Friday 13 June 2014

Berubat Batu Hempedu Durian Tunggal , Melaka

assalammualaikum..

baru-baru nie try berubat kampung lagi dekat Durian tunggal..kitaorang gerak lepas sembahyang Jumaat dari rumah ibu kat Sg Buloh..Actuaaly lepas berubat kat Besout memang tak ada datang sakit dah tapi keputusan dari CT Scan hari tu menunjuk masih ada lagi..aku punya kan banyak macam pasir..Aku pergi bersama En hubby dan Amsyar jer..yang lain kena tinggal kat rumah ibu..

Kitaorang sampai petang terus pergi tempat berubat dia untuk pendaftaran bagi rawatan esoknya. Daftar dapat nombor 57.hurmmm terkedu kejap tengok nombor..dah settel pendaftaran kitaorang pergi sewa bilik dekat situ..tempat berubat dekat homestay lebihkurang 200 meter jer..jalan kaki aje..

Photo
bilik berharga RM 50.0 per night
kat sini banyak bilik kalau korang nak sewa harga dari RM 50.00 sehingga 100++..sebelum korang nak datang pastikan bawa botol kosong yang 5 liter tu kalau tak ada kat sini berlambak diorang jual botol dengan harga RM 4.00 sebotol..

pagi tu lebihkurang 7:00 pagi suruh En Hubby pergi tengok nombor berapa dah ..masa tu dah nombor belas-belas nombor kira memang cepatla..

lepas tu kitaorang pergi breakfast dekat area tempat berubat..korang jangan risau berhampiran rumah Hj Jamal nie macam-macam ada..masa aku google kat internet tempat dia biasa-biasa jer la nie dah upgrade..cantik jer..sambil menunggu boleh menjamu mata dengan tengok akuarium gergasi banyak ikan..cantik sangat layan Amsyar tengok ikan nak bagi dia diam kalau tak ke hulu hilir dia jalan..



cara rawatan dia hanya sapu tangan di jari dan gosok dekat perut tup..tup keluar batu ..aku rasa 3 kali jer dia buat..2 biji batu besar dan selebihnya macam pasir..dah settel tu nanti dai akan bagi ubat suruh ambil kat kaunter dah macam Klinik jer..

batu yang duduk dalam hempedu 

tapi korang jangan terkejut harga adalah mengikut jenis sakit dan batu yang di keluarkan..so standby la duit lebih sikit..macam aku kena RM 195.00..mak oii terus urut dada..mahal giler tapi nak berubat kan kita tawakal jerla..kalau tak hilang memang saje la..


ubat yg dibekalakan
 dia bagi aku minum air sebotol mineral kena minum 3x sehari..ada ubat sapu siang dan minyak untuk sapu malam..
ok bagi info sikit pasal rawatan nie.

** bawak botol kosong jangan isi air sebab dia akan bagi air yang telah dibaca
** rawatan setiap hari Sabtu , Ahad,Selas & Rabu
** masa rawatan Selepas subuh sampai pukul 2 petang jer tapi depend pada passion datang haritu la
** keutamaan diberi pada yang tengah sakit/orang tua/duduk kat wheel chair pun dpat masuk awal tapi make sure betul-betul tak larat yer/dan bawa anak kecil
** harga bergantung pada individu
** kemudahan homestay /tandas
**botal ada di jual sekitar rumah Hj Jamal
** caj parking akan dikena RM 2.00
aku tak ada nombor telefon Hj Jamil tu tapi aku rasa korang yang berminat nak try rawatan nie call nombor Homestay D'Seri Homestay dia 019-574 8556 / 019-265 8556 / 019-505 7057 / 012-200 5139..maybe diorang boleh tolong bagikan..

Sebenarnya aku pun dah tak tahu yang mana mujarab semua benda aku trty..orang kata nie bagus aku beli/pergi..sekarang nie tengah makan ubat Habatus Sauda dan Cuka Kurma..aku try jer dan dengan izin Allah aku kembali sihat dan tak perlu nak kena operate buang hempedu..Nie pun tengah tunggu  nak buat CT Scan lagi sekali sebelum operate..Harap-harap sembuh dan hilang la Batu nie yer..

to all please pray for me..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates