Wednesday 24 December 2014

Borak-Borak

Assalammualaikum...

hai ibu-ibu dan bapak-bapak kalian semua dah beli ke baju sekolah anak???..persiapan sekolah anak dah siap ke??aku macam biasa dah settel semua..dah settel tu yang berlagak tulis ..walaupun dua orang anak bersekolah rendah barang keperluan baru tetap ada..tapi tak banyak just tambah itu tolak ini janji ada kan..budak-budak lagikan..

Walaupun masih kecil adakalanya demand jugak budak dua orang nie nak yang mahal tapi alhmadullilah anak-anak mendengar kata dan tidak memberontak..syukur dapat anak yang faham situasi mamapapa dia..bukan tak mampu nak beli tapi nak ajar hidup bersederhana...

biasalakan dah beli barang baru haruslah try..test..cantik ke idak lepas tu sibuk bila tanya nak sekolah..nanti dah seminggu sekolah mula tanya bila nak cuti..macam-macam ragam budak dua orang nie tu belum masuk Amsyar lagi dia pun sibuk jugak  nak try barang kakak and abang tapi kesian tidak dapat..hahaha..

Lega bila barang dah settel dan baju sedozen pun siap gosok..sejam berdiri gosok baju budak-budak nie..sampai kejang-kejang kaki aku..time nie rasa nak jer hantar kedai dobi tapi nak buat apakan membazir setakat berdiri sejam jer kalau berjalan shopping tu relax empat lima jam jalan tak la merungutkan..hahaha..

ok la nie jer nak borak walaupun hati gundah gelana..sedih..dalam otak ligat fikir apa akan terjadi seterusnya sampai tak mampu nak fikir dah..walaupun air mata asyik mengalir tapi akan ku terus kan jua..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates