Friday 21 February 2014

Cara Berubat Kampung Part II

assalammualaikum...

Ngada-ngada kan nak ada part II pulak..saje kan nak membanyakkan cerita..

ok hari tu pergi buat rawatan kali kedua kan suruh bawak limau dengan air..konon pergi awal nak ambil awal nombor...phuii nombor tetap orang ke 49 padahal masa tu baru pukul 2.30 petang ...maknaya ada orang ambil lebih awal dari aku..risik-risik dan gosip bersama makcik sebelah menyebelah ada yang amik nombor pukul 7 pagi..cer nak buat camne..rdha jer la

bila tiba giliran aku dia suruh aku sapu  minyak angin dia dan terasa panas sikit tapi aku suka jer berangin jer badan..baring dan dia golek la limau tu kat bahagian hempedu kita..adalah dekat 10 minit gitu..ok la dah settel dia belah limau depan kita dan nampakla batu tu keluar..buat masa nie hanya keluar 4 biji jer..nak caya ke tak nie tapi limau tu kita yang bawakan ..itu semua kerja dan izin allah la..tapi dia ada kata batu karang nie walaupun dah buang dia tetap akan datang balik itu bergantung pada kita punya makan la dan ia datang cepat atau lambat jer..lepas buat nie kena pantang jangan makan benda masam dan ais batu sebab takut perut luka kesan buat tadi..perghhhh dahla musim panas dahaga tekak nie..lepas tu teringat pagi tadi ada beli belimbing buluh cadang nak masak esok lemak cili campur belimbing buluh sekali terbantut....tapi takpela kita telan air liur jer tengok En Hubby makan nanti yer..pantang tetap pantang..

nie la batu yg duduk dlm perut aku

 onthe way balik dalam kereta whattsapp kat adik aku suruh tunjuk kat ibu and ayah..tak lupa whattsapp kat adik ipar aku..dahla kawan tu tengah holiday..saje jer nak raih simpati..nampak jer aku cool..gelak-gelak tapi dalam diam duduk sorang leleh air mata jugak..emo lebih..
4 biji besar jugakla
Tapi selepas tu aku pergi scan lagi doktor masih ada lagi banyak dan halus-halus..aku dengar jer frust menongeng..ada lagi rupanya..kata banyak kan..terus aku cakap dengan En Hubby aku dah giveup taknak pergi berubat kampung lagi..esok lusa kena jugak operate..sedihh betul..tapi nasib semua bagi support suruh teruskan berubat mana tau izin allah batu habis dikelurkan..ye la think positif and try the best sehingga tarikh operate..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates