Monday 29 May 2017

Pembedahan Buang Batu Hempedu..Yeahh Hempedu Selamat

Assalammualaikum..

Akhirnya buat juga pembedahan kecil walaupun banyak kali tangguh dari tahun 2014.dan sangat bersyukur sekali hempedu aku selamat tak jadi buang..Alhamdullilah.terima kasih Allah.

Aku buat operate kat Hospital Bainun dah En Hubby orang kerajaan kan so kitatak dikena kan caj ,free la..tarikh operate sepatutnya 02hb tapi postpone pada 09hb Mei 2017 pukul 11:00am sampai 03:00 petang..lama jugak kan..alhamdullilah semua berjalan lancar.

08hb Mei 11:00 pagi
aku dah discaj masuk sebab nak jaga kesihatan kan..sebab masuk lewat so makan tengahari tak dapat la..tunggu jugak time nurse hantar makanan tapi kecewa tak dapat..haha masa nie sihat kan makan adalah menjadi keutamaan..so call ayah suruh belikan nasi..orang sihat kan selera jer makan time nie tengok orang sekeliling sakit kesian jer..time nie tak ada nervous langsung dan tak fikir nak kena operate tapi tak putus doa semoga hempedu  tak kena buang..nasib minum petang dan malam dapat..malam kat hospital sambil zikir layan bising troli ubat..nak tidor memang tak lena..

09hb Mei 

05:30 pagi aku dah terjaga terus mandi dan bersiap sedia nak masuk bila OT.punya excited kat situ awal terjaga.

Pagi tu tak breakfast la sebab kena puasa selepas 12 malam bab makan..tapi air still boleh minum sampai pukul 6 pagi..ikutkan nya pukul 7 atau 8 pagi operate..kesian time tu ayah ibu En Hubby dengan anak2 aku datang awal nak bagi semangat dekat aku sebab awal kan..awal depa datang Hospital.

7:00pagi tu air drip tu dah masuk kat badan aku..sebab posa kan..so aku dah la excited nak kena operate aku pun tak tahu kenapa aku berani dan tak rasa gentar..tunggu punya tunggu sekali pukul 10 lebih gitu baru nurse tolak ke bilik OT..time nie baru pakai baju biru bru ada rasa nervous tapi still control dengan selawat semua bagai..sebelum masuk bilik OT sebak jap mengalir air mata sikit cover sikit la segan dengan nurse..sebak bukan apa sebab tengok muka Ibu Ayah En Hubby lepas tu Kak Tisya, Nuqman dengan Amsyar datang salam dan bagi semnagat..time tu sebak jap cepat lap air mata..apa yang aku ingat aku bagitau diri aku nak sihat jer..haha..

Pukul 10:50 pagi
aku masuk bilik OT nombor 2..aku masuk jer depa macam biasa la ikut prosedur tanya nama tanya IC la ..tanya tau ke nak operate apa?lor tau la kan sebab dah tandtangan borang kan..tengah syok bagitau datang sorang doktor bius kut terus cucuk ubat kat tangan sakit sikit terkejut aku tiba-tiba macam sakit ubat masukan..lepas tu doktor bagi ubat bius aku ngat dua kali jer sedut terus tak sedar apa..haha 

Pukul 3:00petang
Sedar-sedar sebab macam dengar orang panggil nama aku..yela macam mamai masa tu sempat jeling jam pukul 3 petang..mak aiii lamanya dalam tu..sedar jer terus mengelupur nak bernafas biasa tak selesa pakai yg kat hidung tu..datang nurse tolong buka kan terus minta air.dahaga yang teramat masa tu tapi nurse cakap tak boleh minum banyak tapi dia bagi sikit just basah bibir je..dapat la sikit macam lega walaupun dua titik je masuk dalam mulut..nurse kata takut aku  muntah..ok fine ikut jer la arahan kan kata nak sihat kan karang muntah satu hal pulak..bertabahla aku.

kiranya aku dah stabil depa hantar balik aku kat wad biasa..time tu rasa sakit sikit kat perut tapi still acah-acah kuat dan lawan tapi tetap jugak aku lembik..Kat Wad rasa nak buang air kecil konon nak bangun sendiri last sekali rasa macam nak pitam sebab ubat bius tu masih ada lagi so rasa lemah..last anak mama Kak Tisya dengan ibu bawak ke tandas guna wheel chair..kuat jugak anak dara aku tolak..nasib time aku kat wad ada doktor datang mak aku tanya la boleh ke aku makan dan minum.Doktor kata boleh tapi bagi sikit-sikit dan jangan bagi muntah..ok air sesajer la aku minta sebab dahaga..tapi Ibu nie ikut sangat cakap Doktor bagi aku sedut air sikit benor..sikit pun sikit tapi kerap la minum sambil baring time tu nak bangun aku macm tak kuat lagi..Doktor kata kena gerak macam duduk ke jalan ke..Lepastu aku minum dan makan bubur alhamdullilah walaupun sikit jer bubur masuk dalam perut aku tak muntah.tu dah tanda positif ..lepas tu kira gagah kan diri kuat semangat ke tandas tapi jalan berpimpin tak naik kerusi roda..situ dah positifkan..kuat aku lawan sakit sebab nak balik tak nak duduk hospital punya..aku asyik minta air jer makan bubur sikit sangat tak selera dan aku masih mamai dengan ubat bius..memang time nie sapa datang melawat tanya aku apa-apa aku hanya guna bahasa isyarat je..tak larat nak cakap..Dalam hati aku cakap aku nak rehat jer nak tidur..jangan kacau tapi tula depa tak dengar sebab dalam hati jer cakap kan..haha

Panjang sangat entry nie kita sambung Part 2 la ya..







No comments:

Post a Comment


Blogger Templates