Wednesday 30 April 2014

Cuti Berdua Bukit Tinggi - Padang ,Indonesia ~ part 1~

Assalammualaikum..

Dah hampir 10 tahun kawin first time pegi bercuti berdua...sekali sekala pergi berdua tanpa anak seronok jugak tapi setiap apa aktiviti asyik teringat kat anak..hadoii camne nak honeymoon gitukan..

percutian yang memakan masa 4H3M begitu lama rasanya tanpa anak disisi..asyik duk pikir bila la nak balik..depan En Hubby saje buat cool tapi dalam kepala otak asyik duk pikir anak jer..

Naik bas dari tapah jam 12 mlm sampai kat LCCT pukul 4 pagi flight pukul 7:50 pagi..keras punggung duk kat LCCT..staf dari tapah cuma 5 orang jer pergi..keseluruhan pergi semua 25 orang je..
sehati sejiwa
bersama En Hubby
sebelum berangkat bergambor buat kenangan kat LCCT ..dengar kata lepas nie dah tutup semua pernerbangan kat KLIA2..
En Hubby bersama geng..dah macm tangga jer susunan dia..hahaha
suka dapat naik aeroplane

bye-bye malaysia
sampai kat Bukit Tinggi terus diberi makan oleh tourist..Restoran Lamun Ombak sedap jugakla makanan dia..dia bagi pilihan nak makan nasi goreng atau mee goreng..aku pilih nasi la dah la semalam nak pergi makan maggie jer lepas tu kena beri-beri nasib kejap jer..

tempat makan

 aku pun tak tahu nasi goreng diorang masak memang sedap tapi kalau mee ke bihun ke segala macam mee kureng sikit..dari hari pertama sampai habis breakfast aku nasi goreng jer..

perut dah kenyang teruskan perjalanan ke air terjun Lembah Anai yang memakan masa lebih kurang 2 jam..bagi aku biasa jer air terjun dia aku tengok lebih kurang macam air tejun Lata Iskandar jer..orang dah bawak kita ikut jerla kan..berhenti kejap menikmati kejadian allah..
berlatar kan air terjun
dah puas menikmati air kitaorang dibawa ke pusat dokumentasi dan informasi kebudayan minangkabau ia juga dipanggil rumah Gadang..cuaca masatu panas tapi tetap berangin jer..ala-la macam kat cameron jer..



bersama En hubby

pergi kat sini dah macam lawatan sekolah menengah pergi ke tempat sejarah jer..aku dah memang aku tak berminat sejarah boleh pulak kena dengar cerita sejarah silam dia..kat sini boleh jer bergambor dengan pakaian pengantin minangkabau..so jealous dengan member yang lain bergambar ajak En Hubby tak nak malu konon..aku dah berangan dari Malaysia nanti nak pakai gitu..tapi En Hubby tak nak takan nak paksa kan..nanti hilang mood bergumbira..nak sedap kan hati "baju dia tak cantik sangat pun lebih kurang macam dengan kita jerkan"


Photo
asal bergambar jer tegak macam askar..kata ank askarkan..:)
jangan nak tanya apa yang diorang ceritakan aku memang tak amik port pun..



bahagian dalam



lepas tu aku lupa pulak pergi makan dulu ke shoping barang macam kain sulam ke telekung ke..nak buat catitan tapi segan pulak karang orang kata poyos jer..hahaha..masalahnya aku mudah lupa dah lupa mula nak reka cerita.hahaha..

baca doa sebelum makan
makan diorang memang bestla tapi setiap mangkuk sikit benor dia letak lauk tapi lauk dalam mangkuk setiap meja banyak jugak tapi tu pun tak habis makan..terlampau banyak pilihan sangat..orang Indon nie tak minum ais kut.. sepanjang aku kat sini takde tekak nie nak feel air ais..air dia sejuk macam dalam peti ais jer..tu sebab badan diorang maintain jer..cuma tengok badan orang Malaysia lagi comelkan..hahaha..

kitaorang check In Grand Hotel Rocky lebih kurang pukul 5 petang waktu Indonesia la..Hotel dia aku bagi 5 star la..selesa sangat..malam tu lepas dinner kat luar..makannan bpun sedap jugak..lepas habis dinner aktiviti bebas..disebabkan bebas aku bebas kan En Hubby bersama dengan geng jalan -jalan sekitar hotel..aku dah penat seharian berjalan so aku tidor awal..tenga sedap tidor bunyi telefon "bu bukanya pintu bapanya mahu masuk bilik"..hahaha En Hubby ketuk pintu aku tak sedar dahlah bell dia rosak..mamai-mamai aku buka pintu bilik sekali belum sampai En Hubby lekas-lekas aku tutup ada dua minit gitu baru dengar orang ketuk pintu..

ok entry lain kita sambung yer..nie tengah nak fresh kan otak bagi ingat semua memori kat sana..




No comments:

Post a Comment


Blogger Templates