Friday 13 May 2016

Makwan dalam kenangan

Assalammualaikum..

Al fatihah buat makwan @ mak ibu aku..cucu panggil makwan..untung makwan dapat ramai tengok cucu kahwin dan dapat tengok cicit..

Makwan meninggal usia 82 tahun pada 04hb Mei 2016 jam 04:45 petang di rumah makcik aku..
aku time En Hubby call bagitahu terkejut sangat-sangat sebab dalam pukul 4:15 petang tu mak aku wasup suruh dengar suara makwan macam panggil makcik aku..

Punca dia jatuh kat bilik dua hari lepas dah bawak klinik tapi ok la..cuma makcik aku cakap dia kata nak baring sebab penat lagipun makwan ada sakit jantung dan paru-paru dia lemah..masa time asar tu makcik aku pergi la tengok mak dia sebab makwan panggil lepas tu bila makcik aku datang dia macam gelisah dan tiba-tiba dia senyap tengok nadi semua dah tak ada.call hospital dah sahkan..nasib makcik aku tinggal hari tu anak dia ada dan kakak dia ada jaga..kiranya rezki makcik aku.Lagipun makcik aku bagitahu sebelum tu ada dengar makwan sebut nama mak dia dalam tidur..itukan dah tanda-tandanya..

Sedih sangat sebab makwan the best..paling sedih ibu la sepatutnya Jumaat ibu balik Johor sebab nak jaga mak dia tapi tak kesempatan..aku samapai kat JB dalam pukul 2 pagi terus baca yasin sebak sangat time tu..time mandi samapi kapan aku tengok nak tolong tapi tak boleh sebak sangat..masa nak cium jenazah pun jenuh aku kesat air mata berkali-kali..alhamdullilah mudah saje makwan menghadap illahi dan semuanya dipermudahkan...makwan dikebumikan Hari Khamis bersamaan hari Israk mikraj..

Al Fatihah untuk arwah makwan Hasnah binti Jamil..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates