Tuesday 20 January 2015

Roller Blade Di KTM Ipoh

Assalammualaikum...

Dah lama tak keluar malam balik pagi -pagi buta tapi hari Sabtu lepas berjaya laksanakan..semua tak planning nak keluar malam tapi entah camne malam tu lakibini gedik nak keluar..seronok jugak sekali sekala keluar malam..

Aku pulak masa tu tengah pening-pening lalat tapi gigih nak jalan sempat aku telan pandol dulu..aku kalau sakit kepala nanti apa pun tak boleh ..so cepat-cepat cari penawarnya..tapi sebelum pergi malam tu sedih jugak sebab Nuqman tak ikut dia kat rumah opah dia..kesian dia kena tinggal..

malam tu kitaorang terus pergi stesen keretapi atau senang panggil dataran KTM..dulu-dulu ingat lagi kalau hantar pekerja aku nak balik kampung kat sini sunyi je sekarang havoc..bestla meriah sangat..kakak request nak main roller blade so kita layankan la..dia pun dah terror maian nie..aku tinggalkan dia main dengan ayahsu dia..pusing la ko dengan ayah su yer..

permaian roller blade nie tak ada la mahal sangat 1/2 jam RM 5..lama jugaklah.manakala kereta control  yang Amsyar naik ni kita remotekan dia nie pun 1/2 jam RM 10..okla la habis diterokai Amsyar tapi bila time out dia takmo keluar dari kereta tu nagis-nagis nak lagi..adoi anak bikin mama malu jer..nasib ada rekod dia naik tadi so senyapla dia tengok video dia tu..lega kepala otak mama ko..


kat sini macam -macam ada..kat sini budak-budak paling happy dah mak bapak just sediakan duit je naik main.. kalau rasa nak jimat boleh jer bawak la alat mainan sendiri yer..tapi masa kat sini aku dengan En Hubby asyik terkejut jer tengok orang yang baru nak belajar main kejap-kejap orang nie jatuh kejap orang kat depan jatuh..aku gelak tetap gelak tak ada nak cover nasib la sapa suruh jatuh depan aku akak terlatah dik tu yang gelak..hahaha..


sementara anak-anak tengah main bolehla menjamu mata tengok air pancut berirama yer..tak ada la bosan ..selain itu ada jugak ada budak-budak muda buat show..seronok je rlayan karang dah bosan kita pusing tengok anak muda buat breakdance..

air pancut



bubble belon pun ada jual
selepas tu pergi Kita river Front konon nak naik basikal yang kayuh 3 orang sekali tapi sayang dah tutup jam 11 malam..hurmm kecewa rasa hati aku..hahaha..


ala-ala I-City


sebab kecewakan gambar pun ihsan google je..tak ada mahal pun basikal tu yang solo RM 5 ..kalau kayuh naik dua orang RM 10..basikal kayuh 3 orang RM 15 semuanya setengah jam jer,,ok la kan harga dia..
sebab tak dapat naik terus ajak En Hubby makan sup Mak Endah..elok dan molek sangat kan makan nasi pagi-pagi buta padahal sebelum keluar rumah dah melantak nasi..syabas Noor berjaya mengemukan badan balik..hahaha..dah kenyang perut pun dah senak nak jalan pun malas akhir destinasi kita adalah balik rumah jer..nasib esok hari ahad boleh bangun lambat..yahoo..Insyaalllah aktiviti jalan-jalan tengah malam dan makan nie akan di buat lagi..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates