Tuesday 30 May 2017

Pembedahan Batu Hempedu Part 2

Assalammualaikum...

di sebabkan aku tak berapa sihat dan tak kuat sangat Ibu dengan Kak Tisya jaga malam tu kat Hospital walaupun hanya sorang jer di benarkan..pandai-pandaila diorang gilir-gilir duduk kat aku..time nie aku baring jer cuba duduk jugak tapi sekejap sebab tak selesa..

Pukul 8:00 malam

time nie rasa macam dah ok sikit dah kuat sikit doktor lain pulak datang buat lawatan..time nie memang katil aku tulis aku puasa tapi aku dah makan sebab doktor dah bagi kan..time Doktor datang cek aku baru balik dari tandas dan dia cek perut aku..lepas tu dia tanya puasa lagi ke??..sebab masih ada tanda tu kan..so aku cakap la tak dah makan minum semua tapi tak muntah..Doktor puji aku sebab aku tak tunggu sampai malam baru nak makan minun aku buka lagi awal..haha kebetulan doktor buat lawatan petang tu mak aku terus tanya sebab aku asyik nak minum jer kan..Alhamdullilah simpton selepas operate aku tak ada terus Doktor kata esok puan boleh discaj..oooo happy giler kata esok boleh balik terus bagitau En Hubby..walaupun time tu tak berapa nak kuat sangat..
Lepas tu adik ipar dengan bapak mertua aku datang lawat,kesian depa datang aku tak berapa nak cakap sangat time tu sebab tak larat..

time tidur ibu dengan kak Tisya gilir-gilir tidur kat aku..kesian tengok diorang tidur atas kerusi..besar pengorbanan Kak Tisya teringat pulak zaman aku jaga Ibu kat hospital time tu kini anak aku pulak buat..haha..tapi malam tu memang kelakar aku rasa dalam pukul 3 lebih macam tu terjaga nak buang air kecil tak sampai hati nak kejut Ibu dengan Kak Tisya tidur nampak sangat macam baru terlena.so perlahan -lahan bangun pergi sendiri..alhamdullilah boleh la gagah buat sendiri..tapi terkejut time keluar tandas kak Tisya dah ada depan tandas rupanya depa terkejut tengok aku tak ada atas katil..haha mengelabah depa cari aku..aku rasa aku boleh buat sendiri aku buat tak nak susahkan diorang..tergelak-gelak Ibu dengan Kak Tisya sebab terlena sampai tak sedar aku bangun..hihi

Tengahari dah boleh discaj.lega hati dapat balik..dapat la mc 14 hari..keputusan batu aku nanti bulan Julai baru jumpa balik dengan Doktor..

Balik rumah kena pantang makan minum la selama Ibu jaga ikan haruan , bubur nasi adalah wajib walaupun tengok sup ikan haruan macamapa dah..makan jugak fikir nak sihat..dah sihat sikit baru up sikit makan baru ada selera nak makan.

Semua kerja rumah semasa ibu ayah ada diorang buat..nie Ibu dah balik En Hubby take over semua kerja rumah..aku kat rumah tak buat langsung kerja..seronok jadi mem besar tapi tu la kesian kat En Hubby tapi nak canmna kan kalau sihat aku buatkan..badan pun nak jaga jugak..so bertabahlah buat kerja rumah dan melayan kerenah anak-anak.

Selepas ini makan kena beringat walaupun risiko untuk ada batu akan terjadi lagi..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates