Friday 11 April 2014

Bercuti Ke Kelantan - Hari Kedua

Assalammualaikum..

banyak syok ini bulan wooo..jalan-jalan sajer..baru balik Kelantan penat pun belum redha dapat pulak surat tawaran dari Company utuk honeymoon..entry tu kena tunggu yer..

kita sambung lagi cerita untuk hari kedua dan hari terakhir kat Kelantan...nasi kerabu tetap jadi juadah untuk kitaorang pagi nie..kitaorang makan dekat area Khalifah Inn..Lepas tu sambung jalan pergi pasar Khadijah beli keropok lekor dan terus pergi cari Masjid Mohamadi dekat situ ada jual baju kain pelikat.

.

Photo
baju kain pelikat



Dekat situ kitaorang singgah Istana Jahar caj bayaran Rm 2.00 sorang murah giler..dalam tu ada barang peninggalan lama yang diguna oleh raja-raja seperti kasut , tempat beradu..tempat dia bersalin ,tempatpakaian-pakaian tradisonal senjat-senjata lama yang diorang guna dan banyak lagi tapi sayng seribu kali sayang tidak dibenarkan ambil gambar..

depan Istana

Depan pintu muzium istiadat Raja kelantan


kat bahagian luar ada kereta kuda
Disebabkan aku bukan pencinta sejarah so aku tengok jer..aku baca tajuk jer intipati dia baca sekali imbas tapi satu haram nak ingat..hahaha..

aku & En Hubby

peace yo dari ucu

ayah dan ibu beromantik atas kereta kuda


B
B
Lepas dah lawat semua kitaorang pergi balik rantau panjang nak shoping kali kedua sebelum balik..masa onthe way balik kitaorang singgah jugak kat bukit bungga tapi tak turun just lalu jer henti kat Petronas untuk membuang selepas nie jauh jugak kalau nak berhenti..tu yang susah tak de tempat persinggahan..

lepas tu kitaorang terus balik..tapi time balik tu ada satu kejadian yang tak diingini..suspen jer kan tak ada apa just Amsyar jer kena kacau nagis tak henti-henti ada dekat satu jam lebih..mula -mula tu ok lepas tu dia merengek-rengek sikit-sikit lepas tu terus menagis ketakutan..ingat sakit perut jenuh lumur minyak tak mahu jugak nagis makin kuat bila aku baca ayat kursi lagi kuat dia nagis..nasib ada ibu..ibu siap buat air penawar dan baca ayat pendinding la tapi tak mahu jugak..kitaorang dah syak bila setiap kali adik aku baca yassin dia rasa meremang jer dekat dia..Dah tu Amsyar asyik sebut ader.ader siap tunjuk depan belakang lagi..menyeramkan jer tapi aku still buat tak tahu takda aku nak pandang luar aku baca jer ayat yang aku ingat..En Hubby bila dah macam tu dia rungsing kereta pun laju juga dia drive nak sampai cari tempat boleh berhenti..Yelah dalam kereta tu budak nagis jerit-jerit mahu tak runsing lama pulak tu jenuh dipujuk tak juga.. nasib ada satu tempat tu aku tak pasti kat mana bawak dia keluar kereta tapi still nagis puas jugak pujuk jenuh jugak aku bercakap -cakap dengan setan tu suruh pergi jangan ganggu Amsyar..giler apa ke aku cakap tu kan..tapi alhamdullilah lepas tu slow-slow dia berenti nagis tapi still tak nak orang lain nak jugak dengan aku..dia dah ok sikit aku bawak pergi cuci muka  kepala dia lepas tu baru ok sikit..tapi masa masuk kereta tu dia macam mencari-cari sesuatu dalam keta sambil tangan dia goyang kata takde..takde..takde..lepas tu baru dia nyusu dan lena sampai rumah..kesian dia kena kacau..tu first time dia kena macam tu..risau aku lepas nie kena berhati-hati bawak anak kecil kat tempat yang kita tak pernah bawak yer..ayah pun kata situ kat hutan..

Malam tu kat rumah kitaorang selamat sampai jam 2 pagi kat rumah lepak kejap lepas tu semua tidur kepenatan baru terasa letih..letih bukan penat tapi letih dengan Amsyar yang nagis tadi..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates