Wednesday, 24 December 2014

Borak-Borak

Assalammualaikum...

hai ibu-ibu dan bapak-bapak kalian semua dah beli ke baju sekolah anak???..persiapan sekolah anak dah siap ke??aku macam biasa dah settel semua..dah settel tu yang berlagak tulis ..walaupun dua orang anak bersekolah rendah barang keperluan baru tetap ada..tapi tak banyak just tambah itu tolak ini janji ada kan..budak-budak lagikan..

Walaupun masih kecil adakalanya demand jugak budak dua orang nie nak yang mahal tapi alhmadullilah anak-anak mendengar kata dan tidak memberontak..syukur dapat anak yang faham situasi mamapapa dia..bukan tak mampu nak beli tapi nak ajar hidup bersederhana...

biasalakan dah beli barang baru haruslah try..test..cantik ke idak lepas tu sibuk bila tanya nak sekolah..nanti dah seminggu sekolah mula tanya bila nak cuti..macam-macam ragam budak dua orang nie tu belum masuk Amsyar lagi dia pun sibuk jugak  nak try barang kakak and abang tapi kesian tidak dapat..hahaha..

Lega bila barang dah settel dan baju sedozen pun siap gosok..sejam berdiri gosok baju budak-budak nie..sampai kejang-kejang kaki aku..time nie rasa nak jer hantar kedai dobi tapi nak buat apakan membazir setakat berdiri sejam jer kalau berjalan shopping tu relax empat lima jam jalan tak la merungutkan..hahaha..

ok la nie jer nak borak walaupun hati gundah gelana..sedih..dalam otak ligat fikir apa akan terjadi seterusnya sampai tak mampu nak fikir dah..walaupun air mata asyik mengalir tapi akan ku terus kan jua..

Friday, 19 December 2014

Last Day Penang

Assalammualaikum...

tengah buat kerja baru teringat cerita penang tak habis lagi..terus hold kerja jap..siapkan entry nie..

Last Day tu memang tak ada plan nak pergi mana pun..pagi tu bangun breakfast pun suruh En Hubby bungkus..malas nak keluar sedap jer golek-golek atas katil..tapi tula baru nak feeling budak dua orang nie tak habis-habis zikir kat dalam bilik nie ajak mandi kolam..jakun sungguh budak dua orang nie dengan kolam..

Lepas siap semua check out terus pergi Padang Kota makan pasembor boleh tahan dan sedap la..tapi agak kecewa makan meed udang..tak sedap dengan udang macam rasa dah lama..spoil betul..dah kenyang terus balik naik ikut feri..


nasib perjalanan balik berjalan lancar tapi kereta mula banyak ke arah utara..dalam kereta semua tidur keletihan aku juga tak tidur sebab melayan kan En Hubby..kitaorang sampai petang kat rumah budak-budak sambung tido lagi..bagun dah magrhrib terus mandi keluar lagi pergi makan kalau ikutkan malas nak keluar tapi budak nak makan nak aku masak memang tak la kan..so habis entry percutian ke Penang..next akan bercuti mana pulak tak tahu...nak kena buat tabung balik..tabung khas bercuti dah kosong..

Tuesday, 16 December 2014

Sambutan Kecil-kecilan

Assalammualaikum..

Semalam sambut kecil-kecilan sebagai kenang-kenangan jer..tapi yang teruja kakak dan abang dia jer..ehhh silap mama dia pun teruja jugak..kecoh time beli kek..kek pun last minit beli nasib tak tutup kedai lagi..hahaha

First time Amsyar sambut birthday siap tiup lilin lagi..En hubby malas joint sebab tak berap sihat so mama and kidoos jer bersuka ria..

Semalam pagi -pagi buta celik mata Amsyar  memang mama dah nyanyi lagu happy birthday tapi Amsyar asyik cakap na nak..na nak..diam.diam..haha mama tahu suara mama memang tak semerdu..kecik ati mama tau..


kek yang beli last minute..kek beli ikut tekak mama..ada jer gambar kartun tapi mama kata kek tu tak sedap..kesian Amsyar tunjuk-tunjuk kek ada kartum..mama saje buat tak faham..hahaha..


potong sama-sama

Balik jer terus geledah cari belon lama..gigih mama tiup belon tepi tiup pun kecik jer tak berani nak tiup besar..dah belon lama tiup besar je meletup..save bajet punya pasal kan..ehhh bukan save pun tapi tak plan nak buat..


Birthday boy  teruja dapat potong sendiri kek..suka dia dapat buat sendiri..dah besar Amsyar..papa duduk dari atas kerusi sambil makan aiskrim vanila tengok jer gelagat mama yang super over..hahaha 

Monday, 15 December 2014

Selamat Hari Lahir

Assalammualaikum...

Alhamdullilah hari nie15 Disember genap Amsyar 2 tahun..terima kasih allah kerana memberikan kami anak sebijak Amsyar..mama tak cakap anak yang lain tak bijak semua anak mama bijak dan  ada kelebihan masing-masing
tapi kali nie mama betul-betul tak perasan dan tak rasa sangat Amsyar jadi baby tahu-tahu jer Amsyar dah jadi macam abang-abang..maybe Amsyar banyak gaul dengan orang besar kut.. tapi suka jer kalau mama kata Amsyar buat baby secara auto terus buat muka comei macam baby kena dukung..hahaha


Amsyar sekarang nie memang pandai suka meniru cara gaya orang..cakap pun boleh la mama faham pelat sikit-sikit jer..bagus anak mama tapi yang pelat selalu mama jer suka cakap mangada-ngada..hahaha..satu perangai kalau malu automatik gigit jari..comei sangat..

Amsyar nie kesayangan abang dan kakak walaupun hari-hari jumpa pasti ada jer benda nak di gaduhkan dan direbut..kakak dan abang suka mengusik..rajin sangat "mengemas" bila sama-sama mama kat dapurkan..mama sidai baju rajin jugak menolong menyidai walaupun telah dilarang berkali-kali..meleret-leret bawak kain sana sini..urut dada mama tengok..

mama paling suka gigit tangan dan badan Amsyar rasa macam satu kepuasan bila dapat gigit tapi Amsyar jangan risau abang dan kakak pun sama jugak mama buat..hahahaha..
Amsyar sekarang semua belajar buat sendiri makan ke minum semua nak sendiri ada masa makanan masuk mulut sikit jer selebihnaya bersepah ..lepas tu mama pun buat-buat tak nampak nak kemas..urut dada lagi ..tapi paling champion takut mandi tu kalau nak mandi habis satu taman dengar suara macam kena cubit jer kan padahal memang pun ..hahaha..sapa suruh melawan kan..

Tapi Amsyar kena tahu  semua sayang Amsyar terutama mama papa , abang man  dan kak isya ..mama doakan semoga anak mama nie menjadi anak kebangaan mama papa dunia dan akhirat..amin...

Thursday, 11 December 2014

Jalan-Jalan Penang Hari ke 2

assalammualikum..

Hari ke dua bangun pagi je budak -budak ajak mandi kolam..mabuk apa budak-budak nie tak tahu sejuk ke apa..memang takla nak pergi kan suruh mandi ajak breakfast dulu..lepastu muka sorang-sorang macam nak bagi gigit jer..sebab mama dalam mood bercuti senyum je la tengok perangai korang..kitaorang breakfast kat bawah kondo..sedap jugak masakan dia..

muka suci waktu pagi
lepas tu terus  pergi Bukit bendera..hurm kitaorang pergi ramai jugak tapi still boleh la gerak sana sini..
sementara tunggu papa beli tiket..



tapi berebut masa nak naik train..satu gerabak dia masuk padat..sesak nafas akak..situ diorang tak estimated satu gerabak berapa orang boleh masuk ke??serius aku macam mood dah merudun..tapi sebab tak pernah pergi so aku redhah jugak la..

buai laju-laju
dekat atas bukit bendera nie tak ada pa yang menarik untuk bergambar nasib ada jugak perkataan bukit bendera..tahu la kat mana gambor kita berada dimana kan..ayah selalu pesan kalau nak bergambor cari yang ada perkatan sesuatu tempat yang menunjuk kawasan tu..nampak sangat anak ayah masih menurut perintah..hahaha..tiba-tiba rindu kat ayah pulak..

my cinta


bersama En Hubby
dah naik sampai atas menyesal tak sudah aku..hahahaha..bosan sungguh kat atas nie tak ada apa pun..biasa jer tengok pemandangan dari atas..pusing-pusing kejap sambil makan ais krim..aiskrim pun mahal giler..padahal ais krim malaysia jer..cekik darah sungguh peniaga kat sini..dah settel pusing turun balik..

dah turun terus pergi ke Tokong ular tapi nama dia apa yer aku lupa pulak..pergi sana bukan apa nak tengok barang yang dia jual murah giler kalau pandai tawar-menawar memang dapatsampai 70%potongan....ko panjat tangga pun tak terasa sebab mata melilau tengok barang..lepas tu tengok kura-kura ada besar ada kecil tengok laa kura-kura malas bergerak tahu makan jer..

dah penat jalan perut lapar terus pergi makan kedai  Hameedeyah tempat yang En Hubby rekemen kan jugak..katanya sedap..so kita test dulu sedap ke tidak.
ihsan google jugak
tingkat atas


peralatan nie la dia angkut makan dari bawah naik kat atas macam cerita P.Ramle pulak kan..hahaha..klasik sungguh..
ihsan google



mama dan kak Tisya
nampak tak isyarat kak Tisya tunjuk..maknanya memang sedap la..dia pun dah renovate baru..kedai dia dua tingkat dulu En Hubby kata tingkat atas dia papan jer..lanie dah cantik bersimen dan paling best aircond..lega sikit dapat makan dengan sejuk..services pun cepat jugak cuma aku tak suka dia punya pelayan pompuan tu jer main jerit-jerit dari tingkat atas..hurmmm

dah kenyang En hubby suruh excercise jalan-jalan kat padang kota nie..kita orang just beli jeruk jer untuk kawan-kawan..bajet nak makan pasembor nampaknya kena cancelled sebab kenyang sangat..mana tak kenyang nasi dia banyak giler..

Lepas dah beli jeruk terus ajak pergi tempat lain tak sanggup nak basah ketiak jalan sana-sini..dah Amsyar mengada sangat nak berdukung senak perut mama ni..eksyen tak nak dengan papa saje kan nak bagi mama excecise kan..bila tanya budak nak pergi mana asyik jawapan yang sama balik kondo nak mandi kolam..


Tapi mamapapa tetap bawak pergi pantai tengok laut bagi mandi air masin..



tapi tak mandi pun just main-main air dengan pistol air..main pasir saje bagi kotor kaki kan..lepak sekejap jer sebab hujan rentik-rentik cepat-cepat balik takut hujan lebat payah pulak..Amsyar takut laut pulak kalinie jenuh pujuk suruh turun dan ajak kat air..lagipun dia tengah mamai baru bangun tido mama pun lekas-lekas jer tukar baju dia tak warmup dulu..

Cukupla setakat untuk hari kedua..malam makan simple jer sebab perut kenyang lagi..keluar pun dah lewat camtu..try char kuehtiow kat kawasan batu feringgi..tepi jalan jer sedap giler..tapi feel tetap tak sampai makan sambil pangku Amsyar sedap  tido ..Nuqman makan sikit lepas tu rilex jer membuta kat kerusi macam kat rumah jer dia buat..kakak jugak bagus dari A-z still maintain perangai..lepas nie nak beranak anak pompuan jer sonang jaga..hahahaha...oppsss kilang proses anak dah tutup...:)



Wednesday, 10 December 2014

Holiday Penang Hari 1

assalammualaikum..

Kali nie pergi bercuti ke Penang kira kali kedua la budak-budak nie pergi dan kali pertama buat Amsyar..teruja sangat budak-budak nie lebih-lebih lagi Nuqman..beberapa hari sebelum pergi pun asyik nak bertekak dengan Nuqman jer..hahaha...plan nak rahsia la tapi last-last mulut mama cannot rahsia la terus cerita..tau je la Nuqman dah tahu asyik tanya bila nak pergi??pukul berapa nak bangun???nak pakai baju apa??sapa yang ikut??tido kat mana??berapa hari pergi??sehingga la hari nak pergi still masih tanya tak puas hati selagi jawapan dia tak memuashati dia..aku biasalah kan mesti nak naik Hulk bila asyik tanya jer..masalahnya  semua pertanyaan ditanya pada mama..dia ingat muka mama ada tulis kaunter pertanyaan kut!!tu yang mama malas bagitahu..

ok time nak pergi tu bibir dia ulser..kesian dia nak makan payah..aku apa lagi menyakatla cakap mulut tu banyak dosa dengan mama tu pasal kena ulser..hahaha bengang jer dia


masa nie dah sampai Penang merasa jugakla naik jambatan kedua nie..hahaha jakun jap padahal dah lama bukak..En Hubby eksyen sebab dia dah lalu masa kayuh basikal masa opening jambatan nie..sebab En Hubby dah rasa dulu so gamba dia tak perlu la ye..hihihi


first time sewa kondo syarikat sebelum nie nak booking penuh memanjang..ramai benor orang nak book..

orang jakun kan masuk-masuk masyaallah besar giler kondo nie ..happy giler sewa sini berbaloi dengan harga dia..sampai anak aku suruh duduk sini kerja kat sini..dia kata tempat nie best..boleh main-main lari budak sebab luas..


bilik budak
bilik pun puashati giler..besar dan best setiap bilik ada tandas..xpayah ko nak berkemban keluar bilik pergi tandas luarkan..tapi satu jer jondo nie tak boleh nak havoc sangat sebab dia punya kondo nie private..tapi setakat family aku nak havoc apanya kan..view dia best menghadap laut..


nie yang best bagi budak ni depa jer mandi tak ada orang lain yer..memang best la mandi dengan aman..seronok la budak-budak tu..tu pasalnya bila ajak jalan jer sibuk ajak balik kondo nak mandi kolam..

Hari first tak ada kemana sangat bagi budak mandi kolam malam baru keluar makan sup hameed..nie pun En Hubby rekemen sedap sup dia..sekali try mememang sedap..sup special sebab makan dengan roti..


ihsan google- sup hameed

ihsan google-
tak ada gambar sendiri sebab masa kitaorang duduk jer terus hujan lebat..kurang ajar betul dah la aku pun pangku Amsyar tengah tidur nyenyak..nak makan pun tak feel..sup dia memang sedap la..
dah kenyang pusing kejap jer sebab hujan lebat so terus balik kondo..ok next day kita sambung entry lain..



Tuesday, 9 December 2014

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalammualikum...

Hai..hai..hai..lama tak update sebab malas yer..entah bila buka blog dan bila nak taip terus sign out..hahaha..apa pun tak boleh..aku asyik buka dan baca blog orang jer..

ok nie program aktiviti anak-anak masa cuti sekolah bersama maksedara dan paksedara dia...kesian diorang kan..sebab diorang tak tahu mama papa dah plan mengejut untuk bawak anak-anak mamapapa bercuti only family jer..kita bagi diorang happy kuar dengan maksedara paksedara dia..

Hari sabtu  kak ipar datang rumah nak makan tengahari..gigih aku masak utuk family sebelah En Hubby..sorang-sorang bersilat kat dapur..aku siap masak diorang pun sampai..sabor jela tak sempat nak spray wangi-wangi rumah..jangan nak kata rumah tak sempat wangi aku pun tak sempat mandi lagi..hahaha..


menu-ikan goreng cili tumbuk,sup ayam,ayam bakor,cendawan black paper,sambal belacan dan ulam
malam tu kitaorang makan luar tapi semua makan simple jer sebab masih kenyang..habis semua cakap aku ada jampi dalam masakan sebab masih kenyang dengan masakan aku..hahaha jampi sikit-sikit jer..hihihi

Ahadnya plan diorang nak jalan lepas kan tension katanya..hihihi...aku tak dapat joint diorang jalan sebab planing awal ikut En Hubby pergi Kuala Woh ada event RF..last minit aku cancelled pergi malas nak bangun pagi buta lepas tu duduk kat situ sampai petang..tak kuasa aku baik duduk rumah nak bangun tengahari ke petang ke tak kisah..tinggal berdua dengan Amsyar lepas tu paksa Amsyar minum susu dan tidur..hahaha..redha je anak aku..nasib dia pun ok jer..

Ok diorang tak ada pergi mana pun setakat Ipoh jer tu budak-budak dah happy giler..Hari tu diorang pergi main bowling lepastu pergi makan dim sum la..dah last sekali diorang jalan kat ipoh dan main kasut roda..
tapi budak nie happy aku pun dah happy..
bersama najiha




budak nie balik excited bercerita pasal main kasut roda..mama tumpang dengar je yer nak beli memang tak ada la..tapi atuk dia telah baik hati dan gigih keluar dari stor cari  kasut roda ayahsu...nasib ok lagi dan boleh guna lagi dan akhirnya  telah pun diwarisi oleh anak-anak aku..hahaha...yang lain nanti datang rumah maklang kalau nak main yer,,hihi..

Friday, 21 November 2014

Cat Rumah

Assalammualaikum...

kerja-kerja renovate dah siap tinggal nak cat rumah bahagian dalam rumah pulak..cat rumah pun gadoh laki bini jugak..gaduh tak ada la sampai tumbuk ke apa cuma mulut jer muncung-muncung..taula kan sapa yang muncung tu kan..

En Hubby nie jenis jenis prefect dan teliti sangat..ikut aku tak sakit mata tu dah cantik la..En Hubby nie lain dia tau arah je bila aku buat bodoh jer dia buat la tapi mulut pot pet pot pet jugak..aku macam biasa buat tak tahu jer janji aku dah buat part aku..

sebelum make up

nie sebelum cat la tapi aku dah hias..bila nak cat aku alih letak tepi saje kan suka buat kerja tiga empat kali kan..

masa nak cat tu  En hubby dok cakap cantik ke ?? kena ke warna dia ??matching ke color dia??..adoiii sakit telinga aku..mula la aku naik Hulk kan masa kita pilih warna cat tanya dia..dia kata ikut la kan..dah beli cat dan dah nak mula cat banyak bunyi pulak..karang ada yang aku cat badan tu kan..hahaha..cakap dalam hati jer  malas aku nak melawan cakap dia karang aku juga yang panas hati baik kita buat bodoh jer...hahaha.

selepas make up
Pintu pun tak cat lagi..En hubby kata tu Hold dulu..dia suka tau  rumah dah cantik-cantik...peralatan cat aku dah simpan tup tup dia bawak cat suruh cat pintu..time tu sendiri mau ingatla kan..

matching
Dah siap cat baru la dia puas hati..tengokla sapa yang pilih and cat kan..hahaha belagak nak mapus kan....tinggal nak pasang langsir jer lagi...langsir pun baru nak tempah..

Wednesday, 19 November 2014

Kakak Pun Ada Juga.

Assalammualaikum..

Akhirnya dapat jugak kakak hadiah..hadiah tempat kedua dalam Nilam Fasa 2..ok la kena rajin lagi la dan banyak kan membaca nanti boleh dapat tempat pertama pulak..


sebenarnya dia lupa dapat hadiah nie aku yang sekodeng dalam beg sekolah tup tup jumpa benda nie..kakak nie macam tak ada nak over sangat macam adik dia..merendah diri sungguh macam mama dia ..hahaha..

Tengok anak makin ada kemajuan dalam pelajaran  mama dan papa nak belanja pergi bercuti sekeluarga yer..harap-harap dapat la pergi bercuti..

Friday, 14 November 2014

Hari Nuqman

Assalammualaikum..

Semalam pergi sekolah Nuqman dapat anugerah dalam mata pelajaran terbaik..alhamdullilah syukur sangat..tapi sedih hati aku pulak bila teringat masa aku sekolah rendah dulu tak ada pun aku dapat bangga kan ibu and ayah aku..

Hari Anugerah Cemerlang sekolah Nuqman

Tahun nie rezeki Nuqman dapat anugerah..bangga mama dengan pencapaian abang Nuqman..walaupun kakak tak dapat anugerah apa-apa jer tapi mama pun bangga dengan kakak juga kerana banyak peningkatan pada pelajaran kakak..mana tahu tahun depan giliran kakak pulak kan..


Nuqman dapat dua anugerah dalam mata pelajaran matematik dan sains..markah tertinggi jer pun..tu pun mama dah bangga..masa dia naik pentas rasa nak nagis tengok anak dapat hadiah touching sungguh perasaan nie..sebelum nie asyik tengok anak orang jer bila kena anak sendiri lain rasanya..


Nuqman kata dia happy dapat dua hadiah nie lebih-lebih lagi semua datang tengok dia ambil hadiah..Amsyar pun teruja tengok abang dia.

bersama hadiah dan sijil

Selepas selesai majlis mama belanja makan KFC jer..meraikan Nuqman dan kakak...tapi kakak masa nie mood dia macam tak happy jer maybe jeles kut..ajak bergambar pun tak nak..tapi mama tetap bangga jugak dengan kakak..maybe dia bengang dengan mulut puaka Nuqman nie kan..biasalah Nuqman kan suka membanggakan diri..Lepas tu sibuk cakap dia tahun nie dapat hadiah sekolah pagi dan sekolah agama...hurm sekolah agama pun dapat hadiah tempat ke 3..tak pela kakak usaha lebih gigih lagi yer jadi kan ejekan Nuqman sebagai cabaran..


Tuesday, 11 November 2014

Keputusan Periksa

Assalammualaikum..

alhamdullilah anak-anak dah habis periksa dah pun dapat keputusan periksa..hurm alhamdullilah jugak ada peningkatan pada pelajaran senyumla mama tengok dan bila ada jugak penurunan terus mood nak jadi Hulk..hahaha..so far tak ada fail la tapi sipi-sipi la nak fail jugak..

mula-mula tunggu jugak budak nie bawak balik kertas periksa tak ada jugak lambat bebenor cikgu nie menyiapkan last-last mama google kat tenet tengok keputusan periksa siap print balik tunjuk kat budak dua- orang nie terkulat-kulat tengok result diorang..

Batrisyia
Mata pelajaran Markah
Peperiksaan Awal Tahun Gred Peperiksaan Akhir Tahun Gred
Bahasa Arab 90 A 76 B
Bahasa Inggeris 60 B 60 B
Bahasa Melayu 82 A 86 A
Dunia Muzik     60 B
Dunia Sains dan teknologi 56 C 54 C
Dunia Seni Visual 60 B 80 A
Matematik TH   46 C
Pendidikan Islam 78 B 89 A
Pelajaran Jawi 78 B 90 A

Nuqman
Mata pelajaran Markah
Peperiksaan Awal Tahun Gred Peperiksaan Akhir Tahun Gred
Bahasa Arab 75 B 86 A
Bahasa Inggeris 84 A 76 B
Bahasa Melayu 100 A 98 A
Dunia Muzik     85 A
Dunia Sains dan teknologi 92 A 96 A
Pendidikan seni 85 A 90 A
Matematik 83 A 98 A
Pendidikan Islam 83 A 68 B
Pelajaran Jawi 100 A 88 A

Friday, 7 November 2014

Anak Bongsu

Assalammualaikum..

Yes Amsyar sekarang nie anak bongsu dalam keluarga la..Amsyar sekarang nie dah makin bijak makin cerdik makin manja dan makim mengada-ngada..tapi dia nie dari kecil sampai dah nak masuk 2 tahun kerap bebenor demam..antibodi tak berapa nak bagus sangat..bukan antobodi tak kuat tapi setiap kali nak dapat sesuatu pasti demam..


sekarang nie mulut dia riuh jer nak ajak kita bersembang..ada masa aku tak larat nak layan cakap aku buat-buat tidur..lepas tu sibuk kejut aku suruh bangun..agak-agak aku buat diam tiba-tiba pangggg dia lepuk bagi kat pipi gebu aku..adoiii time nie kena serang balas balik la..hahaha..sapa suruh kan mama ko tak boleh terkejut spontan jer..hahaha

dah pandai mintak nasi ke nak air pun dah pandai memilih nak guna cawan mana..cawan sedut dia dah tak nak laju je dia cakap tak nak..kadang tu nampak sesuatu kalau bercerita excited siap dengan tangan-tangan bergerak..makan pun ada masa nak sndiri..setakat tumpah sikit-sikit takpela..proses nak belajor kan tu mulut jer berkata..dalam hati adoiii letih mama ko nak kemas balik dik oiii..

kadang-kadang malu bila suruh bergambar ada masa over pulak..tapi alhamdullilah dikurniakan anak yang berbagai kerenah..

comei bila sesekali bertudung

geng bully
sangat suka buli abang dia..abang nasib beralah jugakla tapi ada masa abang dia yang over sakat dia..Tapi apa-apa pun alhamdullilah dikurniakan anak dan terima kasih ALLAH kerana memberikan anugerah ini..

Thursday, 6 November 2014

Akhirnya Siap Jugak

Assalammualaikum..

akhirnya penyeksaan kami laki bini berbaloi jugak..biarlah terlebih bajet janji siap janji hati tak sakit..janji mulut tak bebel bagi menambahkan dosa yang sedia ada..hahaha..

kitaorang decide ambil tukang lain hanya ambil masa dua hari jer siap semua..siap takde la siap sampi cat..cat laki bini jugak yang buat sambil di temani tentera tak bertauliah..


nie masa kerja memasang mozek dan tingkap jer..lepastu tinggal tukar pintu bilik yang baru jer..


dah siap..test letak barang dulu..


Tak siap cat lagi tapi barang ko dah susun..camne nampak tak kat situ tak menyabor nak hias rumah..pasal apa gelap ruang tamu wiring belum lagi..tukang wiring pergi bercuti pulak..maka bergelap la kat ruang situ..tinggal wiring lampu dan langsir jer belum beli..yang lain dah ok..ada sapa-sapa nak sponsor beli langsir tak..bajet dah lari nie..hahaha..sapa yang baik hati tu boleh la pm kat saya yer..hahahaha

Habis jer kerja tukang siapkan rumah..petang tu jugak lepas kerja berlari pergi kedai cat...bertekak jugak kejap nak pilih color..bertekak manja jer..
bahagian luar yang dah siap sepenuhnya..

Masa nak cat pun bertekak dengan En hubby jugak..dia suruh cat luar dulu aku suruh cat bahagian dalam dulu..so tak nak menambah kan dosa ldan sebagai  isteri mithali so dengar cakap la cat bahagian luar dulu..hahaha..esoknya cat dalam rumah dan hias ..

Akhirnya siap jugak walaupun penat sampai demam-demam aku mengecat rumah..janji aku puas hati ..ehhh ada lagi  tak puas hati ...Tak puas hati sebab langsir tak ada lagi..lagi satu wiring tak buat lagi..wiring nie nak kena dengan aku nie..wiring adik ipar aku yang serba boleh ..tangkap gambor pun boleh  wiring pun boleh so boleh jer nak sound ke nak marah ke..hahaha

Thursday, 30 October 2014

Terkena Lagi

Assalammualaikum...

kesian dekat En Hubby kali nie terkena lagi..dulu orang lain buat kali nie pun orang lain buat..

geram sungguh aku dengan orang buat rumah aku nie..rumah aku boleh dia tak buat dalam tempoh dua hari tapi rumah orang lain dia buat dah nak siap..angin giler aku dengan En Hubby tengok..menyirap jer darah aku..aku bebel jer kat En Hubby nak marah tukang tak berani..bukan tak berani tapi kesian orang tua kan..tapi kali nie En Hubby dah bengang giler terus jumpa tukang tu suruh dia stop dan kitaorang dah dapat tukang baru yang sanggup buat..terkebil-kebil tukang tutengok En Hubby aku tinggi suara lepas tu pandai  minta maaf..tapi nasib En Hubby tegas..lor kesian pulak tengok tukang tu..tapi jangan salah kan En Hubby yer dia mula-mula dia diam dan dah bagitau minta siapkan cepat tapi nampaknya dia main-main buat pulak..

Tukang baru datang tengok rumah dia kata dia boleh siap dalam masa 1 hari jer..see korang boleh imagine kan berapa % jer nak siapkan..tapi sayang tukang baru nak buatpada hari tu  tengok banyak benda kena tangguh macam pintu tak kena dengan saiz, berdesup En Hubby pergi tempah yang lain ..tingkap tak boleh ngam dengan bingkai..so terpaksa pecah balik bahagian tingakap tu pulak..giler betul tukang lama nie buat kerja..so dia tak boleh nak pecah dinding tamula..nasib ruang bilik tu dah settel tinggal nak kemas jer..tu pun dah cukup lega dah bertutup kalau tak berlopong jer..

hari  nie kata dia nak settelkan semua..takpe kita tengok nanti..En Hubby terpaksa cuti lagi nak pantau kerja diorang..

tapi takpela orang buat kita esok Allah akan balas balik..Allah nak uji kesabaran kami jer..takpe aku redha jer..tak sabar nak balik tengok nanti..duit yang bajet untuk bercuti pun dah lari ke rumah..bengang jer..penat jer aku simpan...sabar la wahai hati..

Tuesday, 28 October 2014

Steamboat In The House

assalammualaikum..

Hari tu buat steamboat cara sendiri jer..En Hubby request nak makan so kelam kibut pergi beli bahan nak buat..aku dengan En hubby sibuk cari barang budak-budak pun sibuk cari barang diorang jugak..semua benda nak beli nampak itu nak karang nampak benda lain nak jugak..yang kelakar si kecil ikut jer abang dengan kakak dia bawak kesana sini..bukan main suka dia..

Sampai rumah terus masak nasi nak buat nasi goreng..buat kuah tomyam dan bakor sikit daging burger..orang pelupa macam aku ada jer barang tercicir nak beli ..buka peti ais tengok sayur carrot ada..so bantai jer la perut kita bukan ada org lain pun..

percubaan Amsyar nak buat peace

cinta hati mama & Papa
Time nak makan makan kat ruang tamu sebab apa sebab sejuk sikit ...nak buka pintu dapur tak boleh tukang rumah tengah buat kerja..segan pulak..berpicnic kat ruang tamu..

my steamboat


daging burger yang di goreng oleh En Hubby




Alhamdullilah jadi jugakla steamboat ala-ala mama nor..tak sedap mana pun takdela macam kat kedai kan..janji boleh masuk perut lepas tu kenyang..dah kenyang lepas tu semua cari bantal..


Blogger Templates