Monday 28 March 2016

Aktiviti Bersama Anak

Assalammualaikum..

Hari tu pergi Tanjung Malim ada hal sikit dah settel terus plan nak bawak anak main go kart.Actually dah lama tak buat aktiviti santai bermain bersama anak..kebelakangan nie busy sangat dengan persiapan kahwin ayahsu..bila kita free pulak anak pulak tak free..

Go kart kat tanjung malim nie belakang stesen komuter jer..track tak ada besar mana tapi ok la nak main..kata En hubby la aku tak reti nak main benda nie.Si Nuqman dengan Amsyar terkinja-kinja nak bawak apa dia ingat macam main kereta langgar ke?... 


time nie En hubby dan bakal pengantin main dulu lepas tu baru depa bawak anak-anak


masa nie hujan baru berhenti..nasib dah berhenti kalau tak panas telinga aku dengar rungutan Nuqman..sebab janji dengan dia kan..


budak dua orang nie sikit pun tak takut nak naik.suka ada la teruja sangat dapat naik.Amsyar punya senyum lebar bukan main..tengok anak seronok kita pun seronok.tapi macam biasa la aku dengan kakak duduk tengok je tak berani nak naik..hahaha



Bukan main lagi muka happy dapat bawak..


dah puas main pergi pasar tanjung malim punyala ramai orang dan besar sakit kaki jalan sambil dukung si Amsyar..sesekali di ambil alih En Hubby dan ayahsu..

Malam tu dinner kan Garden seafood..makanan dia ok la kena tekak la..serves pun cepat harga pun tak ada mahal sangat..konon malam tu nak diet cuit sikit daging rusa blackpaper dia perghhh terus minta nasi..hahaha..terus tambah oder lagi sebab asyik berebut dengan anak-anak je.



Amsyar malam tu mengada nak duduk atas pangku..makan dah la banyak.Amsyar bagi makan nasi putih dengan ayam madu jer..kebas peha mama..

Ayam goreng madu yang licin dulu,,daging rusa black paper dan tauhu claypot.



Tauhu clapypot dia memang superb..bahan pun banyak sedap rekemen kat korang nak oder..

Dah kenyang balik rumah nanti ada masa nak repeat makan kat sini..anak-anak suka..

Thursday 24 March 2016

Majlis Khatam Al-quran Kak Tisya & Sepupunya..

Assalamualaikum...

Hari tu masa adik ipar kahwin buat sekali majlis khatam al-quran tapi bukan majlis aku just kita menumpang dengan anaknyah yang nak buat..lagipun kakak tak ada la gugup..memang nak buat kan dia tapi dia kata takut..so tengok hari tu ok je dia tanya lagi nak tak kalau mama buatkan majlis khatam tapi ingat nak buat kat rumah aku..aku imagine nak buat pulut kuning dan bagi bunga telor la.insyaallah akan aku cuba pujuk kakak..

dapat menumpang pun kira ok jugakla..bangga juga la dan tersentuh hati juga bila kakak mengalun kan ayat-ayat al-quran..lembut je suara dia..syahdu terasa mula nak sebak..hahaha mak-mak memang gitu kut..emo sekejap..sejuk perut mengandungkan kakak..

kakak dah khatam al-quran masa darjah 4 lagi dengan opah dia..tapi tak buat lagi sebab dia tak ada keyakinan kan..so tahun nie baru dapat realisasikan sebab bertiga kan..


Khatam al-quran bersama Afif  dan najiha..atok ayah pun dduuk depan nak dengar cucu baca..atok abah sebelah tak nampak pulak gambar dia.


berlatarkan DIY pelamin pengantin ya..ayah uda dan pengantin buat pelamin nie.dekor semua ayah uda buat..



amboi bukan main  tekun atok ayah dengan Tok Lang mendengarnya..


kakak tengah baca surah alahai lembutnya suara merdu je tapi slow walaupun ada micropon..tapi bila bercakap amboi kuat bukan mainhilang lemebutan suaranya..


Alhamdullilah selamat semuanya dan berjalan lancar

Wednesday 23 March 2016

Annual Dinner Di Concorde Shah Alam

Assalammualaikum..

11 tahun kerja baru nak joint so rasa kekok sikit la sebab tak biasa kan..semua ada segan ada..malu pun ada..gembira pun ada..enjoy pun ada..semua ada..

Dah kata register pukul 6:30 petang kan so awal pulak kami sampai tersipu-sipu malu ko kat situ sebab tak ada orang lagi..hahaha..dah sampai satu geng pun tak ada yang ada anak syarikat lain yang ada..hampeh tul nasib masa tu datang dengan nisa dan ditemani En Hubby..ok la kan..

Lepas register dapat door gift..alhamdullilah dapat smart tag memang itu keperluan aku sebab nak beli dari sehari ke sehari..so rezki la..senyum lebar En Hubby..


nampak masih tak ramai lagi hanay petugas yang ada..malu time sebab awal and panctual time sangat kan..hahaha



dah sampai awal so bergambar kat photoo booth

princes dan lanun mata sebelah


bersama nisa

konon-konon princes la kan..



tahun nie tema dinner movie vaganza..so boleh tengok bermacam rupa dan gaya..ada yang sampai tak kenal dibuatnya..best sekali malam tu aku tak ad suara ..boleh pulak takada suara so banyak diam jela nak cakap kena cakap kuat sakit tekak aku so aku malam tu makan first round je tu pun sikit sangat dan banyak nak minum air je..so kecewa situ sebab tak dapat makan lagi pun tak selera sangat..


menu makanan yang tak sedap..hihi

aku makan yang nie jer..








malam tu di hos kan oleh tunku Hanis dan artis tu Ella..best layan Ella punya performances..

En Hubby bersama budak pejabat aku





yang atas nie aku tak tahu dari anak syarikat mana sorry ya kalau terbaca blog aku..aku cilok gambar you all..

nie bos bwsb sitiawan

nie department account

dari department kontrak


nie semua bos dari kiri bosbahagian operasi En asri..bos operasi kedah perlis En Solan  dan tu bos aku En Sam






nie pemenang baju tercanti bahagian couple



nie bahagian solo wanita..



ni  bahagian lelaki solo..tapi aku sampai sekarang musykil tang mana yang memikat juri pun aku tak faham..hahahaha




ni pengarah urusan BWSB  pun sporting ikut tema..



nie la orang kuat JOhawaki CEO bersama wife dia..



time nie kumpulan wanda tengah buat persembahan tarian dewale..demam hindustan diorang actualy nie dari wanda BWSB jugak..



ell artis jemputan cantik tengok dekat-dekat ..manja je aksinya..

banyak lagi gambar tapi malas nak masukkan sebab tak ada muka aku..hahaha..malam tu banyak kategori la bagi meraikan pekerjanya..

Habis dinner ingat nak bergambar dengan kawan-kawan sekali tak dan terus pecut balik tinggal semua dapat panggilan kecemasan Amsyar dema kuat demam menggigil so terus balik dan minta Ucu bawak pergi klinik..


Friday 4 March 2016

Pilih Baju Dinner Last Minute- Tema Movies

Assalammualaikum..

Kerja dah 11 tahun first time joint pergi dinner syarikat..punya la teruk peragai kan..hahaha..aku ada alasan sebabnya satu jer sebab anak dulu kecil tak boleh nak tinggalkan..alasan jer tu kalau pergi melancong tinggal anak tak pa la pulak kan..hahaha..

Kali nie kena jugak attend sebab nama naik so terpaksa jua gagahkan diri..kalau dinner tak sah tak ada tema kan..kali nie tema movies charater..mula-mula memang tak nak ikut tema la malas nak cari dan sewa baju sebab tak suka..tapi disebabkan last minute punya hal diminta staff pakai siap diorang bagi duit nak tak nak orang dah bagi duit kena jugak la pakai kan..dah la esok majlisnya so mengelabah google cari costume yang dekat dengan rumah ibu..masa kesuntukan stress aku..

Last minute semua kerja giler nasib aku tak gilaer dapat la baju kat Kepong dah la kedai tu buka pukul 11pagi dan petang tu dinnernya..hahaha stresss aku..nasib pergi kedai tu banyak lagi costume harga pun masih mampu di sewa kan..walaupun banyak plihan tapi kena ingat baju kat situ jenis pinggang yang ramping dan saiz kecil..

Aku sampai kat kedai tu cakap nak baju tema macamnie terus dia bagi aku baju ala-ala princess..dia kata nie sesuai dengan aku so malas nak fikir try ok set terus amik  dengan makeup..En Hubby kata tak payah makeup tapi aku keras hati nak jugak..hahaha degil ko..tapi dia pun sibuk nak sewa baju kata biar sepadan tapi ko tahu la tahap En Hubby punya cerewetkan..lantak situla janji aku dah dapat baju aku..

Bila dah siap pakai dan hasilnya sungguh tidak menghampakan kira puas hati la pakai kan..tapi seksa aku nak jalan..yela baju kembang-kembang nak duduk payah nak jalan orang kena bagi laluan ya..hahaha

Thursday 3 March 2016

Family Outdoor

Assalammualaikum...

Sesekali dapat luang bersama keluarga dapat jalan ramai-ramai dengan macam-macam ragam best jugak..
tuan belog bersama En Hubby


Abang Sham & Kak Yati

Ucu Ekin & Amir

nie masa tahun baru cina jalan-jalan kat kuala lumpur punyala lama tak jejak banyak sangat perubahan dan best jalan tak jem tapi penuhi dengan warga asing je..mall pun banyak tutup..plan nak pergi jalan kenanga tutup pulak..pergi GM kl pun banyak tutup..frust giler..so pusing-pusing je 

haritu makan nasi ayam kat bangsar kedai tu abang aku kata popular dan sedap tapi memang sedap la kedai biasa aje tapi sedap..harga pun tidak mahal biasa-biasa jer ayam dan sos tak kedekut langsung..puas la makan..

biasala kalau dah keluar dengan budak kecil kan tak sah kalau tak ada yang buat drama swasta kan..hari tu anak abang aku jer yang buat drama yang lain ok jer maybe penat kut..lepas makan abang aku ajak jalan kat taman botani bagi budak enjoy main..memang enjoy tengok budak main dan best happy family sebab lama sangat tak keluar ramai-ramai macam nie..

amsyar seronok main air buih














dah penat semua sebelum balik makan ais krim dulu..lepak kat batu..enjoy jer semua..



Walaupun semua kepenatan muka tetap senyum..lepas tu terus pecut balik rumah..malam dinner baru keluar balik..


Blogger Templates