Friday 3 August 2012

Napelah Jadi Macam Nie???

Assalammualaikum

Wah tajuk bikin gempak jer kan..aku suka buat suspen jer kan..korang suka tak??..aku suka..entah apa-apa jer la aku nie..time ting tong dah mai..

Actually nak luahkan jer isi hati yang tidak puas hati nie..Semalam aku pergi check up bulanan la..selalu ok tiada masalah tup-tup semalam ada pulak masalah sikit..Masalahnya bulan nie check up semuanya turun..camne???kan aku ada kata aku tak ada selera makan..nie hasilnya bila jumpa cik doktor..darah HB turun kepada 10.5...tekanan darah rendah...air dalam badan kurang..kencing kotor..dan yang paling best sekali berat badan turun mendadak sebanyak 2 kg dalam masa sebulan...berat badan asal aku 61kg turun masa morning sickness turan la kepada 59kg la nie turun lagi jadi lah 57kg..dan biasalah cik doktor pun bising sikit dan mintak aku tidak puasa dan jumpa dalam masa sminggu balik..hurmmm leceh tul la nak pergi chek up lagi..lagi satu 2 hari sekali kena amik BP..aku tak ada masalah apa pun cuma tak ada selera ajer..Doktor kata minggu depan kalau still menurun aku kena duduk wad..waaaaaaaa tak mahu la...kena paksa jugak makan dan minum air sampai kembung and terkencing-kencing..

Ada tak petua nak bagi selera makan nie..actually aku dah 19 minggu tau..pening tak da cuma letih penat..and rasa nak pitam jer..selera makan nie yang buat berat turun mendadak..

Aku harap sangat jasa baik korang yang rajin baca blog aku doakan kesihatan aku pulih sebaiknya dan seadanya..

Harap-harap selepas makan ubat yang doktor bekal tu semuanya akan berubah dan kesihatan aku pulih sediakala..amin...

Noor..

2 comments:

  1. salam kak nor..
    kesianlah kena pergi klinik..huk3..
    lau bab nak petua tambah selera makan tu kurang sikit..
    kalau nak tambah darah..makan hati lembu lah..memang cepat naik..kak nor makan lah banyak sayur hijau..nanti lau duk hospital lagi lah seksa..kata mama jangan layan sangat xde selera tu..bahaya... ^^

    ReplyDelete


Blogger Templates