Friday 30 September 2016

ATVdi Kg Bermin Tapah

Assalammualaikum..

nak kata suka aktiviti lasak memang kureng suka la..sebab alasan meletihkan dan tak suka cabar diri dengan aktiviti lasak..haha..kadang teringin tapi takut..camna tu..

tak payah pergi jauh-jauh dah kat Tapah pun ada..Orang Tapah tau la kg Bermin nie..masuk tak ada jauh dari simpang..

Aktiviti nie sebenar En Hubby yang suka kut..ke saje nak testing aktiviti sukan nie kan..kalau bab teruja tak payah cakap la dah tentu si Nuqman dengan Amsyar teruja..kak Tisya same with me penakut..hahaha




Macam-macam ada aktviti yang di sediakan ikut pakej pun ada. selain itu sapa nak berkayak pun boleh nak memanah pun boleh..ATV nie ada dua jenis yang extreme dan tidak tapi hari tu En Hubby bawak dua-dua sekali..duduk kat besi sakit bontot..nak drive sndri takut..ok la dan best la. 

ATV nie buka dari 9 pagi sampai malam..nak cabar main malam..

ikhsan google

memanah untuk 20 arrow baru RM 5.00..main la sampai puas ..En hubby main hari tu degan adik dan Nuqman tidak rasa kepuasan la sebab Nuqman dapat sikit yang over main orang lain..

ikhsan google
ATV nie bermula dari RM 15.00 untuk track santai dan biasa jer..biasa pun kalau tak pandai bawak jatuh jugak..nak cabar diri amik track extreme pakej RM 35.00..




tuan punya sedang kayak

Kayak kitaorang tak cuba lagi sebab aku tak pandai berenang..tengelam nanti naya je aku..kayak pun ada pakej sampai trip ke Kuala Woh RM 90 kalau tak silap la.nak kayak biasa RM 30 dalam 10 minit..


No comments:

Post a Comment


Blogger Templates