Friday 18 December 2015

Cuti 3H2M Tapah-Penang-Pdg Besar-Taiping-Tapah - Day 1

Assalammualaikum...

Yeahh akhirnya untuk penutup tahun 2015 dapat bercuti bersama family En Hubby..Plan cuti dari bulan September lagi nasib menjadi..

Walaupun Penang dah pergi tapi kali nie tetap juga nak pergi nasib jalan tak jem dan cuaca cantik..Macam biasa la kat Penang nie kita sewa condo syarikat aku..so situ kita dah dapat penjimatan nak sewa homestay lain kan..satu jer tak best kat condo nie tak boleh nak bising sebab tempat nie memang untuk private..setiap kali nak keluar ke buat bising jer astyik suruh slow kan volume suara..hahaha..nasib badan la kan tempat orang kayo-kayo kan..

Kitaorang gerak dari Tapah lebihkurang jam 6:30 pagi gitu la konvoi 3 kereta dan berhenti break fast kat R & R lepas terus destinasi ke Bukit bendera sebab ayung and the yang lain tak pernah naik lagi ..

diorang pakat pakai baju sedondon

masa pergi kitaorang ikut feri sebab Family nyah tak pernah ikut feri..so layan kan je la..aku masa tu malas nak turun dari kereta so duduk dalam kereta tapi kejap je macam bosan pulak so keluar amik angin jap..

nie masa tunggu tren
masa sampai kat bukit bendera awal lagi la bajet mesti orang tak ramai sekali perghh ramai jugak..yela time cuti sekolah kan tapi masih terkawal lagi la..

dalam tren
mula kitaorang amik gerabak depan untuk family kita jer sekali ada pulak nak menyelit jugak ..redha jer..Amsyar time nie dudduk betul-betul sebelah drebar suka dia 

tinggi betul dia nak mendaki..gayat juga


Kat atas nie bukan pun ada apa just nak tengok pemandangan jer boleh la..angin pun sepoi-sepoi je..lepak kejap banyak jugak pembaharuan macam tempat LOVE tu dah kena pagar la kira nak amik gambar kat situ payah la tak macam kitaorang pergi dulu boleh je amik gambar kat situ..Actuaally banyak lagi gambar kat kamera adik ipar aku tapi malas nak transfer kan ..

Dah puas kat atas nie perut masing-masing pun bunyi ..terus cari kedai makan Hameediyah..kedai nie tepi jalan jer tapi nak cari parking punya la payah berpusing-pusing kitaorang..Last drebar turun kan kitaorang kat restoran lepas tu depa terus cari parking entah kat mana kira kena jalan kaki la..
masanie Nyah yang oder lauk-lauk so takde pulak Nyah oder lauk macam yang kitaorang makan hari tu..aku suka ayam dia masak apa entah tapi macam ayam madu la..dah orang amik so perut lapar sampai semua tak berbunyi terus suap..


makan kat Restoran Hameedeyah nie jer yang tekak aku boleh terima harga pun tak ada mahal sangat kan..kari kambing dia memang marvelous..sedap..dah kenyang excercise sikit jalan ke charosta beli jeruk Pak Ali..

Dah beli jeruk semua muka macam minta balik condo je..sebab dah kenyang dan letih..terus pecut ke condo lepas maghrib baru keluar pulak makan sup Hameed..


Kat sini pun famous jugak sup dia macam-macam sup dia ada jual..sup dia boleh makan dengan roti..cicah sup tu sup dia pekat..kalau tak nak nasi pun boleh..diorang oder sup kambing sup ayam..sup daging  dan sup perut..aku makan sikit tak ada beria-ia sangat sebab takut sakit karang susah pulak tapi dah bawak ubat siap-siap..

Lepas makan sup Hameed kitaorang jalan kat Tg Bungah tempat dia macam uptown la..nak beli souvinier pun boleh..harga berpatutan kalau pandai la..

hurmm habis jugak Hari pertama kitaorang..kali nie datang hanya jaln dan makan jer tak ada nak pergi tempat-tempat menarik sebab dah pergi..





No comments:

Post a Comment


Blogger Templates