Wednesday 10 December 2014

Holiday Penang Hari 1

assalammualaikum..

Kali nie pergi bercuti ke Penang kira kali kedua la budak-budak nie pergi dan kali pertama buat Amsyar..teruja sangat budak-budak nie lebih-lebih lagi Nuqman..beberapa hari sebelum pergi pun asyik nak bertekak dengan Nuqman jer..hahaha...plan nak rahsia la tapi last-last mulut mama cannot rahsia la terus cerita..tau je la Nuqman dah tahu asyik tanya bila nak pergi??pukul berapa nak bangun???nak pakai baju apa??sapa yang ikut??tido kat mana??berapa hari pergi??sehingga la hari nak pergi still masih tanya tak puas hati selagi jawapan dia tak memuashati dia..aku biasalah kan mesti nak naik Hulk bila asyik tanya jer..masalahnya  semua pertanyaan ditanya pada mama..dia ingat muka mama ada tulis kaunter pertanyaan kut!!tu yang mama malas bagitahu..

ok time nak pergi tu bibir dia ulser..kesian dia nak makan payah..aku apa lagi menyakatla cakap mulut tu banyak dosa dengan mama tu pasal kena ulser..hahaha bengang jer dia


masa nie dah sampai Penang merasa jugakla naik jambatan kedua nie..hahaha jakun jap padahal dah lama bukak..En Hubby eksyen sebab dia dah lalu masa kayuh basikal masa opening jambatan nie..sebab En Hubby dah rasa dulu so gamba dia tak perlu la ye..hihihi


first time sewa kondo syarikat sebelum nie nak booking penuh memanjang..ramai benor orang nak book..

orang jakun kan masuk-masuk masyaallah besar giler kondo nie ..happy giler sewa sini berbaloi dengan harga dia..sampai anak aku suruh duduk sini kerja kat sini..dia kata tempat nie best..boleh main-main lari budak sebab luas..


bilik budak
bilik pun puashati giler..besar dan best setiap bilik ada tandas..xpayah ko nak berkemban keluar bilik pergi tandas luarkan..tapi satu jer jondo nie tak boleh nak havoc sangat sebab dia punya kondo nie private..tapi setakat family aku nak havoc apanya kan..view dia best menghadap laut..


nie yang best bagi budak ni depa jer mandi tak ada orang lain yer..memang best la mandi dengan aman..seronok la budak-budak tu..tu pasalnya bila ajak jalan jer sibuk ajak balik kondo nak mandi kolam..

Hari first tak ada kemana sangat bagi budak mandi kolam malam baru keluar makan sup hameed..nie pun En Hubby rekemen sedap sup dia..sekali try mememang sedap..sup special sebab makan dengan roti..


ihsan google- sup hameed

ihsan google-
tak ada gambar sendiri sebab masa kitaorang duduk jer terus hujan lebat..kurang ajar betul dah la aku pun pangku Amsyar tengah tidur nyenyak..nak makan pun tak feel..sup dia memang sedap la..
dah kenyang pusing kejap jer sebab hujan lebat so terus balik kondo..ok next day kita sambung entry lain..



No comments:

Post a Comment


Blogger Templates