Monday 8 September 2014

Sakit Urat,Demam,Ulser

Assalammualaikum..

Sekarang nie musim sakit kuku mulut..kesian Amsyar kena..mula dia selsema lepas tu demam tak kebah..dah demam selalu ok jer just merengek biasa tapi kali nie dia tak nak makan and minum susu..mula la risau bila anak tak nak makan kan..

Pergi Hospital kena amik darah dan terus kena tahan wad..masa doktor tunjuk dalam mulut dia penuh ulser tu sebab dia tak nak makan..kesian dia..masa ambil darah bukan main satu hospital dengar suara dia..hahaha


masa kena tahan wad bukan main lagi menagis tak nak duduk kat situ nak balik..habis semua budak dan mak budak bangun dengar suara dia..hahaha nak camne dah tak tahu nak pujuk camne asyik ulang sebut nak balik jer..time tu rasa macam aku nak lari jer dari Hospital..hahaha..

budak pasrah
masuk air pun dah nak subuh ..malam nurse tak boleh nak buat apa sebab tak tahan dengar dia nagis jer..nurse kata biarkan dulu nanti dia ok baru nak periksa..masa masuk air nie pun sibuk nak ajak keluar..bosan la tu..


pagi tu dah masuk air dia ok sikitla..atuk Abah datang bawak sarapan mama dan ais krim untuk Amsyar..Amsyar makan sikit jer .. selebihnya mama yang makan..Dekat pukul 10 Opah dan atuk datang lawat dia bukan main senggeh nampak..ngsdu  dengan Opah doktor masukan air dan bagi ubat selsema jer..terus laju jer atuk pergi beli kan ubat ulser..Lepas atuk dah beli aku sapu la baru sibuk nurse terhegeh-hegeh bagi ubat ulser dan ubat titis dalam hidung..

dah tengahari nampak ok..air pun dah stop masuk sebab aku tipu nurse Amsyar dah makan and minum banyak..hahaha..malas duduk lama wad..tension aku..Amsyar pun dah tak demam tapi memang dia dah makan and minum cuma tak minum susu jer..apa nurse tanya semua aku ya kan..hahahaha..




nasib ada palyground..lepaskan dia main..dah nampak aktif lega aku cuma tak mahu susu jer..

petang tu Ada dan kakak teman jaga amsyar lega sikit ada assistant senag nak ke tandas..


pagi Sabtu doktor cek tanya itu ini aku ya kan jer..terus Doktor bagi balik..hahaha time tu muka memang happy giler rasa tak sabar nak balik dah..tak sabar nak  qadak tidur jer bukan apa aku kalau tak cukup rehat aku pulak yang tumbang..balik tak terus tidur masak nasi ayam untuk diorang lepas Zohor terus lena..

Bangun-bangun En Hubby pun terbaring kurang sihat jugak katanya..lepastu anak dara pun ngadu sakit kepala dan demam..haiii habis satu rumah sakit yang tak sakit Nuqman jer aktif..hahaha..dia la jadi mangsa suruh buat itu ini..


Lepas sapu air asam jawa kat kepala kakak terus tidur..panas badan dia katanya sakit satu badan..diorang nie sakit sebab dah lama tak excercise..pergi  main badminton berjam-jam kat dewan..besok semua demam urat...hahaha...aku jugak yang letih nak melayan diorang sakit nie..Tapi alhamdullilah hari nie semua dah sihat tinggal kakak jer sakit tekak ...



No comments:

Post a Comment


Blogger Templates