Friday 20 May 2016

Bila Hidup berjiran

Assalammualaikum..

nie hari nie nak luahkan..geram betul jika orang yang jenis tak memahami hidup berjiran..kalau dapat jiran yang baik alhamdullilah dapat jiran sebaliknya kena redho jer..

macam aku dapat dua-dua pakej sekali..yang sebelah rumah setakat nie alhamdullilah baik sangat dan peramah..

yang aku tak puas hati geram sebab dah la tak duduk rumah tu orang yang sewa pun kejap-kejap bertukar..kalau dah lama tak ada penghuni maka bertengkek-tengkek la rumputnya..kawasan rumah pun dah semak samun takut aku ada benda yang tak di ingini singgah..bukan aku tak TOLONG kemaskan ya dah kerap sangat TOLONG upahkan orang mesin kan rumput lagi..sebab mata aku sakit tengok bila buka tingkap..tu pun still buat tak faham..susah jenis yang tak faham konsep berjiran..

Ada pulak tu kawasan depan rumah rumput pun panjang dah nak masuk kawasan aku..hishhh apa punya la orang hari-hari laluan masuk rumah ko boleh ko tengok macam tu jer..cacat pemandangan sungguh..orang lain berkerja juga tak ada rumah rupa zoo..takan aku nak tolong mesin kan dan racun..walaupun bahagian luar ada maintenance potong rumput yang sebulan tentu datang buat maintenance..rumah sendiri kan pandai-pandai la kemaskan..nak kata aku nie pembersih tidak juga la..tapi rumah tu sedap mata pandang kira dah ok la tu..

tu pasal kawasan rumah belum lagi yang bela binatang kesayangan..aku nie memang jenis takut pada binatang berbulu ..nak lagi arnab dan kucing walaupun aku suka jer tengok tapi nak pegang tidak la..geli geliman dengan bulu..hahaha

kalau dah bela jaga la elok-elok kan beri dia makan ke mandi kan ke ko bersihkan la dia kan..nie tak orang lain nak kena bagi makan bukan berkira ya tapi tak sanggup dengar dia berbunyi..lagi WIN najis dia sana sini..bau dia tak usah akak ko habaq la...nak-nak lagi dalam kawasan rumah..perghhhh satu kerja tambahan pulak akak ko nie nak bersihkan dan sentalkan..sambil bersih sambil loya-loya nak muntah..nanti apa kata jiran akak depa ingat akak mengandung pulak..loya-oya buat kerja....nie aku berkira ya nak bersihkan..lepas tu berjemaah lepak pulak kat port yang bagus jer...tolongla jaga sensitiviti jiran..dah la kucing jenis manja dan jinak lagi di halau lagi dia datang..lepas tu akak kelam kibut lari masuk rumah..selamatkan diri dari di manja-manjakan..

so pada punyai jiran yang sebegini apa yang harus akak habaq kat depa bagi faham...dah besar panjangkan bukan baru umur tiga tahun kan..Pilihla konsep hidup yang harmoni dan penting jangan fikir diri sendiri fikir juga orang sekeliling ya..Kalau tak berubah juga tak apa nanti akak tolongla bersihkan biarlah akak dapat pahala walaupun hati akak sakit..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates