Friday, 11 April 2014

Bercuti Ke Kelantan - Hari Kedua

Assalammualaikum..

banyak syok ini bulan wooo..jalan-jalan sajer..baru balik Kelantan penat pun belum redha dapat pulak surat tawaran dari Company utuk honeymoon..entry tu kena tunggu yer..

kita sambung lagi cerita untuk hari kedua dan hari terakhir kat Kelantan...nasi kerabu tetap jadi juadah untuk kitaorang pagi nie..kitaorang makan dekat area Khalifah Inn..Lepas tu sambung jalan pergi pasar Khadijah beli keropok lekor dan terus pergi cari Masjid Mohamadi dekat situ ada jual baju kain pelikat.

.

Photo
baju kain pelikat



Dekat situ kitaorang singgah Istana Jahar caj bayaran Rm 2.00 sorang murah giler..dalam tu ada barang peninggalan lama yang diguna oleh raja-raja seperti kasut , tempat beradu..tempat dia bersalin ,tempatpakaian-pakaian tradisonal senjat-senjata lama yang diorang guna dan banyak lagi tapi sayng seribu kali sayang tidak dibenarkan ambil gambar..

depan Istana

Depan pintu muzium istiadat Raja kelantan


kat bahagian luar ada kereta kuda
Disebabkan aku bukan pencinta sejarah so aku tengok jer..aku baca tajuk jer intipati dia baca sekali imbas tapi satu haram nak ingat..hahaha..

aku & En Hubby

peace yo dari ucu

ayah dan ibu beromantik atas kereta kuda


B
B
Lepas dah lawat semua kitaorang pergi balik rantau panjang nak shoping kali kedua sebelum balik..masa onthe way balik kitaorang singgah jugak kat bukit bungga tapi tak turun just lalu jer henti kat Petronas untuk membuang selepas nie jauh jugak kalau nak berhenti..tu yang susah tak de tempat persinggahan..

lepas tu kitaorang terus balik..tapi time balik tu ada satu kejadian yang tak diingini..suspen jer kan tak ada apa just Amsyar jer kena kacau nagis tak henti-henti ada dekat satu jam lebih..mula -mula tu ok lepas tu dia merengek-rengek sikit-sikit lepas tu terus menagis ketakutan..ingat sakit perut jenuh lumur minyak tak mahu jugak nagis makin kuat bila aku baca ayat kursi lagi kuat dia nagis..nasib ada ibu..ibu siap buat air penawar dan baca ayat pendinding la tapi tak mahu jugak..kitaorang dah syak bila setiap kali adik aku baca yassin dia rasa meremang jer dekat dia..Dah tu Amsyar asyik sebut ader.ader siap tunjuk depan belakang lagi..menyeramkan jer tapi aku still buat tak tahu takda aku nak pandang luar aku baca jer ayat yang aku ingat..En Hubby bila dah macam tu dia rungsing kereta pun laju juga dia drive nak sampai cari tempat boleh berhenti..Yelah dalam kereta tu budak nagis jerit-jerit mahu tak runsing lama pulak tu jenuh dipujuk tak juga.. nasib ada satu tempat tu aku tak pasti kat mana bawak dia keluar kereta tapi still nagis puas jugak pujuk jenuh jugak aku bercakap -cakap dengan setan tu suruh pergi jangan ganggu Amsyar..giler apa ke aku cakap tu kan..tapi alhamdullilah lepas tu slow-slow dia berenti nagis tapi still tak nak orang lain nak jugak dengan aku..dia dah ok sikit aku bawak pergi cuci muka  kepala dia lepas tu baru ok sikit..tapi masa masuk kereta tu dia macam mencari-cari sesuatu dalam keta sambil tangan dia goyang kata takde..takde..takde..lepas tu baru dia nyusu dan lena sampai rumah..kesian dia kena kacau..tu first time dia kena macam tu..risau aku lepas nie kena berhati-hati bawak anak kecil kat tempat yang kita tak pernah bawak yer..ayah pun kata situ kat hutan..

Malam tu kat rumah kitaorang selamat sampai jam 2 pagi kat rumah lepak kejap lepas tu semua tidur kepenatan baru terasa letih..letih bukan penat tapi letih dengan Amsyar yang nagis tadi..

Thursday, 10 April 2014

Bercuti Ke Kelantan Pulak - Hari Pertama

Assalammualaikum..

Akhirnya dapat jugak cuti-cuti malaysia kali pergi bawak family ke Kelantan..Kitaorang pergi pagi Sabtu dari Bidor gerak dalam pukul 2.30 pagi macam tu..sebelum pergi aku sempat tido kejap tapi budak excited Nuqman tak tido sanggup tunggu sampai pukul 2.30 ikut papa lepak kat kedai..Balik- balik terus kejut semua orang suruh siap..dalam kereta tak sampai 10 minit dia tido dulu..hahaha

Kitaorang pergi berhenti pun satu tempat rehat kejap makan-makan ..sembahyang dan cuci muka dan tukar la apa yang patut tak mandi  pun....hahaha.. tak mandi tetap wangi lagi..

tempat perhentian sejuk giler ayah dan Ucu Ekin


tuan belog bersama anak-anak

Ucu bersama anak buah
sampai Kelantan kat Rantau Panjang dalam pukul 8 pagi tu pun lambat sampai sebab onthe way tu kitaorang kena kabus tebal memang taknampak jalan so En Hubby memang bawak kereta slow giler dan jalan perhatikan line putih tu jer..tapi alhamdullilah selamat sampai terus breakfast nasi kerabu dan terus shoping..


Habis shoping dan tawaf kat Rantau panjang dan pengkalan Kubor kitaorang balik hotel..sekali bukan hotel tapi orang panggil tempat penginapan la..rumah kedai dibuat ala-ala hotel nama pun bukan ada hotel pun Khalifah Inn ..so far puashati jugakla bilik bagi besar siap budak-budak main lari-lari lagi..harga pun tak mahal RM 130.00 semalam dengan 2 katil queen..kitaorang rehat kejap lepas asar kitaorang gerak jalan lagi pergi pasar khadijah dan wakaf Che Yeh..bilik kitaorang jalan kaki jer pergi wakaf che Yeh

di Pengkalan Kubor
Khalifah Inn- tempat kitaorang menginap

ruang dalam

luas boleh tidur lagi kat bawah  siap ada kipas lagi
santai ayah dan ibu


Nuqman yang dah penat jalan dan budak yang kuat belanja pantang singgah tempat ada jer dia nak beli

nenek bersama cucu di Khalifah Inn
Alhamdullilah sepanjang masa Amsyar good boy tak meragam just nak berdukung jer..lenguh tangan aku sampai naik bengkak jenuh asyik tonyoh yoko-yoko..

depan pasar Khadijah



macambiasa kalau pergi pasar khadijah tak sah tak borong keropok-keropok..keropok lekor dengan budu..
benda lain sama jer macam tempat kita..

saje pose makcik yang niaga tu tak habis promote barang dia..lepas amik gambor kitaorang blah terus..hahaha

tengok sikit jer kitaorang borong

Kat Wakaf Che Yeh nie pun sama jer kitaorang jalan-jalan jer tak beli barang kat sini mahal compare dengan Rantau Panjang..nak beli barang murah beli kat Rantau Panjang.Lepas tu pergi ambil angin petang kat tepi laut..ke bukan laut..tak tahu nak namakan tempat tu..

pose dari ucu

my nyawa berlatar belakang bot 
bot kat belakng jitaorang tu boleh duduk ajer bukan untuk belayar yer..tempat pun cam tempat mewah jer..kitaorang tak makan pun kat situ just ambil angin petang

pose ayah ,ibu dan Ucu.

Lepas lepak kat situ perut pulak lapor pergi cari tempat makan yang special sikit dan lain dari yang lain.. on the way nak ke tempat penginapan kitaorang lalu jumpa kedai makan ada jual special sup belut dan sup urat keting..macam best jer kan nak try jugakla..Aku sorang jer tak sentuh sup urat keting geli jer rasa nak makan..diorang cakap sedap aku jer buat muka..lupa nak ambil gambar sibuk makan perut dah laporkan..

kedai nie jer ada menu special


lepas makan kitaorang balik bilik kejap pastu round dekat wakaf Che Yeh..kitaorang jalan kaki jer..macam-macam ada jual tapi barang ada lah mahal..so kitaorang just cuci mata jer


ok nanti sambung hari kedua..sebelum kitaorang balik ada kejadian misteri....

Wednesday, 9 April 2014

Rawatan Susulan

Assalammualaikum..

Lama tak update pasal sakitkan.. alhamdullilah selepas buat rawatan tradisional tak ada sakit berulang tu datang..syukur pada ALLAH kerana dengan izinnya aku sembuh..ehh tak tahu lagi sembuh ke tak tapi kurang la sakit..nie pun hasil doa dari ibu juga..tak putus-putus lepas sembahyang doa mohon kurnia kesihatan baik pada aku..amin..

haritu pergi check up kat Hospital Ipoh buat CT Scan..sebelum tu kena puasa malam tu..sampai sana awal jugak dalam pukul 7.30 pagi appoinment pukul 8..alhamdullilah parking pun senang dapat sampai kat kaunter pun baru ada 3 orang jer..so dah serah surat appoinemnet dia minta aku tukar baju pakai baju macam nak operate tu..time tu debar-debar jer...Lepas tu diorang suruh aku minum air tu adalah setengah botol air warna oren. Kebetulan aku memang dahaga so dengan cepat aku minum dan habis..nasib air ubat tu sedap jugak la..macam minum air oren murah gitu..En hubby tengok jer aku relax minum..

Dah settel minum tu masuk satu bilik kena cucuk kat tangan katanya nak masuk kan ubat..tengok jarum pun besar terus pandang tempat lain..masa cucuk tu sakit sikit tapi lepas masuk ubat tu..tarif nafas jugak aku sakit sikitt masa ubat dia mengalir..ingat kan dah settel lupanya tidakkkk..

Masa tunggu giliran tu ternampak bilik tempat terus jantung macam nak terkeluar..entah apa-apa jer aku kan panik semacam jer..lepas tu beristifar la kat situ baru reda sikit hati nie..En Hubby pulak duduk jauh sikit just nampak senyuman dia jer tak tahu bini dia punya jantung macam nak lari balik jer..hahaha entah apa-apa jer aku kan

macam nie rupanya..ikhsan pak google
bila nama kena panggil aku buat-buat cool jer..masa baring tu dia cakap nanti dia akan masuk ubat lagi kat tangan..ubat masuk nie memang terasa sakit bila dia mengalir..sakit pun aku tetap tahan..masa kena sorong ke dalam  diorang suruh tarik nafas tahan sekejap lepas nafas biasa la ..berulang kali jugak surih buat..actuaaly sebenarnya tak ada apa pun..terus hilang gemuruh aku..hahaha..
Keputusan katanya hantar terus Hospital Tapah nanti doktor kat Tapah maklumkan..so aku tak tahu keputusan dia..so sampai sekarang malas aku nak pergi x-ray ke scan ke masih ada ke tak..malas nak tahu nanti kalau aku tahu aku jadi moody..so tunggu je laporan nanti..

Friday, 4 April 2014

Makan Kat Highway Tapah

Assalammualaikum..

semalam masa balik dalam keta  bersembang dengan En Hubby selalu tak dan nak sembang balik kerja sebab merempit..hujan punya pasal terpaksa la naik keta..

H: semalam cikgu abang pergi makan nasi arab kat RNR Tapah..sedap katanya..
A: yake..motif cerita napa??
H: tak ada apa saje jer..( terus gelak)
A: eleh cakap jer la nak suruh belanja makan kan..kan..

taktik En Hubby gitula kalau nak ajak makan luar..dia tak kan kata kat aku tak payah masak malam nie..aku tunggu jer jawapan tu tapi haram nak keluar..dia suka bagi hint-hint jer..so kata dah lama kawin kan so faham sangatla perangai dia..bukan apa  nak jaga hati aku takut kecil hati sebab tak makan masakan aku..dia tak tahu bini dia memang suka makan kat luar tapi bukan selalu yer..cuma dalam seminggu tu mesti la satu hari off masak..dah pagi buta aku masak karang petang balik kerja masak lagi.....tapi bila aku masak licin dan habis tu yang berkobar-kobar masak dan masak lagi..

walaupun hujan lebat turun tetap jugak bawak anak pergi makan..tak ada kemana pun pergi makan nasi arab kat RNR Tapah..kedai Pak Tam yang Famous tu..RNR sebelah selatan restoran Pak Tam best sikit dari sebelah utara..macam -macam ada..

ihsan google


nasi arab mandi + ayam black paper
tengok semua sedap aku ambil nasi arab mandi dengan ayam black paper..lauk boleh pilih ikut selera ..totaly RM  12.90 tak ada la mahal mana tapi kalau 5 bintang aku bagi 3 jerla..puas makan dan kenyang sampai ke pagi..kat ofis aku breakfast roti high 5 jer..kenyang tak hingat..mahu tak kenyang aku sorang melantak karang tak habis kena marah dengan En Hubby so telan-telan and slowly suap dalam mulut sampai habis..

Photo: Mengidam ns arab ..

nasi bukhara + sotong

En Hubby aku dah makan separuh dia masih ke hulu hilir cari makan yang paling sedap..dia kata semua nampak sedap..lepas tu tanya aku apa dia nak makan..lorrr tekak sendiri tanya tekak aku pulak karang aku pilih dia reject pulak..so malas cakap banyak sendiri tekak sendiri cari la..bila dia bawak nasi bukhara dia pun sedap dengan sotong gedebak besar..puas hati la makan kenyang juga aku tengok dia..totaly RM 15.90..choiii sangat kan apa pun dia beli mesti lebih mahal dari aku..tak pe yang redha jer bang..nie aku bagi 4 bintang..
Photo
chicken chop
budak-budak berlagak jadimat salleh kejap..aku pun tak faham dan masih konfius nape bila makan western jer kata jadi orang omputih???..makan western nak chicken chop..chicken chop dia pun sedap jugak nie aku bagi 4 bintang..dalam kenyang-kenyang pun sempat jugak aku makan sikit kata nak rasa kan..tak rasa tak tahu sedap ke idak kan..hahaha..harga pun standard la RM 10.00..

Lepas makan terus jer balik..hujan tak juga berenti lagi budak-budak nak main kat taman pun tak boleh..masuk Highway semata-mata pergi makn jer..

Thursday, 3 April 2014

Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan Ibu & Ayah Yang Ke 38 Tahun

assalammualaikum..

Last weekend sambut anivessary ayah dan ibu dekat ulu yam..seronok tengok ayah dan ibu happy..lebih seronok semua anak menantu dan cucu dapat berkumpul sama-sama..selalu ada jer yang tak dapat joint...aku sebagai urusetia tak bertauliah telah buat notice kat semua dalam whatsup..so semua agree perbincangan selanjut di jalankan..

so memandangkan kat rumah ibu Sg Buloh tak ada air so kitaorang buat simple dan aku plan setiap family bawak something boleh makan dan satu lagi arahan aku pukul 9 mesti gerak rumah sapa lambat kena tinggal..tengok di situ aku dah giler kuasa kan...so far alhamdullilah semua berjalan lancar..

Photo
misi mencari tempat
Punya la banyak barang biasala kan bawak budak kecikkan..pemanggang ajaibpun kitaorang bawak..

dah dapat tempat
menu hari itu ada bihun dan sandwich dari kakak ipar aku yati...aku bawak barang bbq, keropok-keropk , air kotak dan nasi goreng...adik ipar aku bawak kek je..nasib kek dia bwak sedap..kalau tak memang kena bahan dengan aku la...

 muka nakal Amsyar & Adam serius jer..boleh same color baju pulak aritu
Actually beza diorang cuma 13 hari jer..perangai lebih kurang aje..tapi Amsyar tetap panggil adik..tapi Adam masih belum pandai jalan lagi tapi baru nak jalan dua tiga tapak jer..Amsyar jangan cakap la dah berlari..

main simbah -simbah air..
masa nie semua orang dah lencun sampai anka buah aku kecut-kecut jari still dah berendam..aku masih bertahan duduk kat pondok..air sejuk giler tak kuasa aku..tu aku turun habis aku dah dia simbah air..kurang ajor abang dan adik aku..aku dah fobia sikit dengan air nie..nasib ayah ada tangan ayah habis aku pegang kuat-kuat..
budak-budak dah mula lapor
Nuqman dengan batrisyia bukan main seronok lagi..walaupun sejuk tetap  mandi..

bersama ayah yang happy hari tu

Ayah aku  paksa ambil cuti hari tu..kalau tak sibuk kerja jer..dah demam pun nak jugak kerja..

aku bersama abang dan adam..

nie masa belum turun rehat kejap

awat makan macam tu

Photo
layan daging burger 
ucu bersama ibu
hairan aku tengok dalam phone semua muka Ucu jer..gambor aku kurang pulak..nak tak nak terpaksa tempek jugak muka budak nie..

Photo: my hero
ayah tengah bakor sosej ambil alih tugas dari En hubby
proses naik ke atas

adik ipar yang takut air..belakang tu laki dia sengeh jer tengok bini pose...hahaha
Disebabkan dia sorang jer tak mandi so dia di tugaskan menjaga beg dan makanan..lepas tu kitaorang dera dia..semua dah turun kat air jerit panggil dia suruh baling keropk ..hahaha..nasibla kan sapa tak suruh tak nak mandi..
acara potong kek dalam hutan
lepas berendam aku jerit suruh naik nak potong kek..ko mampu dalam hutan nyanyi dan potong kek..hahaha..nasib orang semua duduk jauh-jauhkan..tak malu la sangat 

suap menyuap 

budak takut air sejuk
Amsyar asal kena air sejuk jer jerit..penakut air sejuk..kalau si Adam sampai kecut-kecut tangan tak nak naik suka bukan main air..

ayah dan ibu
Photo
me & Hubby
Last sekali muka tuan belog bersama En Hubby..apa-apa pun memang happy betul..lama sangat tak keluar ramai-ramai...last keluar ramai tahun 2009..lama giler..




Blogger Templates