Tuesday 19 June 2012

Hari Tue Kan

Assalamualaikum...

Hai alls...saje nak gedik kat blog sendiri kan..hari tu kan terlebih rajin masak tapi masa tu badan tengah lemau..buat kerja lebih sikit badan dah rasa nak pitam..aku syak la tekan darah aku rendah la..tapi bila cek doktor kata semua ok jer tak da masalah..fening kepala aku pikir..agaknya bila umur dah meningkat nie hormon ibu mengandung jugak berubah..

Dalam tak larat pun aku  gagah jugak masak sebab baby dalam perut teringin nak makan..hehehe..leh lak gitukan..sebenar aku yag nak makan..

Aku sms En Hubby suruh beli barang yang patut untuk dimasak..En Hubby pun gigih mencari barang yang diperlukan untuk si bini dia nie..hari tu aku masak kari sotong..goreng ikan ..ulam sikit dengan sambal tempoyak lauk kegemaran dia..Aku pulak sejak pregnant nie tengok sambal tempoyak kembang jer tekak aku..kalau tak sama jer 2 x5 dengan En Hubby..

Lepas tu terlebih rajin lagi buat jugak breakfast untuk esok..teringin nak makan nasi impit dengan sambal kacang..gigih aku masak walaupun badan dah tak larat teringin punya pasal kan..buat jugakla..time nie blender rosak pulak..menumbuk la aku segala bahan nya..termasuk la kacang tanah yang telah di goreng..fuhhh penat giler..tapi nak tak nak kena teruskan sampai habis..gambar nie aku cilok kat internet..gambar aku masak aku tak ambil dah tak larat nak ambil..penat sih...

lebih kurang camni la rupa aku masak

2nd resepi aku masak nie request dari En Hubby and my kids la..nak makan nasi ayam..nak tak nak masak jer la kan..bukan tak boleh beli berlambak kat kedaikan..takpe demi yang tercinta aku turutkan jua..masa nie kepala dah mula pening..pening jer muntah tak nak jugak ..kalau muntah lega sikit kepala nie tak nak la..
aku masak pun lambat dah masatu kat pukul 1 tengahari dah..yela layan En Hubby tengok drama punya pasal pukul 12 tengahari baru nak pergi beli ayam..hurmmm nak marahkan kata derhaka kat suami pulak..diam jer la..yang mampu aku buat tarik muka sembilan belas..hehehe..ihsan gambor internet lagi..


lebih kurang jugak camnie rupanya aku masak
korang jangan tak caya aku masak yer..aku masak tau..cuma malas nak ambil gambar jer..sedap ke?..dah tentu sedap aku yang masak ..sapa lagi nak pujikan..

3rd resepi konon nak masak special sempena father day hari tu..tapi badan makin lemau..pening tak habis-habis..tension aku..satu badan habis semua sakit macam nak demam tapi aku tetap gagah masak juga satu special untuk En Hubby..disebabkan En Hubby malas pergi pasar aku lagi la plus..plus..plus malas..so jenguk dalam frezer pastu tengok bahan yang nak masak semua ada..intai pulak kat pasu luar..daun kunyit aku tanam masih hidup lagi  so decide masak rendang daging untuk En Hubby..nie pun berpeluh-peluh badan dah rasa nak pitam..

again cilok internet
Lepas jer siap masak makan semuanya aku ambil panadol sebiji telan and sleepy beauty..hehehe..dah tak larat sangat tu yang ambil panadol tu..harap-harap takde masalah pada kandungan aku nanti.amin

Ok setakat ini entry yang panjang berjeler dan buat pertama kali semua gambor aku cilok intenet..tapi aku masak tau..hehehe..


Noor..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates