Monday 28 March 2016

Aktiviti Bersama Anak

Assalammualaikum..

Hari tu pergi Tanjung Malim ada hal sikit dah settel terus plan nak bawak anak main go kart.Actually dah lama tak buat aktiviti santai bermain bersama anak..kebelakangan nie busy sangat dengan persiapan kahwin ayahsu..bila kita free pulak anak pulak tak free..

Go kart kat tanjung malim nie belakang stesen komuter jer..track tak ada besar mana tapi ok la nak main..kata En hubby la aku tak reti nak main benda nie.Si Nuqman dengan Amsyar terkinja-kinja nak bawak apa dia ingat macam main kereta langgar ke?... 


time nie En hubby dan bakal pengantin main dulu lepas tu baru depa bawak anak-anak


masa nie hujan baru berhenti..nasib dah berhenti kalau tak panas telinga aku dengar rungutan Nuqman..sebab janji dengan dia kan..


budak dua orang nie sikit pun tak takut nak naik.suka ada la teruja sangat dapat naik.Amsyar punya senyum lebar bukan main..tengok anak seronok kita pun seronok.tapi macam biasa la aku dengan kakak duduk tengok je tak berani nak naik..hahaha



Bukan main lagi muka happy dapat bawak..


dah puas main pergi pasar tanjung malim punyala ramai orang dan besar sakit kaki jalan sambil dukung si Amsyar..sesekali di ambil alih En Hubby dan ayahsu..

Malam tu dinner kan Garden seafood..makanan dia ok la kena tekak la..serves pun cepat harga pun tak ada mahal sangat..konon malam tu nak diet cuit sikit daging rusa blackpaper dia perghhh terus minta nasi..hahaha..terus tambah oder lagi sebab asyik berebut dengan anak-anak je.



Amsyar malam tu mengada nak duduk atas pangku..makan dah la banyak.Amsyar bagi makan nasi putih dengan ayam madu jer..kebas peha mama..

Ayam goreng madu yang licin dulu,,daging rusa black paper dan tauhu claypot.



Tauhu clapypot dia memang superb..bahan pun banyak sedap rekemen kat korang nak oder..

Dah kenyang balik rumah nanti ada masa nak repeat makan kat sini..anak-anak suka..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates