Thursday 5 April 2012

Tak Keruan

Assalamualaikum semua..

Semalam bawak Nuqman chek up pasal "bird" dia..kakak kena tinggal dengan atuk..sebab malas nak bagi dia ponteng sekolah kan..macam biasa la kakak buat muka toyer sebab kena tinggal..

Sampai dalam jam 10 pagi kat Hospital Ipoh..En Hubby dah membebel cari parking..adalah dekat setengah jam baru dapat..

1st time sampai kat hospital ni terpinga-pingga jer..jumpa orang sana sini tanya tempat nak dituju..akhirnya jumpa gak..Jumpa Doktor bius berbangsa India tersangatlah baik....dia  citer detail sampai bagi kami faham..pastu En Hubby gatal mulut tanya pada Doktor tu..

kenapa kena bius hari nie ?

Ehhh tak de Encik ..hari nie kami tak bius just nak tanya soalan dan tengok kesihatan dia jer..

En hubby pun bagitau la hari tu cakap kena bius  tu yang heran awal 2 minggu kena bius..Lepas doktor terang sedikit banyak tentang hari operation nanti..Actually Nuqman kena operate pada 24hb ye..dia kena puasa selepas 2pagi..operate dalam 8 pagi...Doktor tu inform lagi yang Nuqman akan dibius sampai tidur bukan separa sedar..OMG...aku ingat kena sunat macam biasa rupanya lain..Doktor pesan pastikan kesihatan dia baik and puasa..kalau tak ikut kena tunda operate..Aku dengar dah tak keruan..aku ingat sunat macam budak normal..hishhh risaunya hati aku...

Sehingga kini aku masih keruan..dup..dap..dup..dap..jer..Depan orang lain tunjuk aku kuat tapi dalam hati tuhan jer yang tahu...Mama doakan semoga Nuqman sihat sehingga hari operate dan masa operate biarlah berjalan dengan lancar

Noor..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates