Friday 4 March 2016

Pilih Baju Dinner Last Minute- Tema Movies

Assalammualaikum..

Kerja dah 11 tahun first time joint pergi dinner syarikat..punya la teruk peragai kan..hahaha..aku ada alasan sebabnya satu jer sebab anak dulu kecil tak boleh nak tinggalkan..alasan jer tu kalau pergi melancong tinggal anak tak pa la pulak kan..hahaha..

Kali nie kena jugak attend sebab nama naik so terpaksa jua gagahkan diri..kalau dinner tak sah tak ada tema kan..kali nie tema movies charater..mula-mula memang tak nak ikut tema la malas nak cari dan sewa baju sebab tak suka..tapi disebabkan last minute punya hal diminta staff pakai siap diorang bagi duit nak tak nak orang dah bagi duit kena jugak la pakai kan..dah la esok majlisnya so mengelabah google cari costume yang dekat dengan rumah ibu..masa kesuntukan stress aku..

Last minute semua kerja giler nasib aku tak gilaer dapat la baju kat Kepong dah la kedai tu buka pukul 11pagi dan petang tu dinnernya..hahaha stresss aku..nasib pergi kedai tu banyak lagi costume harga pun masih mampu di sewa kan..walaupun banyak plihan tapi kena ingat baju kat situ jenis pinggang yang ramping dan saiz kecil..

Aku sampai kat kedai tu cakap nak baju tema macamnie terus dia bagi aku baju ala-ala princess..dia kata nie sesuai dengan aku so malas nak fikir try ok set terus amik  dengan makeup..En Hubby kata tak payah makeup tapi aku keras hati nak jugak..hahaha degil ko..tapi dia pun sibuk nak sewa baju kata biar sepadan tapi ko tahu la tahap En Hubby punya cerewetkan..lantak situla janji aku dah dapat baju aku..

Bila dah siap pakai dan hasilnya sungguh tidak menghampakan kira puas hati la pakai kan..tapi seksa aku nak jalan..yela baju kembang-kembang nak duduk payah nak jalan orang kena bagi laluan ya..hahaha

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates