Friday 20 June 2014

Tu Yang Seronok Sangat

Assalammualaikum..

Hai semua..seronok ke baca blog ai??hihihi..kalau seronok sila tinggal kan komen tulis "seronok" yer,,tak ada komen maknanya tak seronok la tu..hihihi....

hari nie nak kongsi pasal kenapa anak-anak ai suka sanagt pergi rumah opah anad atok  a.k.a pengasuh diorang walaupun 2budak besar dah tak di asuh lagi..korang kalau nak cari pengasuh anak korang better cari yang korang kenal ataupun yang memang jenis suka dengan budak..macam aku cukup syukur kerana dapat pengasuh anak aku yang baik..

Nuqman dan kakak bila time cuti sekolah jer macam cacing kepanasan jer kat rumah..sibuk jer nak pergi rumah opah alasan nak mengaji..tu semua alasan jer..bila time cuti sekolah diorang memang duduk rumah jer tak kan keluar rumah sehingg kitaorang balik kerja baru diorang keluar..tapi tak ade pun hari-hari duduk rumah kadang atok abah di datang amik..kadang-kadang ikut papa dia pergi sekolah tak ada la bosan diorangkan..


nie buah durian ku
tu pasal bila dapat pergi rumah opah seronok sangat..Nuqman manja atuk nie...ikut atuk pergi kebun la..diorang satu family jenis melayan apa nak semua ikut jer..kalau dengan aku semedang jer aku busy..Kadang tu atuk layan diorang main bola la..main badminton ada masa tu siap bercucuk tanam lagi..hamboi rajin sangat kan budak-budak kat sana..

amboi pandang tepi jer
hari tu tidur rumah opah dapatla ikut  opah dengan kak Ada dan Kak Ila  surau..seronok kakak..Dengan aku memang tak ada la nak ke surau karang baru jer duduk.kejap aku dah sibuk tangkap budak kecik tu lain lah kalau ada bibik boleh jer aku tinggal kat rumah..wahhh mama dah bernagan nak ada bibik pulak..hahaha

tengok manja sangat dengan Kak Ada

manisnya anak mama nie
Kalau pergi rumah opah dia tak sah menginap beberapa malam..kadang-kadang janji nak balik siang tapi bila nak check out minta malam..hishhh dah pergi sana payah bebebnor nak balik..ingat lagi masa Nuqman kecil dalam berapa  tahun kalau tak silap 3 tahun kut..bila nak ambil balik dari rumah opah punya lah liat nak balik..bila dah balik rumah sibuk nak pergi rumah sekali aku naik HULK terus dia jadi tikus..hahaha..mana taknya aku paking barang dia siap bawak surat beranak nak suruh terus duduk sana..tau takut..hahaha..tu la aku cakap kalau pengasuh jaga dengan baik budak akan ingat tengok macam  anak aku  tak teruja sangat duduk dengan aku sebab apa??sebab aku garang and malas nak layan kerenah diorang yang ngada-ngada..

rindu abang
Sejak ada adik jarang sikit la diorang nak tidor sana masing-masing rindu merindui sesama lain..hahaha..tak jumpa semalam jer rindu macam setahun tak jumpa..adik dia memang pandai buat drama 


makan tengah malam
Lagi yang best kat sana  tengah malam lapar boleh makan maggie ..raji kakak-kakak tu masakan yer..boleh main lagi ..boleh bising-bising..boleh tidor lewat..cuba dengan aku "dah malam tak payah makan lagi!!" padahal aku malas nak masak air..hahaha..nak tidor lewat lagila jangan minpila kecuali ada cerita best jer lewat sikit tu pun nak tunggu pukul 12 lebih 80 kali menguap..lagipun sejak ada Si kecil masa memang padat sangat rasa macam tak terurus masa jer aku..

Nie atok kita
Amsyar jangan cakap la dia memang over semua dia punya jangan orang nak dekat dengan atok ke dengan opah dia..jerit sesajer ..kalau dapt jerit rasa cepat pekak mama dia sebelum tua kut..

makan pun duduk atas pangku..anjer sangat nie

main conteng-conteng
kalau kat rumah tak de makna dia nak conteng kat buku dia mesti nak conteng kat buku abang tak pun kakak dia..bila orang marah..sengeh jer dia lagi dia suka lagi dia buat..karang tak dapt jerit kerja dia.

tengok opah pun milik dia

Photo
nie diam sebab bukak cerita upin ipin

comel dua-dua

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates