terus diberi makan oleh tourist..Restoran Lamun Ombak sedap jugakla makanan dia..dia bagi pilihan nak makan nasi goreng atau mee goreng..aku pilih nasi la dah la semalam nak pergi makan maggie jer lepas tu kena beri-beri nasib kejap jer..

tempat makan

 aku pun tak tahu nasi goreng diorang masak memang sedap tapi kalau mee ke bihun ke segala macam mee kureng sikit..dari hari pertama sampai habis breakfast aku nasi goreng jer..

perut dah kenyang teruskan perjalanan ke air terjun Lembah Anai yang memakan masa lebih kurang 2 jam..bagi aku biasa jer air terjun dia aku tengok lebih kurang macam air tejun Lata Iskandar jer..orang dah bawak kita ikut jerla kan..berhenti kejap menikmati kejadian allah..
berlatar kan air terjun
dah puas menikmati air kitaorang dibawa ke pusat dokumentasi dan informasi kebudayan minangkabau ia juga dipanggil rumah Gadang..cuaca masatu panas tapi tetap berangin jer..ala-la macam kat cameron jer..



bersama En hubby

pergi kat sini dah macam lawatan sekolah menengah pergi ke tempat sejarah jer..aku dah memang aku tak berminat sejarah boleh pulak kena dengar cerita sejarah silam dia..kat sini boleh jer bergambor dengan pakaian pengantin minangkabau..so jealous dengan member yang lain bergambar ajak En Hubby tak nak malu konon..aku dah berangan dari Malaysia nanti nak pakai gitu..tapi En Hubby tak nak takan nak paksa kan..nanti hilang mood bergumbira..nak sedap kan hati "baju dia tak cantik sangat pun lebih kurang macam dengan kita jerkan"


Photo
asal bergambar jer tegak macam askar..kata ank askarkan..:)
jangan nak tanya apa yang diorang ceritakan aku memang tak amik port pun..



bahagian dalam



lepas tu aku lupa pulak pergi makan dulu ke shoping barang macam kain sulam ke telekung ke..nak buat catitan tapi segan pulak karang orang kata poyos jer..hahaha..masalahnya aku mudah lupa dah lupa mula nak reka cerita.hahaha..

baca doa sebelum makan
makan diorang memang bestla tapi setiap mangkuk sikit benor dia letak lauk tapi lauk dalam mangkuk setiap meja banyak jugak tapi tu pun tak habis makan..terlampau banyak pilihan sangat..orang Indon nie tak minum ais kut.. sepanjang aku kat sini takde tekak nie nak feel air ais..air dia sejuk macam dalam peti ais jer..tu sebab badan diorang maintain jer..cuma tengok badan orang Malaysia lagi comelkan..hahaha..

kitaorang check In Grand Hotel Rocky lebih kurang pukul 5 petang waktu Indonesia la..Hotel dia aku bagi 5 star la..selesa sangat..malam tu lepas dinner kat luar..makannan bpun sedap jugak..lepas habis dinner aktiviti bebas..disebabkan bebas aku bebas kan En Hubby bersama dengan geng jalan -jalan sekitar hotel..aku dah penat seharian berjalan so aku tidor awal..tenga sedap tidor bunyi telefon "bu bukanya pintu bapanya mahu masuk bilik"..hahaha En Hubby ketuk pintu aku tak sedar dahlah bell dia rosak..mamai-mamai aku buka pintu bilik sekali belum sampai En Hubby lekas-lekas aku tutup ada dua minit gitu baru dengar orang ketuk pintu..

ok entry lain kita sambung yer..nie tengah nak fresh kan otak bagi ingat semua memori kat sana..




Tuesday 22 April 2014

Aktiviti Malam Hari

Assalammualaikum..

aku a.k.a tuan belog
motif gambar tuan belog dulu??..motif cuma nak gumbirakan hati..yang pergi tetap pergi yang hidup harus diteruskan..nie semalam punya citer la..plan nak ambil ic En Hubby kat UTC Ipoh..

yang nak ambil ic sorang jer tapi yang follow segombolan ..hahaha..semua pakat nak turun pergi melawat dalam UTC..lepas tu masuk kat pejabat Indah Water nak buat aduan pasal tak servis tapi tetap nak kenakan bayaran kat kitaorang..dan -dan tu jugak abah pun complain jugak..abah complain cepat-cepat jer adik ipar ajak abah keluar..hahaha tau-tau jer la kalau orang tua kan kalau tak puashati dengan sesuatu benda..lepas settel perut pulak berbunyi irama jazz..nasib irama jazz kalau irama rock mahu orang kat luar dengar free dengar..hahaha

dah besar anak teruna aku

plan dari rumah memang nak makan sup mak endah kat DBI..memang marvellous..memang terbayang-bayang sup masuk dalam tekak tapi sayang seribu kali seribu hanya bayangan tu hilang dan tidak menjadi kenyataan..tutup pulak..frustttt jer rasa..

terus ke plan ke dua makan kat Nasi Lemak Ayam Kampung..sini no bad la makanan tapi aku tak suka banyak sangat dia nak angkut Pak Aji...bila pak aji ramai aku pun pening la tu yang tak best sangat..

we semua tengah menahan lapar
masa tengah tunggu makan berselfie jap..services dia cepat jugak tunggu ada dalam 5 minit makanan dah sampai..kitaorang ambil yang set senang malas nak pikir nak makan apa..karang gaduh kat meja kat 10minit tanya nak makan apa...paling sakit hati bila jawapan pilih jer apa ikut jer makan apa..lorrr taula tapi karang pilih tak kena tekak pulak kan..so pilih set jer...

lauk kami
aku suka makan kat sini suka tengok pingan mangkuk dia so cute..geram jer tengok.. menu utama harusla jugak kita kena makan kan belut..sedap jer...

tomyam +  kailan ikan masin + daging masak merah + telor bungkus + belut masak pedas + ayam kampung
Lepas dah kenyang pergi gerbang malam cuci mata dan cucikan duit jugak yer..dah puas onthe way balik singgah kat petron cuci bontot Amsyar pulak..entah bila masa dia membuang pun tak perasan tau-tau dah bocor and bau jer..sabor je mak ko nie nak cuci kat tandas..dah settel pecut balik baru teringat esok kena kerja budak-budak nak sekolah..dah puas jalan baru teringat esok bukan weekends..hahaha.

Monday 21 April 2014

Mood Masih Sedih Lagi :(

Assalammualaikum...

mood masih kelaut lagi..sedih masih terasa lagi..salam takziah buat sepupu rapat aku yang kematian suaminya pada 17hb  April 2014 jam 10:20 pagi..

Actuaaly arwah eksiden kemalangan sewaktu balik kerja pada 10hb hai tu..kitaorang memang plan 17hb nie nak balik pergi melawat kat Hospital Serang..tapi sayang allah lebih sayang padanya..ya kitaorang datang jugak melawat..hanya jenazah sahaja..ralat sungguh kitaorang..

rasa masih terngiang-ngiang kenangan semasa family day hari tu..arwah memang baik dan disenangi semua..

Tak sangka aku aku ada buat entry pasal big family konon nak buat kenangan tapi memang menjadi kenangan buat aku..aku ingat nak buat entry game masa hari tu rasa dah tawar..biarkan jela hanya gambar saja jadi kenangan..

To my cousin jaja kuat kan semangat demi anak kecil yang telah kehilangan kasih sayang seorang ayah..dan tabah menempuhi hari-hari akan datang..kak nor hanya dapat doakan dan sedekah al fatihah untuk arwah Fuad..kami semua terasa kehilanganya..

to all harap dapat sedekah kan al fatihah kepada arwah Ahmad Fuad B Mohd Ali dan damaila ko disana dan dimasukan ke dalam golongan beriman..

Tuesday 15 April 2014

Kek Buter In The Kitchen

Assalamualaikum..

dah lama tak buat kek..semalam repeat kek butter..kek kegemaran semua katanya..Nuqman paling suka banyak jugak dia makan..plan nak buat ais krim sendiri tapi hati macam was-was jer..kalau was-was  so tak payah nak mengada-ngada karang tak jadi aku jugak yang tension..so terhasil la kek butter katanya..

masa buat kek tukar pattern sikit just tambah warna jer..masa buat nie kelakar giler aku boleh pulak salah teknik..last jadi camni rupa..masa tu tengah pikir apa entah last-last  silap buat tapi kek tetap jadi just pattern tak jadi pelangila..ingat nak buat belang-belang nampak cantik sikit..

sepatunya jadi macam nie
V


V


V


V


V


V


V



Photo
taraaaa jadi macam nie terus - kek butter
Masa dalam proses membakar aku baru jer masuk oven tak sampai 5 minit En Hubby sound " tak naik pun"..aku pun apa cakap la"agak-agakla tak sampai lima mint nak naik apanya" terus bagi jelingan maut ..En Hubby gelak jer saje jer tau nak main jiwa aku...tapi dah siap bukan main puji melambung kek bini dia..aku masak tengahari nak sampai malam dah suku tinggal..itu tanda nya apa??


Monday 14 April 2014

Finaly Aku Ada Jugak!!

Assalammualaikum...

dua tiga hari nie badan kurang sihat jer..rasa nak demam tapi tak jugak demam lagi..just selsema dan batuk jer..tak suka macam nie lagi seminggu nak jalan honeymoon dengan En hubby..tak syokla kalau tak sihat..

dah 34 tahun hidup baru nak ada pasport..hahaha..orang lain dah ada aku baru nak buat tu pun sebab nak jalan kalau tak asyik pakai boder pass jer..aku nak ke luar negara memang tak ada la kecuali opis aku bawa baru ke luar negara..Actually kerja dengan syarikat nie dah nak masuk 10tahun kalau pergi Luar negara asyik guna boder pass selagi tak suruh buat selagi tu tak buat..

hari tu aku dengan En Hubby buat jugak la dah company suruh buat terpaksa jugakla..ingat kan susah and rumit..ya allah senang jer and cepat..kalau tahu lagi dulu aku buat ..hahaha dalam sejam setengah jer dah siap..Lagipun aku nie jenis tak suka menuggu sesuatu lama-lama..cepat bosan..

Photo: Akhirnya ada juga..blh g jln2
finally 

Lagipun memang kena ada sebab hujung tahun ni kena masuk Singapore cousin aku kahwin..so kena ada jugakla..budak-budak masuk bawah aku jer...Lagipun aku bukan selalu pergi overseakan..

Friday 11 April 2014

Bercuti Ke Kelantan - Hari Kedua

Assalammualaikum..

banyak syok ini bulan wooo..jalan-jalan sajer..baru balik Kelantan penat pun belum redha dapat pulak surat tawaran dari Company utuk honeymoon..entry tu kena tunggu yer..

kita sambung lagi cerita untuk hari kedua dan hari terakhir kat Kelantan...nasi kerabu tetap jadi juadah untuk kitaorang pagi nie..kitaorang makan dekat area Khalifah Inn..Lepas tu sambung jalan pergi pasar Khadijah beli keropok lekor dan terus pergi cari Masjid Mohamadi dekat situ ada jual baju kain pelikat.

.

Photo
baju kain pelikat



Dekat situ kitaorang singgah Istana Jahar caj bayaran Rm 2.00 sorang murah giler..dalam tu ada barang peninggalan lama yang diguna oleh raja-raja seperti kasut , tempat beradu..tempat dia bersalin ,tempatpakaian-pakaian tradisonal senjat-senjata lama yang diorang guna dan banyak lagi tapi sayng seribu kali sayang tidak dibenarkan ambil gambar..

depan Istana

Depan pintu muzium istiadat Raja kelantan


kat bahagian luar ada kereta kuda
Disebabkan aku bukan pencinta sejarah so aku tengok jer..aku baca tajuk jer intipati dia baca sekali imbas tapi satu haram nak ingat..hahaha..

aku & En Hubby

peace yo dari ucu

ayah dan ibu beromantik atas kereta kuda


B
B
Lepas dah lawat semua kitaorang pergi balik rantau panjang nak shoping kali kedua sebelum balik..masa onthe way balik kitaorang singgah jugak kat bukit bungga tapi tak turun just lalu jer henti kat Petronas untuk membuang selepas nie jauh jugak kalau nak berhenti..tu yang susah tak de tempat persinggahan..

lepas tu kitaorang terus balik..tapi time balik tu ada satu kejadian yang tak diingini..suspen jer kan tak ada apa just Amsyar jer kena kacau nagis tak henti-henti ada dekat satu jam lebih..mula -mula tu ok lepas tu dia merengek-rengek sikit-sikit lepas tu terus menagis ketakutan..ingat sakit perut jenuh lumur minyak tak mahu jugak nagis makin kuat bila aku baca ayat kursi lagi kuat dia nagis..nasib ada ibu..ibu siap buat air penawar dan baca ayat pendinding la tapi tak mahu jugak..kitaorang dah syak bila setiap kali adik aku baca yassin dia rasa meremang jer dekat dia..Dah tu Amsyar asyik sebut ader.ader siap tunjuk depan belakang lagi..menyeramkan jer tapi aku still buat tak tahu takda aku nak pandang luar aku baca jer ayat yang aku ingat..En Hubby bila dah macam tu dia rungsing kereta pun laju juga dia drive nak sampai cari tempat boleh berhenti..Yelah dalam kereta tu budak nagis jerit-jerit mahu tak runsing lama pulak tu jenuh dipujuk tak juga.. nasib ada satu tempat tu aku tak pasti kat mana bawak dia keluar kereta tapi still nagis puas jugak pujuk jenuh jugak aku bercakap -cakap dengan setan tu suruh pergi jangan ganggu Amsyar..giler apa ke aku cakap tu kan..tapi alhamdullilah lepas tu slow-slow dia berenti nagis tapi still tak nak orang lain nak jugak dengan aku..dia dah ok sikit aku bawak pergi cuci muka  kepala dia lepas tu baru ok sikit..tapi masa masuk kereta tu dia macam mencari-cari sesuatu dalam keta sambil tangan dia goyang kata takde..takde..takde..lepas tu baru dia nyusu dan lena sampai rumah..kesian dia kena kacau..tu first time dia kena macam tu..risau aku lepas nie kena berhati-hati bawak anak kecil kat tempat yang kita tak pernah bawak yer..ayah pun kata situ kat hutan..

Malam tu kat rumah kitaorang selamat sampai jam 2 pagi kat rumah lepak kejap lepas tu semua tidur kepenatan baru terasa letih..letih bukan penat tapi letih dengan Amsyar yang nagis tadi..

Thursday 10 April 2014

Bercuti Ke Kelantan Pulak - Hari Pertama

Assalammualaikum..

Akhirnya dapat jugak cuti-cuti malaysia kali pergi bawak family ke Kelantan..Kitaorang pergi pagi Sabtu dari Bidor gerak dalam pukul 2.30 pagi macam tu..sebelum pergi aku sempat tido kejap tapi budak excited Nuqman tak tido sanggup tunggu sampai pukul 2.30 ikut papa lepak kat kedai..Balik- balik terus kejut semua orang suruh siap..dalam kereta tak sampai 10 minit dia tido dulu..hahaha

Kitaorang pergi berhenti pun satu tempat rehat kejap makan-makan ..sembahyang dan cuci muka dan tukar la apa yang patut tak mandi  pun....hahaha.. tak mandi tetap wangi lagi..

tempat perhentian sejuk giler ayah dan Ucu Ekin


tuan belog bersama anak-anak

Ucu bersama anak buah
sampai Kelantan kat Rantau Panjang dalam pukul 8 pagi tu pun lambat sampai sebab onthe way tu kitaorang kena kabus tebal memang taknampak jalan so En Hubby memang bawak kereta slow giler dan jalan perhatikan line putih tu jer..tapi alhamdullilah selamat sampai terus breakfast nasi kerabu dan terus shoping..


Habis shoping dan tawaf kat Rantau panjang dan pengkalan Kubor kitaorang balik hotel..sekali bukan hotel tapi orang panggil tempat penginapan la..rumah kedai dibuat ala-ala hotel nama pun bukan ada hotel pun Khalifah Inn ..so far puashati jugakla bilik bagi besar siap budak-budak main lari-lari lagi..harga pun tak mahal RM 130.00 semalam dengan 2 katil queen..kitaorang rehat kejap lepas asar kitaorang gerak jalan lagi pergi pasar khadijah dan wakaf Che Yeh..bilik kitaorang jalan kaki jer pergi wakaf che Yeh

di Pengkalan Kubor
Khalifah Inn- tempat kitaorang menginap

ruang dalam

luas boleh tidur lagi kat bawah  siap ada kipas lagi
santai ayah dan ibu


Nuqman yang dah penat jalan dan budak yang kuat belanja pantang singgah tempat ada jer dia nak beli

nenek bersama cucu di Khalifah Inn
Alhamdullilah sepanjang masa Amsyar good boy tak meragam just nak berdukung jer..lenguh tangan aku sampai naik bengkak jenuh asyik tonyoh yoko-yoko..

depan pasar Khadijah



macambiasa kalau pergi pasar khadijah tak sah tak borong keropok-keropok..keropok lekor dengan budu..
benda lain sama jer macam tempat kita..

saje pose makcik yang niaga tu tak habis promote barang dia..lepas amik gambor kitaorang blah terus..hahaha

tengok sikit jer kitaorang borong

Kat Wakaf Che Yeh nie pun sama jer kitaorang jalan-jalan jer tak beli barang kat sini mahal compare dengan Rantau Panjang..nak beli barang murah beli kat Rantau Panjang.Lepas tu pergi ambil angin petang kat tepi laut..ke bukan laut..tak tahu nak namakan tempat tu..

pose dari ucu

my nyawa berlatar belakang bot 
bot kat belakng jitaorang tu boleh duduk ajer bukan untuk belayar yer..tempat pun cam tempat mewah jer..kitaorang tak makan pun kat situ just ambil angin petang

pose ayah ,ibu dan Ucu.

Lepas lepak kat situ perut pulak lapor pergi cari tempat makan yang special sikit dan lain dari yang lain.. on the way nak ke tempat penginapan kitaorang lalu jumpa kedai makan ada jual special sup belut dan sup urat keting..macam best jer kan nak try jugakla..Aku sorang jer tak sentuh sup urat keting geli jer rasa nak makan..diorang cakap sedap aku jer buat muka..lupa nak ambil gambar sibuk makan perut dah laporkan..

kedai nie jer ada menu special


lepas makan kitaorang balik bilik kejap pastu round dekat wakaf Che Yeh..kitaorang jalan kaki jer..macam-macam ada jual tapi barang ada lah mahal..so kitaorang just cuci mata jer


ok nanti sambung hari kedua..sebelum kitaorang balik ada kejadian misteri....

Blogger Templates