Friday 19 July 2013

Iftar Bersama Anak Yatim

Assalammualaikum..

Selamat berpuasa to readers..

Tahun lepas berbuka bersama anak yatim di tempat diorang Di Temoh..tahun nie kitaorang jemput datang rumah pulak...lagipun tarikh tu buat moreh rumah abah sekali..

Tahun nie kakak ipar a.k.a ayung masak aku just tolong nyibuk kan diri dan potong apa yang boleh dipotong..nak masak untuk orang ramai tak mampu aku lagi..ilmu  masak tak cukup lagi..setakat nak bagi family aku makan boleh la..

Ayung Khamis malam dia dah balik Tapah..pagi jumaat sibuk pergi TF Value cari barang basah....barang kering kitaorang dah beli sebelumnya..hari Jumaat tu aku ngan En Hubby sempat lagi shoping baju raya anak kat Ipoh..entry tu nanti aku cerita..

Ayung mula nak masak nasi beriyani , kari daging ,ayam masak merah, jelatah,dengan mee goreng..last minit menu daging kari tukar jadi daging masak hitam..kuih muih- kita orang order...yang lain sendiri masak..
Penat jangan cakap la walaupun ko tak masak..yelah dah bulan posa..nak buat itu ini banyak tenaga di perlukan...Konon masa tu aku ingat bolehla ngelat sebab ada anak kecil..tu semua alasan malas nak tolongla..tup-tup pengasuh a.k.a Opah yang jaga Amsyar datang amik Amsyar..haduiiii putus harapan mak nak curi tulang..hahaha..jahat tul aku..bukan jahat yer tak larat campur penat...

Sebelum berbuka  buat tahlil ringkas sikit bersama anak yatim...masa nie hujan renyai..hujan rahmat orang kata kerana sebelum nie hanya mendung jer hujan tak juga turun..alhamdullilah dapat diorang menyempurnakan sembahyang tarawih dengan selesa..Yang seronok tengok anak yatim nie makan berselera sekali...Tapi time berbuka waktu tu aku dah kepenatan rasa nak cari bantal jer dan golek -golekan badan atas katil empuk..buka pun dah putus selera macam kenyang sangat..padahal orang semua duk sibuk puji makanan sedap..makan pun tak habis padahal amik sikit jer...alhamdullilah selepas selesai tarawih kitaorang bagi goodies kan diorang setiap sorang...malam tu 35 orang jer yang datang yang lain kat asrama tak berapa sihat..rezeki diorang juga dapat merasa durian kampung..aku yang favourite durian tak makan pun penat punya pasal mood makan pun tak de..

Habis hantar balik tetamu kerhormat  kitaorang potong kek besday aku dengan anak dara aku..kitaorang sama bulan..buat pun ala kadar jer..malam tu diorang sibuk kemas apa yang patut... cadang nak tolong lah..tapi aku dah tak larat  dengan Amsyar meragam nak tidur terus ajak ibu anad ayah balik rumah aku..horeyyyy dapat jugak memboloskan diri..En Hubby balik pukul 2 pagi..agaknya dah siap kemas rumah bapak dia kot..kesian dia kepenatan...

Dengar tahun depan nak buat lagi kat rumah..pengsan dengar..uda dah cakap tahun depan nak buat rumah boleh tapi catering..semua merungut penat..Insyaallah kalau ada rezeki lebih akan dikongsi bersama..

Noor...

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates