Wednesday 9 July 2014

Iftar Bersama Anak Yatim

Assalammualaikum..

Alhamdullilah program bersama anak yatim kali ni berjalan dengan lancar..rezeki tahun nie di kongsi lagi bersama anak yatim .Tahun nie kitaorang buat lagi dekat rumah lagi dan masak sendiri..macam biasa master chef dia kakak ipar akula..aku macam biasa just bantu apa yang patut jerla..

tapi tahun nie orang pasang buat khemah buat hal pulak last minute dia tak pasang dan yang geram kitaorang call puluh kali dia boleh tak jawab phone..memang gelabah jugak yela majlis esok khemah tak ada lagi..tapi alhamdullilah Allah tu maha adil cari yang lain dapat dan pasang malam tu juga..settel masalah..

barang-barang yang nak digunakan..dah nak macam buat kenduri kahwin jer..tu tak tengok bahan mentah dan bahan kering lagi.berbungkus-bungkus plastik ..


durian import batu gajah..disponsor oleh pak cik
Menu utama  hari tu kari daging,ayam goreng berempah,sambal ikan bilis petai,sayur campur,kuah durian , mee goreng,sambal tempoyak masak,sambal belacam dan ulam itu semua masak sendiri..penat giler duduk dekat dapur dari pagi sampai petang..kuih jer kitaorang oder..korang tengokla lauk banyak mana penat toksah cakap la..aku sampai rasa nak buka puasa jer..cuaca memang panas la letih giler tak ada air dalam badan..budak-budak jangan cakap asyik mandi pastu tanya pukul berapa jer..

Dah settel petang ambil anak yatim kali nie kitaorang sewa bas senang sikit sampai kat rumah buat tahlil sikit dan ada tazkirah sikit sementara tunggu maghrib dan buka..gambar semua aku tak snap pun semua kamu copy dari FB cousin aku..

acara makan durian

tengok sampia tertidur kekenyangan
kali nie puashati dapat bagi anak yatim makan kuah durian dan buah durian



Selepas selesai tarawih bersama kitaorang ada sikit beri saguhati untuk diorang dan tahun nie rezki diorang lebih murah sebab banyak sedara mara yang bayar zakat..alhamdullilah


Photo: ...Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim...
                    Contact us 0122798825
bersama ustaz a,nak yatim & family ku
Alhamdullilah majlis berjalan lancar dan seisi bergambar bersama anak yatim untuk kenangan..nie pun budak-budak dah tukar baju..Insyaallah aku dengar diaorang nak plan buat dekat rumah Anak Yatim pulak..

malam tu aku kemas ala kadar jer..dah penat sangat terbayang batal dengan katil jer...tengok dah clear sikit pergi mandi terus tidur pengsan tak sedar diri..tapi tak ada pengsan la kejap-kejap terjaga jugak sebab adik-beradik Hubby tak tidur diaorang lepak bersembang yelah bukan senang nak jumpa sekali gus..terkejut kejap la entah sape boleh cakap kat tingkap aku smabil gelak-gelak..hampehhh betul lepas tido balik..sedar-sedar kakak ipar kejut bangun sahur bagun semua dah siap tinggal nak makan jer..hahaha tak guna punya adik iparkan..



No comments:

Post a Comment


Blogger Templates