Thursday 15 September 2016

Aktiviti weekend BBQ & birthday

Assalammualaikum..

BBQ meraikan pengantin baru sebelum mula kerja ..nanti dah kerja payah nak berkumpul dan meraikan Adik Ika sambung belajar ke oversea..

Plan BBq nie semua untuk orang kuat jer dan cousin rapat yang bertungkus lumus masa kenduri hari tu jer..yang tak rajin dan propa tidak di jemput..hihi..

Malam tu mulala kita menternakkan lemak-lemak yang berkurang dan mana nak tambah lemak pun boleh..


ikan talapia fresh dari kolam sedap bakar dapat cicah air asam ayung buat ..perghh lupa diet semua..


ada daging yang di perap..aku makan sikit jer takut karang sakit pulak..so makan orang kata basah bibir jer ikut kata uda..hahaha


ayam dan sosej yang diperap yang nie laju jer budak ambil dan makan..



aku bawak asam pedas ayam jer..sebab dalam group tu asyik sebut asam pedas ayam jer kan..nak suruh aku masak la tu..so tak nak bagi kempunan kan so rajin kan diri masak jugak..demi untuk cousin2 kan..lagipun tak kan nak datang rumah orang nak bawak perut jerkan dah menolong perap bahan nak bakar tak ada kan..so dari kena bahan baik bawak sesuatu..



sambal ikan bilis kacang tempe kering nie adik ikan nak bawak pergi oversea di masak ayung..kedekut keluar sikit jer bagi rasa adik ika  takut tak cukup..hahaha..nasib aku tak boleh makan kacang kan..


petai mesti ada family nie kuat makan petai lepas tu masuk bilik air bau petaii..eiii busuk..tapi aku makan jugak tapi di masak la mentah aku tak pandai makan..

orang kuat bab bakar-bakar
diorang nie memang bab bakor-bakor bagi depa sebab kulit depa lebih kurang dah..so tak rasa nyesal bila gelap kan..hahaha

Lan..Angah..Ika
nie la orang yang diraikan pengantin baru dan orang nak sambung belajar..


cousin yang ting tong semua nie..geng gosip geng hapening dan penting bukan geng propa tunjuk baik ya..i love u  all ..hahaha..mesti muntah hijau depa baca statement nie...hihihi



dah kenyang buat muka tak bersalah jer kan..macam malas nak kemas jer kan..

Uncle Lan and the anak buah's

malam tu ada surprise birthday untuk abah so budak-budak nie nyanyi la untuk atuk sambil dipetik gitar oleh Uncle Lan..pandai main gitar 


abah yang tersenyum lebar kena prank birthday.
malam tu makan kenyang semua pun happy..hope ikatan kekeluargaan nie berkekalan..buat angah dan lan selamat datang club suami isteri dan bahagia harungi hidup rumahtangga..for ika good luck and balik bawak ijazah bukan bawak balik abang mat salleh pulak..hihi..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates