Friday 4 April 2014

Makan Kat Highway Tapah

Assalammualaikum..

semalam masa balik dalam keta  bersembang dengan En Hubby selalu tak dan nak sembang balik kerja sebab merempit..hujan punya pasal terpaksa la naik keta..

H: semalam cikgu abang pergi makan nasi arab kat RNR Tapah..sedap katanya..
A: yake..motif cerita napa??
H: tak ada apa saje jer..( terus gelak)
A: eleh cakap jer la nak suruh belanja makan kan..kan..

taktik En Hubby gitula kalau nak ajak makan luar..dia tak kan kata kat aku tak payah masak malam nie..aku tunggu jer jawapan tu tapi haram nak keluar..dia suka bagi hint-hint jer..so kata dah lama kawin kan so faham sangatla perangai dia..bukan apa  nak jaga hati aku takut kecil hati sebab tak makan masakan aku..dia tak tahu bini dia memang suka makan kat luar tapi bukan selalu yer..cuma dalam seminggu tu mesti la satu hari off masak..dah pagi buta aku masak karang petang balik kerja masak lagi.....tapi bila aku masak licin dan habis tu yang berkobar-kobar masak dan masak lagi..

walaupun hujan lebat turun tetap jugak bawak anak pergi makan..tak ada kemana pun pergi makan nasi arab kat RNR Tapah..kedai Pak Tam yang Famous tu..RNR sebelah selatan restoran Pak Tam best sikit dari sebelah utara..macam -macam ada..

ihsan google


nasi arab mandi + ayam black paper
tengok semua sedap aku ambil nasi arab mandi dengan ayam black paper..lauk boleh pilih ikut selera ..totaly RM  12.90 tak ada la mahal mana tapi kalau 5 bintang aku bagi 3 jerla..puas makan dan kenyang sampai ke pagi..kat ofis aku breakfast roti high 5 jer..kenyang tak hingat..mahu tak kenyang aku sorang melantak karang tak habis kena marah dengan En Hubby so telan-telan and slowly suap dalam mulut sampai habis..

Photo: Mengidam ns arab ..

nasi bukhara + sotong

En Hubby aku dah makan separuh dia masih ke hulu hilir cari makan yang paling sedap..dia kata semua nampak sedap..lepas tu tanya aku apa dia nak makan..lorrr tekak sendiri tanya tekak aku pulak karang aku pilih dia reject pulak..so malas cakap banyak sendiri tekak sendiri cari la..bila dia bawak nasi bukhara dia pun sedap dengan sotong gedebak besar..puas hati la makan kenyang juga aku tengok dia..totaly RM 15.90..choiii sangat kan apa pun dia beli mesti lebih mahal dari aku..tak pe yang redha jer bang..nie aku bagi 4 bintang..
Photo
chicken chop
budak-budak berlagak jadimat salleh kejap..aku pun tak faham dan masih konfius nape bila makan western jer kata jadi orang omputih???..makan western nak chicken chop..chicken chop dia pun sedap jugak nie aku bagi 4 bintang..dalam kenyang-kenyang pun sempat jugak aku makan sikit kata nak rasa kan..tak rasa tak tahu sedap ke idak kan..hahaha..harga pun standard la RM 10.00..

Lepas makan terus jer balik..hujan tak juga berenti lagi budak-budak nak main kat taman pun tak boleh..masuk Highway semata-mata pergi makn jer..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates