Wednesday 20 July 2016

Macam-macam Hal Raya Ke 3

Assalammualaikum..

Raya ke 3 plan pagi nak bertolak Perak raya dengan mertua pulak..semua berkumpul sana malam nak buat BBQ..

Nak jadikan cerita En Hubby pagi tu cek la kereta dia yang aku settelkan anak- dan letak beg bagai depan pintu agar En Hubby senang sumbat dalam kereta..settel semua aku pun ready la siap bagai bertudung tapi kereta pulak ada problem..entah apa yang bocor kena ganti.,

En hubby ayah abang sham dan amir tolong la apa yang patutkan.En Hubby bila kereta dia rosak mula la tension dia nak stress..sikit je rosak tapi stress dia tahap gaban..nasib amir ada dia la tolong tapi biasa la En Hubby kan pasal kereta dia tak bagi orang usik sangat dia nak pomen dia jer padahal amir tu terror aje..lantak situ la kan aku malas amik pot pasal kereta dia lagi di tanya karang dia hangin karang tak pasl tambah dosa lagi..hihi

yang aku dengan anak dah siap tukar balik baju biasa macam lambat lagi jer nak settel..sebab tengok dia call sana sini pomen tak nak angkat raya kan....time tu jugak si Amsyar nie kena muntah-muntah..dah demam pulak pergi klinik pun dengan abang aku sebab dah lembik asyik muntah dan doktor kata keracunan makanan tak tahu apa dia makan sebab dalam rumah tu dia sorang je kena..kesian dia..aku suspek dia makan lemang banyak campur air gas..

Pukul 4 petang cam tu baru gerak ke Perak...bayangkan la dari pukul 9 lebih siap-siap nak balik last petang baru tolak..nasib tak jem..sampai sana tak dapat bantu pun diorang masak sebab Amsyar tak mahu berenggang..risau sebab still muntah makan dan minum keluar balik so decide ajak En Hubby bawak dia makan ais krim oren lepas tu baru dia kurang muntah..bagi makan buah pun dua gigit kata dah kenyang..esok tu baru sihat sepenuhnya mula la dia jadi otai.lega tengok dia nak makan dan susu..dah sihat nak cover sebab semalam tak tolong diorang so kena la rajin bantu kan dah la oang tak putus-putus datang rumah abah..aduh letih tapi nasib semua rajin bantu..

Pagi tu kakak ipar aku masak sup tulang 10kg ko macam kenduri..alhamdullilah habis dan cukup bagi tetamu makan..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates