Wednesday 27 May 2015

Tak Patut Betul..

Assalammualaikum..

Sabtu lepas pergi bagi support  dekat anak dara masuk pertandingan nasyid..tahun nie masuk nasyid tahun lepas masuk marhaban tahun depan apa yang dia masuk..aku perhatikan kakak dia lebih suka bidang seni sikit..

Tahniah kakak and the geng dapat Johan untuk kategori perempuan dan lelaki pun Johan....minggu nie lawan Daerah pulak..gigih hari-hari pergi latihan..lepas tu bangun pagi nak sekolah liat semua muka minta penampor..hahaha tapi tak buat pun ..kesian diorang letih..

tu bukan nak citer sebenarnya..nak cerita pasal Nuqman kesian dia gigih hari-hari pergi latihan nasyid last minute Ustaz dia kata dia stok simpanan..huisshhh melampau kan kesian budak tu dah la semangat berkobar-kobar nak masuk..dah tau nak baut stok simpanan tak payah la suruh dia datang latihan hari-hari kan..kesian tau Nuqman..kat rumah dia kalau berlatih dengan kakak macam dia ketua Nasyid siap ajar orang lagi aku perhatikan jer..memang aku bajet dia masuk la dah gitu gaya kat rumah kan..samapi Amsyar pun dah boleh ikut sikit lagu tu..

masa hari bertanding tu aku tengok dia punya muka sikit frust la tak dapat joint..tapi dia buat macam relax cuba aku cuit atau pun bakor-bakor dia mengamuk tapi memang pun dia balik nagis sebab aku bakor dia..hahaha..lepas tu aku pulak yang kena marah dengan En Hubby..hahaha aku pulak yang sentap kena marah..hahaha ..kalau aku jadi dia pun frust jugak..lagipun dia jeles dengan kakak dia..dia mana boleh orang atasi dari dia..hahaha

tapi minggu nie tetap jugak pergi latihan kata dia ustaz bagi dia masuk..entah yer entah tidak la karang frust lagi..hahaha..

apa-apaun memang tak patut Ustaz dia buat gitu..tapi maybe ustaz dia ada jawapan sendiri kan..kita pun bukan tahu apa yang Ustaz dia punya strategi..hope kali nie tak jadi pisang berbuah dua kali yer Nuqman..

nasihat mama pada Nuqman
" selalu sangat duduk atas sesekali kita kena jugak duduk bawah"

hahaha harap nuqman faham apa yang mama mahu sampaikan..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates