Thursday 29 September 2016

Papa & The Geng Belia..Nuqman & The Geng Nasyid..Kak Tisya & Ayah Su dan Mak Usu..Mama & Amsyar..

Assalammualaikum..

Cuti sekolah baru-baru nie semua orang ada plan jalan..mula-mula En Hubby jalan dengan geng Belia dari Tapah ke Terengganu ke Kelantan terus ke Thailand..sakan ya papa jalan..mama kena tinggal dengan Amsyar kat rumah..sedih kena tinggal..tapi best jer tak ada sapa kat rumah..rumah kemas jer bersih tak sepah ..masak pun ala kadar jer dan best tidur awal bangun lewat tanpa rasa bersalah jer..

van yang di sewa kan

En Hubby & The Geng




Sempat la depa singgah rumah pekerja kami yang balik Thailand hari tu..nak jaga hati aku kena tinggal beberapa harikan  En Hubby pandai amik hati buat surprise..beli kat Thailand..dapat la mangkuk untuk isi kuah pun boleh isi lauk pun boleh..nasib cantik..


En Hubby sampai pukul 5 pagi..memang tak tidur sangat sebab tunggu dia balik kan..so pagi-pagi buta buka kotak nak tengok barang surprise tu

Nuqman dan geng nasyid sekolah agama pun pergi jalan-jalan kat Clearwater Sauntry Golf Resort kat ipoh..ustazah dan ustaz nak bagi anak murid depa Happy dan Hadiah kemenangan Johan Nasyid sebab dapat masuk Kebangsaan lagi Tahun nie..Johan setiap tahun..Alhamdullilah..terapi minda la sebelum next pertandingan..

terapi minda tenan jer


Kak Tisya lagi hebat seminggu duduk rumah opah balik kejap terus ikut Ayahsu dan mak usu pergi Thailand amik pekerja aku..seronok ya jalan sakan dia..


Ayahsu,Mak Usu & Tisya depan Imgresen Thailand

naik Hilux nak balik dah
Diorang pergi balik hari gerak Sabtu malam sampai ahad malam kena jem..masa call diorang kat gerik pukul 6 petang samapi tapah pukul 10 malam jem punya pasal..hihi

Dah habis cerita diorang semua jalan kan yang aku dengan Amsyar dari Khamis sehingga Sabtu berdua je..masak ala kadar jer sebab fikir perut Si Amsyar nie nak makan..fikir perut aku maggie je aku tibai..hihi

dah berdua dia jerla kawan gaduh aku..kawan aku buli dia..usik sampai nagis..haha saje suka sakat dia..comei jer..


petang bawak dia hirup udara petang bagi dia main puas-puas..kalau terperap dalam rumah kesian dia..

panjat-memanjat bagi kat dia


bagi dia letih..kayuh basikal dengan dia kat depan rumah..



bunga aku
sementara dia main aku betulkan bunga aku..terapi pandang sebahagian bunga..nie separuh mati sebab balik raya haji hari tu kat sini tak hujan langsung..kering pokok aku..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates