Thursday 31 July 2014

Sebelum Tiba Syawal

Assalammualaikum..

dah raya tapi aku baru nak buat entry sebelum raya..takpa la janji sweet memori tetap ada..

tahun nie disebabkan raya jatuh hari Isnin so banyak masa lagi untuk prepare apa yang patut..sebelum balik raya di Sungai Buloh Nuqman kita bagi rambut raya dulu gunting rambut kat tapah..Nak gunting kat sungai Buloh mahal nak mampus..so kak ada dia telah belanja dia gunting rambut..situ dah dapat mama buat penjimatan kan..hahaha..


Photo: #rambutrayanuqman
ragam Nuqman bila kena gunting rambut
ok anak lelaki dah settel lega sikit..so balik sungai buloh bosan pagi sabtu ajak ucu pergi saloon..saloon katanya padahal kat kampung Ibu nie dah macam kitaorang balik bandar jer..semua ada tak payah nak jauh-jauh pergi saloon..macam biasa aku cuci rambut jer and trim sikit jer tu pun dia caj mahal jugak..dah aku cuci anak dara haruslah jugak nak mencuci punya lebar dia suka..yelah dah lama tak bawak dia pergi cuci rambut kat kedai..Ucu yang perkenalkan kedai nie..so far ok la tapi aku jer macam kureng sikit sebab cuci dia sikit urut kepala jer lebih..aku tak berapa suka..tapi aku tengok orang yang cuci rambut Ucu macam best jer..lain kali try dengan dia pulak
Photo: :):)

kakak kata best cuci tapi bila dia nak hairdryer ( betul ke namanya) tu panas ..ala sian anak mama nie..


Photo: Tunggu dgn penuh kebosanan kami gegirl kat salon
#duabujangmenyibuk
sabar menunggu 
disebabkan En Hubby pun keluar so terpaksa angkut semua anggota tentera nie..nasib call En Hubby dia dah onthe way nak balik so minta dia singgah ambil budak dua orang nie..kesian pulak kalau dia tunggu lama-lama..lagipun excited sangatkan sampai lupa nak bawak susu dia nasib dia good boys..

Balik rumah tengok elok jer dia lepak dengan papa kat depan tv..bagus betul dia..Lepas tu bagi susu terus dengan mama dia terbongkang tidor..penat menunggu diaorang cuci rambut..

next entry akan cerita malam raya dan hari raya yer..


Wednesday 23 July 2014

Hari Kelahiran Kakak

Assalammualaikum..

Tahun nie hari kelahiran kakak masih jatuh lagi pada bulan puasa so memang tak de nak beli sebiji kek..beli slice jer takut tak habis pulak..takmo membazir yer..


Selepas sambut berbuka puasa dekat tempat sekolah En Hubby kitaorang sambut secara kecil-kecilan jer..memang kecilan sungguh pun..hahaha..nak makan besar perut dah kenyang makan nasi ambang ke ambeng..hahaha lantakla..Mungkin lepas raya kita sambut meriah sikit la ..


nak cerita sikitla pasal kakak nie..dari dalam perut lagi tak menyusahkan mama cuma dia pada awal-awal mengandung jer lepas tu dia ok..masa kecil pun senang jaga bawak jer kemana tak meragam kalau tengah tidur kejut bangun elok jer..rileks jer..alhamdullilah



masa umur 3 tahun

masa umur 7 tahun

alhamdullilah kakak membesar dengan baik cuma dah besar nie suka sangat sentap..tu tak boleh dinafikan..walaupun suka sentap tapi seorang kakak yang sangat sayang adik-adiknya..


kakak juga boleh la diharap minta bantuan bila diperlukan..lebih cenderung pada masak tapi lebih malas bila minta kemas rumah...


kakak ketika sembahyang tarawih tahun nie



mama doakan semoga kakak Ainur Batrisya Balqis dikurniakan kesihatan baik..dirahmati allah dan dilindungi Allah..semoga kakak terus berjaya dunia dan akhirat..amin

Selamat Hari Lahir Kakak Ainur yang ke 9 tahun pada 21hb Julai 2005..




Mood Raya

Assalammualaikum..

lagu raya kat radio makin kerap berkumandang tapi pelik la tahun nie aku dengan En Hubby tak ada excited nak beraya sangat..tak tahu la mungkin faktor usia yang makin meningkat kan..

Tahun nie kitaorang memang sakan beli baju raya  untuk anak-anak jer..ikut aje apa yang diorang nak tapi makbapak yang rabak duit..hahaha..takpela janji anak-anak bahagia dan happy nak raya..

Kitaorang memang tak tempah baju melayu atau baju kurung so nak cari sedondon memang payahhhhh sangatttttttttt...so dah jadi macam nie mood kelaut terus..hahaha tu sebenarnya tak de mood..tahun nie Nuqman sibuk nak sedondon dengan Amsyar dari baju sampai kasut pun nak sama..seronok dia dapat sama-sama kut..tak pela nkiita tengok je la warna warni baju raya kami..

Semalam cuti kitaorang pusing habis satu Ipoh sampai petang cari baju raya tak cukup Ipoh pergi ke Teluk Intan pulak sakan cari baju untuk budak-budak..alhamdullilah semalam penutup shoping..semua dah settel. semalam sampai rumah pukul 1 pagi terus bersahur..malas aku nak bangun lagi budak-budak pun letih siap request sambung cuti sekolah lagi..ok la sebab kesian punya pasal mama luluskan tapi bersyarat jugak suruh depa kemas sikit rumah..hahaha..

Monday 21 July 2014

Biskut Raya

Assalammualaikum..

tahun nie memang kejap jer puasa..tak terasa sangat..cepat betul masa berlalu..kuih raya pun baru 2 jenis jer buat memang dua jenis je nak buat yang lain kuih main yunjuk-tunjuk and ambil kat rumah ibu..hahaha..

tahun nie try buat conflake madu..ehhh silap memang tiap-tiap tahun itu jer yang aku buat...hahaha..rasanya memang sedap la kan siap Nuqman suruh buat lagi..memang nak buat lag nak bagi kat orang sana sikit orang sini sikit kan..

Biskut conflake nie memang senang sangat nak buat..bahan pun sikit..meh aku share resepi nie..sebelum nie banyak kali aku amik kat tenet lepastu melekat kat paper cup..kali nie resepi Ibu terus jadi..sekali buat aku siap kira dapat la dalam 180 biji..untung betul kalau buat niaga modal dah tak seberapakan..ok jom tengok resepi dia kat sini...

bahan-bahan
1 kotak besar conflake
250g butter cup
1/2 cawan gula pasir
1/2 botol madu
garam sikit

cara-cara
butter tu cairkan dalam kuali dah cair campurkan gula tadi..kacau samapi betul-betul cair dah ok masukan madu kacau dan masukan conflake..gaul bagi rata..masukan dalam paper cup dan bakor dalam 5 minit..

dah habis..belum raya lagi
disebabkan dah habis satu balang dimakan oleh Nuqman so tinggal lagi satu balang rasa tak cukup maka haruslah aku buat lagi..seronok tengok dia makan lepas buka amik makan karang time sahur makan lagi..

yang kedua biskut cholete chip..nie pun pejam mata sebelah jer pun boleh siap..kalau tutup dua-dua belah nanti tak nampak pulak kan..

bahan-bahan 

ok ye nak bagitahu kalau beli cholate chip beli terus simpan dalam peti ais yer jangan jadi macam akak nie cerdik sangat letak kat dalam almari nak guna dia macam cair sikit..hahaha..jangan bajet rumah tu macam kat supermarket sentisa sejukan..

sebelum bakar
tengah bakar
macam-macam bentuk ada
gambar kat atas nie semua ikut intenet tak berapa nak jadi sangatla tapi still boleh makanla..tension jugakla tak berap nak jadii..last-last call ibu minta resepi dari Ibu..ikut resepi ibu jadi dah lebih sedap..hilang tension aku..tu pasal dalam botol tu lain sikit..
siap masuk botol dah..
Ok la biskut dah siap buat ..rumah pun dah sipa kemas..baju pun dah settel..tinggal nak kemas baju dan balik kampung..yehhhh....

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua silent readers...

Friday 18 July 2014

Shoping Raya & Iftar Bersama Family

assalammualaikum..

Mood raya dah nak sampai maka agenda shoping baju raya akan dilaksanakan dengan gembira....
misi raya tahun banyak tumpu pada budak 3 orang nie..seronok tengok keterujaan budak-budak nie..
tapi perasan tahun nie tak sesak sangat kat tempat shoping maybe orang ramai shoping sebelum puasa kut..ke aku yang terlewat shoping..tapi apa pun enjoy la macam nie..

Plan abah dengan adik ipar aku nak ikut aku ok jer ada la orang nak tengok budak-budak nie time kitaorang memilih..last abah kata dia tak larat nak jalan si adik boleh tidur mati kejut tak nak bangun..kitaorang terus jer pergila..kat sana aku tukang jaga anak En Hubby pergi memilih baju budak-budak..dekat rumah cakap beli sorang dua pasang baju jer budak-budak nie last-last dia yang over beli.nampak tu murah beli nampak brand nie murah beli..aku geleng kepala jer tengok tapi sebenarnya aku suka jer baju budak-budak nie banyak..

tengah shoping adik ipar call kata nak datang suruh kitaorang amik kat bus stop..padan muka tula kat dah kena naik bas datang..hahaha..lega sikit dah dapat baju budak-budak dah settel semuanya..yang tak settel baju melayu dan kurung jer lagi..

tu cerita semalam besoknya datang lagi Ipoh kebetulan En Hubby ada kerja so mengekor la kami pergi Ipoh lagi..shoping sikit lagi..sikit jer tu pun barang mama tak dapat lagi..Sebab semalam tak dapat makan kat Restoran Simpang Tiga hari nie booking awal-awal..masakan ala-ala minang..boleh tahan la makanan dia..

Nuqman yang tengah menahan nafsu

Kakak yang sibuk dengan handphone
sementara nak tunggu buka si kakak nie sibuk main game..kitaorang saje masuk awal taknak nanti kelam kabut dengan orang ramai kan..

Amsyar yang tak sabor nak makan
nasib time buka Amsyar very good duduk dalam tu diam jer sambil makan..ada sorang budak tu kesian aku tengok mak bapak dia nak makan pun tak tenteram anak buat hal..nagislah  jerit la..nasib aku tak tercekik..hahaha

makanan kitaorang

En Hubby pun sibuk jugak
kitaorang amik lauk mengikut tekak masing-masing..ada sotong sambal kegemaran Nuqman..ayam bakor lauk kakak..lauk lakibini siakap bakor dengan pecal..air satu jug total semua RM 71.00 ..murah ke mahal ke janji sedap and puas hati makan.sambal hijau dia memang sedap..taip balik macam lapor jer rasa..Nuqman siap pesan lain kali kita pergi Ipoh sini jerla kita makan..maknaya kena dengan tekak dia la tu..

Wednesday 9 July 2014

Iftar Bersama Anak Yatim

Assalammualaikum..

Alhamdullilah program bersama anak yatim kali ni berjalan dengan lancar..rezeki tahun nie di kongsi lagi bersama anak yatim .Tahun nie kitaorang buat lagi dekat rumah lagi dan masak sendiri..macam biasa master chef dia kakak ipar akula..aku macam biasa just bantu apa yang patut jerla..

tapi tahun nie orang pasang buat khemah buat hal pulak last minute dia tak pasang dan yang geram kitaorang call puluh kali dia boleh tak jawab phone..memang gelabah jugak yela majlis esok khemah tak ada lagi..tapi alhamdullilah Allah tu maha adil cari yang lain dapat dan pasang malam tu juga..settel masalah..

barang-barang yang nak digunakan..dah nak macam buat kenduri kahwin jer..tu tak tengok bahan mentah dan bahan kering lagi.berbungkus-bungkus plastik ..


durian import batu gajah..disponsor oleh pak cik
Menu utama  hari tu kari daging,ayam goreng berempah,sambal ikan bilis petai,sayur campur,kuah durian , mee goreng,sambal tempoyak masak,sambal belacam dan ulam itu semua masak sendiri..penat giler duduk dekat dapur dari pagi sampai petang..kuih jer kitaorang oder..korang tengokla lauk banyak mana penat toksah cakap la..aku sampai rasa nak buka puasa jer..cuaca memang panas la letih giler tak ada air dalam badan..budak-budak jangan cakap asyik mandi pastu tanya pukul berapa jer..

Dah settel petang ambil anak yatim kali nie kitaorang sewa bas senang sikit sampai kat rumah buat tahlil sikit dan ada tazkirah sikit sementara tunggu maghrib dan buka..gambar semua aku tak snap pun semua kamu copy dari FB cousin aku..

acara makan durian

tengok sampia tertidur kekenyangan
kali nie puashati dapat bagi anak yatim makan kuah durian dan buah durian



Selepas selesai tarawih bersama kitaorang ada sikit beri saguhati untuk diorang dan tahun nie rezki diorang lebih murah sebab banyak sedara mara yang bayar zakat..alhamdullilah


Photo: ...Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim...
                    Contact us 0122798825
bersama ustaz a,nak yatim & family ku
Alhamdullilah majlis berjalan lancar dan seisi bergambar bersama anak yatim untuk kenangan..nie pun budak-budak dah tukar baju..Insyaallah aku dengar diaorang nak plan buat dekat rumah Anak Yatim pulak..

malam tu aku kemas ala kadar jer..dah penat sangat terbayang batal dengan katil jer...tengok dah clear sikit pergi mandi terus tidur pengsan tak sedar diri..tapi tak ada pengsan la kejap-kejap terjaga jugak sebab adik-beradik Hubby tak tidur diaorang lepak bersembang yelah bukan senang nak jumpa sekali gus..terkejut kejap la entah sape boleh cakap kat tingkap aku smabil gelak-gelak..hampehhh betul lepas tido balik..sedar-sedar kakak ipar kejut bangun sahur bagun semua dah siap tinggal nak makan jer..hahaha tak guna punya adik iparkan..



Friday 4 July 2014

Rawatan Susulan Batu Hempedu

Assalammualaikum...

nak cerita lagi pasal buat rawatan sakit batu hempedu..actually memang tak ada sakit lagi..last sakit yang masuk Hospital itu jer tu pun bulan November tahun lepas..

Walaupun tak sakit tapi still masih pergi berubat kampung..ikhtiar tak nak buat operation jer..Last check awal bulan Jun hari tu kat darah dah normal lepas tu dia minta buat ultrasound sekali lagi..

Dua hari lepas pergi buat ujian ultrasound Kat Hospital Ipoh..keputusan Doktor kata masih ada batu yang kecil-kecilla..frust dengar masatu..Doktor Pakar Ipoh tu tanya jugak ada sakit ke..aku cakap tak ada sakit dah..result masa dapat tu macam kurang faham yela ayat doktor kan gigih  aku  google translate kan ke dalam bahasa melayu..apa yang aku faham la aku punya batu masih ada tapi kecil dan normal..tiada masalah lain pada hati,perut dan buah pinggang.itu semua normal dan tiada luka pun..alhamdullilah rasanya..tapi Doktor tu pun ada cakap kalau tak sakit tak payah nak operate la just jaga makan jer..

aku tengok macam tak ada apa pun..
Jumpa doktor kat Tapah pulak dia tengok dia pun kata dekat saluran hempedu tak bengkak kembali normal..alhamdullilah..tapi lagi 2 bulan datang cek darah..nie yang tak syok dengar..tapi keseluruhannya macam dah ok jer kan..

muka confius
Aku pun dah tak tahu yang mana satu berkesan ubatnya..lantakla janji apa yang aku cuba ikhtiar dapat mengurangkan dan harap dapat kembali pada normal  balik..

Lepas mie nak pantau makan la nak kena kurangkan makanan yang berminyak dan seafood tapi aku rasa kejap jer kut aku boleh ikut lepas tu lupa dunia...dah makan dah sedap lupa kejap karang sakit sendiri tanggungkan..Tapi Insyaallah aku akan try my best..hahaha..

Thursday 3 July 2014

Cerita Puasa Tahun Ini

Assalammualaikum..

Bulan nie harap-harap dapat puasa penuh tak payah nak ganti-ganti balik..kalau nak ganti sure hujung-hujung nak ramadhan baru terhegeh-hegeh nak cover..

tahun nie macam tahun-tahun yang sudah jugak anak-anak dah biasa puasa..so tak ada masalah la..tapi tetap kena pantau..karang dia tengok mak bapak dia takde tanya dia senyap-senyap minum..tapi alhamdullilah setakat nie takde lagi kes menipu nie..kalau ada siap la diorangkan..

Actually menu sahur budak cukup senang dan ringkas je..bulan puasa stok maggie ayam memang tak putusla sahur diaorang nak makan maggie dan air yang sejuk.. tapi ada kala Nuqman lepas makan maggie dia akan makan lagi dia je berselera nak makan..si kakak makan sikit je..tapi waktu siang alhamdullilah setakat  nie tak ada la merengek-rengek dahaga ke minta buka awal tak ada la..bagus anak mama

Kalau buka semua serbu air dulu..air jer 3 jug licin..kuih memang beli 3 ketul jer ikut selera masing-masing bukan kedekut yer tapi beli 3 ketul tu ada masa tak habis jugak..sebab family suka buka terus makan nasi..

Tapi semalam aku hangin dengan En Hubby..masa sahur  kata nak buka surau aku ok la balik kerja karang masak ala kadar jer sebab dua mulut nak buka kan..lepastu balik kerja  kata nak buka rumah aku ok la aku pun masak la tup..tup balik bazar kata nak buka surau..hoiiii aku dah penat masak basah ketiak kat dapur masak dia rilex jer macam tak bersalah jer cakap macamtu...aku tengok air  ada 3bungkus dia beli ..roti john ada murtabak pun ada tu sapa nak makan dengan lauk aku  masak lagi..takpela malas nak bising-bisingkan so bajet aku sahur tak payah la nak masak lagi senang kerja aku..kuih tu aku dah sound awal-awal tak habis nanti aku sumbat kat lubang hidung dia..hahaha garang aku kan marah laki sendiri..nasib roti John dan murtabak tu habis..time sahur pun lauk tinggal sikit..alhamdullilah habis jugak lauk aku..cuma nasi tak habis buat nasi goreng untuk bekal Amsyar..

so far baru beberapa hari puasa nie masih tak nampak kesan mudarat kat anak-anak..selalu bulan puas diorang akan demam minta tahun nie semua sihat hendaknya..tapi tahun nie berbuka tercabar keimanan dengan Amsyar jer..hahaha..orang nak buka dia pun sibuk nak joint..abang dengan kakak  masa kecil bila time buka tak de kacau mama papa makan..elok jer baring depan tv tapi yang nie hyper betul..

ok ..pada semua umat islam selamat menjalani ibadah puasa sepanjang ramadhan ini..




Blogger Templates