Wednesday 9 April 2014

Rawatan Susulan

Assalammualaikum..

Lama tak update pasal sakitkan.. alhamdullilah selepas buat rawatan tradisional tak ada sakit berulang tu datang..syukur pada ALLAH kerana dengan izinnya aku sembuh..ehh tak tahu lagi sembuh ke tak tapi kurang la sakit..nie pun hasil doa dari ibu juga..tak putus-putus lepas sembahyang doa mohon kurnia kesihatan baik pada aku..amin..

haritu pergi check up kat Hospital Ipoh buat CT Scan..sebelum tu kena puasa malam tu..sampai sana awal jugak dalam pukul 7.30 pagi appoinment pukul 8..alhamdullilah parking pun senang dapat sampai kat kaunter pun baru ada 3 orang jer..so dah serah surat appoinemnet dia minta aku tukar baju pakai baju macam nak operate tu..time tu debar-debar jer...Lepas tu diorang suruh aku minum air tu adalah setengah botol air warna oren. Kebetulan aku memang dahaga so dengan cepat aku minum dan habis..nasib air ubat tu sedap jugak la..macam minum air oren murah gitu..En hubby tengok jer aku relax minum..

Dah settel minum tu masuk satu bilik kena cucuk kat tangan katanya nak masuk kan ubat..tengok jarum pun besar terus pandang tempat lain..masa cucuk tu sakit sikit tapi lepas masuk ubat tu..tarif nafas jugak aku sakit sikitt masa ubat dia mengalir..ingat kan dah settel lupanya tidakkkk..

Masa tunggu giliran tu ternampak bilik tempat terus jantung macam nak terkeluar..entah apa-apa jer aku kan panik semacam jer..lepas tu beristifar la kat situ baru reda sikit hati nie..En Hubby pulak duduk jauh sikit just nampak senyuman dia jer tak tahu bini dia punya jantung macam nak lari balik jer..hahaha entah apa-apa jer aku kan

macam nie rupanya..ikhsan pak google
bila nama kena panggil aku buat-buat cool jer..masa baring tu dia cakap nanti dia akan masuk ubat lagi kat tangan..ubat masuk nie memang terasa sakit bila dia mengalir..sakit pun aku tetap tahan..masa kena sorong ke dalam  diorang suruh tarik nafas tahan sekejap lepas nafas biasa la ..berulang kali jugak surih buat..actuaaly sebenarnya tak ada apa pun..terus hilang gemuruh aku..hahaha..
Keputusan katanya hantar terus Hospital Tapah nanti doktor kat Tapah maklumkan..so aku tak tahu keputusan dia..so sampai sekarang malas aku nak pergi x-ray ke scan ke masih ada ke tak..malas nak tahu nanti kalau aku tahu aku jadi moody..so tunggu je laporan nanti..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates