Tuesday 22 April 2014

Aktiviti Malam Hari

Assalammualaikum..

aku a.k.a tuan belog
motif gambar tuan belog dulu??..motif cuma nak gumbirakan hati..yang pergi tetap pergi yang hidup harus diteruskan..nie semalam punya citer la..plan nak ambil ic En Hubby kat UTC Ipoh..

yang nak ambil ic sorang jer tapi yang follow segombolan ..hahaha..semua pakat nak turun pergi melawat dalam UTC..lepas tu masuk kat pejabat Indah Water nak buat aduan pasal tak servis tapi tetap nak kenakan bayaran kat kitaorang..dan -dan tu jugak abah pun complain jugak..abah complain cepat-cepat jer adik ipar ajak abah keluar..hahaha tau-tau jer la kalau orang tua kan kalau tak puashati dengan sesuatu benda..lepas settel perut pulak berbunyi irama jazz..nasib irama jazz kalau irama rock mahu orang kat luar dengar free dengar..hahaha

dah besar anak teruna aku

plan dari rumah memang nak makan sup mak endah kat DBI..memang marvellous..memang terbayang-bayang sup masuk dalam tekak tapi sayang seribu kali seribu hanya bayangan tu hilang dan tidak menjadi kenyataan..tutup pulak..frustttt jer rasa..

terus ke plan ke dua makan kat Nasi Lemak Ayam Kampung..sini no bad la makanan tapi aku tak suka banyak sangat dia nak angkut Pak Aji...bila pak aji ramai aku pun pening la tu yang tak best sangat..

we semua tengah menahan lapar
masa tengah tunggu makan berselfie jap..services dia cepat jugak tunggu ada dalam 5 minit makanan dah sampai..kitaorang ambil yang set senang malas nak pikir nak makan apa..karang gaduh kat meja kat 10minit tanya nak makan apa...paling sakit hati bila jawapan pilih jer apa ikut jer makan apa..lorrr taula tapi karang pilih tak kena tekak pulak kan..so pilih set jer...

lauk kami
aku suka makan kat sini suka tengok pingan mangkuk dia so cute..geram jer tengok.. menu utama harusla jugak kita kena makan kan belut..sedap jer...

tomyam +  kailan ikan masin + daging masak merah + telor bungkus + belut masak pedas + ayam kampung
Lepas dah kenyang pergi gerbang malam cuci mata dan cucikan duit jugak yer..dah puas onthe way balik singgah kat petron cuci bontot Amsyar pulak..entah bila masa dia membuang pun tak perasan tau-tau dah bocor and bau jer..sabor je mak ko nie nak cuci kat tandas..dah settel pecut balik baru teringat esok kena kerja budak-budak nak sekolah..dah puas jalan baru teringat esok bukan weekends..hahaha.

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates