Friday 6 September 2013

Jalan-Jalan Melaka

Assalammualaikum..

29hb Ogos Annivesary aku..Takda apa pun macam tiap -tiap tahun just makan se family jer..

So hari tu balik Sg Buloh buat advanced sambut besday ayah sekali..Besday ayah jatuh 04hb September..lagipun semua anak-anak ayah ada so kita pun belanja ayah makan..bagi ayah happy ..

Yang geram plan  makan dalam pukul 8malam kitaorang nie dari Perak boleh pulak sampai dulu..syabas sungguh diorang suruh aku cepat last -last yang  dekat lambat sampai..Yang best abang aku call kata tak dapat joint katanya tiga-tiga anak demam and meragam..aku  kata ok jer.. tapi dalam hati cehh planing bagai nak rak last minit tak jadi joint..rasa nak balik perak balik jer..majuk jap..pastu tak sampai lima minit call kata onthe way nak joint....hurmmm confius aku kat situ jap???nie sapa yang meragam bapak ke anak??

Tunggu kejap dalam 15 minit ok baru lah besday boy tua sampai..hihihi...tu ok lagi..tiba-tiba pulak adik aku yang ketiga kata tak boleh joint kata lambat sikit..hoiiii bini dengan anak dah sampai dia boleh lak pergi berfoya-foya dengan kawan-kawan kat K.L pulak...pastu kata kena jem la sesat..aku lagi confius masa zaman rempit bukan dia ke taiko jalan kat KL..confius aku???tu yang buat  aku hangin sebab dah janji kan nak celebrate besday ayah..time kitaorang baru makan dia pun sampai dengan muka tiga kupang..

Esoknya petang baru pergi Melaka hantar motor Si Ucu dah nak masuk balik belajar..habis kereta aku jadi kenderaan penghantaran ingat laki aku posmen apa ke..Tapi takpe pergi dua kereta kebetulan adik aku nak balik muar so tumpang la..so dah sampai  berfoya-foya la kami..adik aku bawak naik bot kat Melaka tu..apa nama dia aku lupa pulak..al-maklumkan dan meningkat usia nie..hihih...

sebelum naik bot
kitaorang naik bot nie budak kena caj RM 5 dewasa RM10..masa nie Ibu tak nak naik katanya takut..hihihi

ayah bersama ucu 
 Masa dalam bot nie dorang pandu slow sambil la menerangkan sejarah setiap banguna dan tempat yang dilalui..yang best aku kan tak minat sejarah so masuk telinga kanan keluar telinga kiri..hihihi
papa,atuk ayah,Amsyar
 Atuk ayah pun asyik amik gambor padahal tempat dia pun..suara orang tu menerangkan atuk ayah  pun bercerita jugak kat En Hubby ..wahhh menantu kesayangan bukan main layan bapa mertua bercerita..dengar bagus punya...hihihi
me& ucu
 Aku dengan Ucu macam biasa la gedik bergambor..berbulu jer anak-anak aku tengok...tiba-tiba ada satu tempat bau air sungai mak ai harummmmmmmnya..terus terdiam..

bersama  cinta hati
Dah puas gedik baru bergambar bersama anak-anak..time nie Amsyar dah tidur pun...masa perjalan pergi balik dalam 45 minit jer..ok la..best sangat

Lepas tu kitaorang perkena asam pedas power..takde power mana pun..sedap lagi aku masak..hihihi...dekat pukul 2 pagi baru sampai rumah..sampai terus tidur..Ok la nie aku rasa boleh la sempena annivesary En Hubby bawak jalan-jalan kan dari tak ada apakan..


 Noor..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates