Friday 4 May 2012

Telah Selamat Semuanya

Assalamualaikum..

Lama tak updated blog..sibuk menjaga anak teruna yg baru lepas operate..

24hb April hari tu selamat sudah Nuqman operate dan sunat sekali..Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar.


mama dan Nuqman

Kami sampai hospital Ipoh pukul 6.45 pagi..masa tu tak ramai orang lagi..kaunter buka pukul 7.00 pagi..

Nuqman sebelum operate

Tag nama



Tunggu giliran.duduk kat wad dulu

Selepas urusan pendaftaran Nuqman nurse suruh duduk wad dulu sebelum dipanggil masuk bilik bedah..Nuqman no 4 dari 10 orang yang buat operate hari itu..masa nie dia puasa lagi tak boleh makan atau pun minum..kesian dia last makan pukul 10.00 malam..

Nama Nuqman kena panggil pukul 10.00 pagi..kesian Nuqman masa tu dia dah bising lapar ..mama dengan papa pun menahan lapar..kesian dia budak-budak yang ada kat situ makan dan minum depan dia..lagi la dia merengek..pastu Nuqman bising bila dia nak masuk bilik operate..budak -budak lain semua nagis samada nak masuk bilik operate atau kuar dari bilik operate....Nuqman pulak ecxited nak operate..tengok dia steady jer..

Bila giliran Nuqman aku masuk sampai ke bilik operate sampai dia tidur lepas kena ubat bius..tapi memang aku bangga dengan Nuqman dia tak nagis atau pun tunjuk rasa takut walaupun orang sekeliling dia nagis..lagipun aku dah bagi kata-kata semangat kat dia..dia senyum jer sampai doktor pun hairan tengok kat dia siap boleh bersembang dengan doktor. Bagus betul anak mama nie


selepas sedar dari operate..

Masa nie dia still tak rasa sakit sebab ada ubat bius lagi..dah operate pun dia still tak nagis..Pukul 3.00 petang baru boleh keluar selepas doktor buat pemeriksaan..alhamdullilah..


Nagis sebab amik gambar dia

tutup mata..malu katanya

Saat menjaga dekat rumah hari pertama dia ok masuk hari kedua mama tak boleh nak buat kerja ataupun nak masak..kejap-kejap panggil jer..last-last papa kata beli lauk dah siap jer..dengan papa tak nak nak mama juga..seminggu mama dan papa tidur kat ruang tamu..menjaga Nuqman..

Tapi apa-apa pun mama rasa bersyukur dan gembira kerana dapat merasa menjaga Nuqman ketika sunat..bagi mama ini satu pengalama yang sangat indah..

Setelah semua nya selamat hari sabtu 28hb April buat sedikit kenduri doa selamat untuk Nuqman dan opah yang baru lepas operate appendix.. dan tahlil untuk arwah mak mertua..

alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar..sekarang Nuqman pun dah beransur pulih dah boleh pun pakai seluar..

Noor..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates