Friday 4 May 2012

Berita Yang Tidak Dijangka

Assalamualaikum...

Semalam suasana 28hb penuh gembira...tapi suasana pagi subuh pada 29hb April 2012 bertukar menjadi hiba  hanya dengan satu panggilan dari abang ipar aku a.k.a ngah..Dimulai dengan tangisan kakak ipar aku a.k.a Ayung  dan selepas tu semua duk pakat nagis pagi tu bila dapat tahu opah telah pergi kepada penciptanya..

Baru semalam buat kenduri doa selamat untuk dia..tapi ALLAH lebih menyanyanginya..Apa lagi pagi itu semua kelam kabut kemas nak balik ke rumah Ngah kat Setia Alam..Ayung family gerak dulu.. Hubby  sama adik-adiknya dan abah pun gerak awal..aku tak dapat gerak awal sebab Nuqman tak berapa sihat..Nuqman pulak nagis bila aku cakap aku pergi dulu..risau takut bentan aku suruh diorang pergi dulu..aku gerak lambat sikit sama ibu dan ayah aku..Lambat pun tak ada lambat sangat pun aku dengan family aku kemas sikit dan angkut barang sumbat semua dalam rumah karang tinggal kat luar merayap pulang barang...

Aku sampai rumah mak aku dan tinggal kan Nuqman bersama Ucu dia..Aku terus gerak  bersama ibu dan ayah..tapi aku sangat sedih dan terkilan sikit la sebab aku call Hubby tapi sepupu dia angkat kata Hubby tengah urus jenazah kat kubur...waaaaaaaaaaaaaaa tak dapat tatap arwah opah buat kali terakhir..sampai hati diaorang semua tak tunggu aku..kata lepas zohor nak kebumikan..aku adalah terkejar-kejar nak sampai awal sana..aku pujuk hati aku tak pela hari itu dapat jaga dia pun jadilah..aku cuma dapat sedekah al fatihah buat arwah.( sambil taip nie ayak mata kuar.. hidung dah merah ni)

Kepada semua yang suka terjag blog aku...aku ada satu permintaan mohon  kepada pembaca semua sedekahkan al fatihah buat opah aku Halipah b Itam Idris yang meninggal pada 29hb April 2012 jam 05:40 pagi...semoga allah mencucuri rahmatnya..amin...


Noor...

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates