Tuesday 30 October 2012

Raya Di Hospital

Assalammualaikum..

Kesian aku first time raya dalam hospital..sedih wooo...

Actually sakit nie dah 2-3 hari still aku tahanla..tapi dia datang sakit pun keja-kejap jer..tapi petang lepas habis kerja 25hb tu sakit dia lain macam..balik kerja terus baring sapu minyak bagai konon nak bagi legala..tapi tak nak jugak elok..sakit tu mengeras then sakit kat bahagian ari-ari..sakit dia datang kerap selepas pukul 6 petang..10 minit sekali..aku cakap takan dah nak beranak..tapi tanda-tanda nak bersalin tak ada pulak..En Hubyy ajak pergi Hospital tapi aku kata nanti dulu la tengok camne...padahal muka dah macam apa menahan sakit..sakit kerap datang 10 minit sekali sampai ke pinggang macam tanda orang nak bersalin..hanya yang dah mengalami simpton ibu bersalin aje yang tahu sakitnya.

Lebih kurang pukul 9 lebih En Hubby paksa pergi Hospital..aku dalam nak tak nak pergi jugak mana tau lambat pergi jadi lain pulak..sampai hospital tapah terus ke wad bersalin..terus nurse cek la apa yang patut..last dia kata kena tahan wad..sebab baru 32 minggu..aku ok jer ingat kan duduk Hospital Tapah tapi nurse cakap kena hantar Hospital teluk Intan..muka aku dah cuak giler..malam raya ko tu..First time jugak merasa naik ambulance..giler betul pemandu nie bawak sikit punya laju..habis semua lopak bagai dia langgar..aku yang dalam ambulan rasa azab betul..aku cakap dalam hati nie ada yang terberanak jugak..aku rasa kalau ikut naik kereta dalam 45 minit jer nie aku rasa kejap jer dah sampai..tapi masa dalam ambulan nie badan ko kepala ko habis bergoncang..turun ambulan pening kepala aku..mabuk kejap aku..

Sampai Hospital Teluk Intan terus hantar kat labour room aku rasa dalam pukul 12.30 mlm.samapi kat sini.. doktor buat la benda sama macam kat Hospital Tapah..dengar jantung baby la..scan  la ...seluk la nak tengok dah bukak belum jalan..alhamdullilah masih belum bukak lagi..buat VE la pastu entah apa lagi dah..aku yang tengah sakit nie diam jer..rehda jer la..kat labour room nie suami tak boleh masuk..En hubby duduk keras kat luar tunggu aku..pagi pukul 8 lebih baru la jumpa En Hubby dan baru boleh masuk wad biasa...

Masuk wad tak boleh nak rehat jugak nurse asyik sibuk kacau kejap-kejap datang pantau..buat denyutan jantung..cek tekanan darah la..pastu dapat enjet bagi kuat kan paru-paru baby..dahla  kena enjet kiri kanan..sakit giler bila ubat tu masuk...tahan sakit lagi..

Pagi sabtu dah tak ada sakit..kurang la cuma tekanan darah rendah jer..nurse still pantau prem constraction 4 jam sekali...nurse  kata tak ada mengeras lagi..semuanya ok cuma tekanan darah aje still rendah..Hari Ahad baru lah boleh keluar dari Hospital...

Lega rasanya dapat balik rumah...Isnin dah start kerja tak de amik mc atau pun cuti..malas nak rehat kat rumah nanti aku bukan rehat ada ajer kerja yang aku nak buat..lagipun cuti dah habis sebenarnya..hehehe...

Noor..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates