Thursday 3 July 2014

Cerita Puasa Tahun Ini

Assalammualaikum..

Bulan nie harap-harap dapat puasa penuh tak payah nak ganti-ganti balik..kalau nak ganti sure hujung-hujung nak ramadhan baru terhegeh-hegeh nak cover..

tahun nie macam tahun-tahun yang sudah jugak anak-anak dah biasa puasa..so tak ada masalah la..tapi tetap kena pantau..karang dia tengok mak bapak dia takde tanya dia senyap-senyap minum..tapi alhamdullilah setakat nie takde lagi kes menipu nie..kalau ada siap la diorangkan..

Actually menu sahur budak cukup senang dan ringkas je..bulan puasa stok maggie ayam memang tak putusla sahur diaorang nak makan maggie dan air yang sejuk.. tapi ada kala Nuqman lepas makan maggie dia akan makan lagi dia je berselera nak makan..si kakak makan sikit je..tapi waktu siang alhamdullilah setakat  nie tak ada la merengek-rengek dahaga ke minta buka awal tak ada la..bagus anak mama

Kalau buka semua serbu air dulu..air jer 3 jug licin..kuih memang beli 3 ketul jer ikut selera masing-masing bukan kedekut yer tapi beli 3 ketul tu ada masa tak habis jugak..sebab family suka buka terus makan nasi..

Tapi semalam aku hangin dengan En Hubby..masa sahur  kata nak buka surau aku ok la balik kerja karang masak ala kadar jer sebab dua mulut nak buka kan..lepastu balik kerja  kata nak buka rumah aku ok la aku pun masak la tup..tup balik bazar kata nak buka surau..hoiiii aku dah penat masak basah ketiak kat dapur masak dia rilex jer macam tak bersalah jer cakap macamtu...aku tengok air  ada 3bungkus dia beli ..roti john ada murtabak pun ada tu sapa nak makan dengan lauk aku  masak lagi..takpela malas nak bising-bisingkan so bajet aku sahur tak payah la nak masak lagi senang kerja aku..kuih tu aku dah sound awal-awal tak habis nanti aku sumbat kat lubang hidung dia..hahaha garang aku kan marah laki sendiri..nasib roti John dan murtabak tu habis..time sahur pun lauk tinggal sikit..alhamdullilah habis jugak lauk aku..cuma nasi tak habis buat nasi goreng untuk bekal Amsyar..

so far baru beberapa hari puasa nie masih tak nampak kesan mudarat kat anak-anak..selalu bulan puas diorang akan demam minta tahun nie semua sihat hendaknya..tapi tahun nie berbuka tercabar keimanan dengan Amsyar jer..hahaha..orang nak buka dia pun sibuk nak joint..abang dengan kakak  masa kecil bila time buka tak de kacau mama papa makan..elok jer baring depan tv tapi yang nie hyper betul..

ok ..pada semua umat islam selamat menjalani ibadah puasa sepanjang ramadhan ini..



No comments:

Post a Comment


Blogger Templates