Thursday 20 February 2014

Cara Berubat Kampung Pulak..

Assalammualaikum..

sekarang try cara tradisional dekat Besout 4..semua orang kata dia boleh berubatkan dan pakcik nie boleh keluarkan batu..yake..percaya ke tak meh kita try....nak percaya pun tidak jugak..itu semua dengan izin allah..lagipun ikhtiar selagi mampu..kalau tak mahu elok jugak aku pasrah dan redha kena operate..takut tu jangan cakap la..

masa rawatan adalah hari sabtu dan ahad jer ada time pulak tu dari pukul 2 petang samapi pukul 6 petang jer..so masa tipon tu pakcik suruh bawak air jer..ok so aku pergi dengan En Hubby jer anak-anak aku tinggalkan dengan opah dia..bukan elok sangat bawak budak dah besar nie karang banyak mulut habis semua orang dia ceritakan..ambil langkah selamat..hahaha

masa sampai tu makkkk aiii punya la ramai..siap kena ambil nombor tu...tapi jangan risau bosan tunggu boleh minum ke makan ke..anak dia cerdik bukak kedai makan depan rumah so lama tunggu kita minum dulu..aku dapat nombor 50..hurmmm tunggula sampai kebas kaki aku..ramai jugak aku tengok semuanya yang tua.ada dua orang jer muda..aku dengan sorang budak pompuan tu..malu pulak muda-muda dah sakit..dah sakit kan nak buat camnekan..bila time aku dia baca ayar al-quran kat air .suruh minum pagi segelas malam segelas selama satu minggu..ok pakcik..memandangkan musim panas kejap jer air nie aku minum..Lepastu minta datang minggu depan bawa limau nipis..masa tunggu giliran tu jeling jugak tengok dia berubatkan..memang ada yang batu keluar melalui limau tu..nak percaya ke tidak yer?musykil jugak..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates