Thursday 31 July 2014

Sebelum Tiba Syawal

Assalammualaikum..

dah raya tapi aku baru nak buat entry sebelum raya..takpa la janji sweet memori tetap ada..

tahun nie disebabkan raya jatuh hari Isnin so banyak masa lagi untuk prepare apa yang patut..sebelum balik raya di Sungai Buloh Nuqman kita bagi rambut raya dulu gunting rambut kat tapah..Nak gunting kat sungai Buloh mahal nak mampus..so kak ada dia telah belanja dia gunting rambut..situ dah dapat mama buat penjimatan kan..hahaha..


Photo: #rambutrayanuqman
ragam Nuqman bila kena gunting rambut
ok anak lelaki dah settel lega sikit..so balik sungai buloh bosan pagi sabtu ajak ucu pergi saloon..saloon katanya padahal kat kampung Ibu nie dah macam kitaorang balik bandar jer..semua ada tak payah nak jauh-jauh pergi saloon..macam biasa aku cuci rambut jer and trim sikit jer tu pun dia caj mahal jugak..dah aku cuci anak dara haruslah jugak nak mencuci punya lebar dia suka..yelah dah lama tak bawak dia pergi cuci rambut kat kedai..Ucu yang perkenalkan kedai nie..so far ok la tapi aku jer macam kureng sikit sebab cuci dia sikit urut kepala jer lebih..aku tak berapa suka..tapi aku tengok orang yang cuci rambut Ucu macam best jer..lain kali try dengan dia pulak
Photo: :):)

kakak kata best cuci tapi bila dia nak hairdryer ( betul ke namanya) tu panas ..ala sian anak mama nie..


Photo: Tunggu dgn penuh kebosanan kami gegirl kat salon
#duabujangmenyibuk
sabar menunggu 
disebabkan En Hubby pun keluar so terpaksa angkut semua anggota tentera nie..nasib call En Hubby dia dah onthe way nak balik so minta dia singgah ambil budak dua orang nie..kesian pulak kalau dia tunggu lama-lama..lagipun excited sangatkan sampai lupa nak bawak susu dia nasib dia good boys..

Balik rumah tengok elok jer dia lepak dengan papa kat depan tv..bagus betul dia..Lepas tu bagi susu terus dengan mama dia terbongkang tidor..penat menunggu diaorang cuci rambut..

next entry akan cerita malam raya dan hari raya yer..


No comments:

Post a Comment


Blogger Templates