Wednesday 27 July 2016

Birthday Girl Demam

Assalammualaikum..

21 Julai birthday kak Tisya pulak..sama macam mama time birthday sakit..redha jerla ya anak..

bawak dia pergi klinik kena amik darah dan kena amik tekanan darah test air kencing bagai..demam baru sehari jer tapi dah periksa detail pulak..rupanya ada sakit yang berbahaya baru-baru nie..patutla kan detail cek..

Keputusan tak memuaskan so kena datang seminggu selepas itu..kena amik balik darah..so sad kat situ sebab risau kan penyakit sekarang nie cepat sangat bahaya..biasala emosi mak-mak nie kan over sangat risau..

Habis checkup kak Tisya ikut mama ke Ofis tak berani nak tinggal kat rumah bahaya,,walaupun ada jer jiran sebelah menyebelah..sebab phone pun tak ada so nanti payah nak contact so angkut jer bos pun tak ada..


Lepas tu tanya birthday girl nak potong kek ke dia jawab tak nak dia just minta makan KFC jer..so lepas maghrib bawak dia makan KFC jer..Nuqman tak joint sebab ada latihan nasyid..

kepada kakak ..mama doakan semoga kakak di kurniakan kesihatan baik..dirahmati allah dan dilindungi dari segala kejahatan dan gangguan syaitan..mama harap kakak dapat ubah peragai malas dan kuat sentap tu dah besar sayang takan nak mama bebel je kan..Dapat menjadi seorang kakak yang penyayang dan bertanggungjawab..rajin belajar dan berjaya..mama papa nuqman dan amsyar sayang kakak..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates