Friday 27 February 2015

Aktiviti Anak-anak kat Rumah Opah Pah & Tok Berahim

Assalammualaikum...

Amsyar memang la opah asuh dia bila aku kerja tapi kakak dan abang bila time cuti gedik nak pergi rumah opah..kadang-kadang tu si abang boleh nagis nak pergi rumah Opah..hahaha..

mana tak suka pergi sana orang semua dok pakat layan kerenah diorang..tu yang excited nak pergi tapi suruh pergi rumah Tok Abah banyak jer alasan diorang nie..hahaha

haritu diorang buat topeng muka..kalau aku tidak la nak layan membuatnya banyak lagi kerja yang aku boleh buat


3 beradik bertopeng

meh amsyar betul kan topeng kakak
si kenit nie pun tak padan orang bercerita dia pun bercerita jugak..tapi sayang topeng dia 1st putus..hahaha..ganas sangat main


abang jom lawan gaduh
nie kalau dapat tab memang tak ada orang lain dapatla..jenuh pujuk suruh simpan kadang tu sampai habis bateri aku kalau dia dapat main..tau jer nak slide ke nak bukak yang lain..budak sekarang gajet  di hujung jari jer..mama ko masa kecik tak merasa benda macam nie..yer zaman dah berubah

amboi kaki tu tak tahan

hurmm bukan main tenung lagi

ha sorok tu tengok apa tu?
hari tu ada wasup amsyar main koyak-koyak kertas...relax jer diorang tengok kalau kat rumah memang kena la dengan  aku 

syoknya main koyak-koyak

dah koyak boleh pulak tidur

dah bangun sambung koyak dan kena marah baru kemas

kalau kat rumah aku suruh kemas nanti dia jawab "mama kemas"..ehhh banyak hansome ko..tapi selalu aku jugak kena buat malas tengok sepah sakit biji mata aku..nanti sian En Hubby tengok rumah bersepah kan..








ni ada wasup gambo tapi jauh sikit diorang tengah makan bawah pondok..pondok nie atuk berahim buat sebenarnya tempat rehat opah lepas berkebun..

mop lantai


dah penat campak mop
hari tu mengemop rumah opah dia..hurm kalau kat rumah aku asyik "Amsyar no Amsyar"..karang jap-jap "Amsyar no"" jangan usik"..tapi ada dia kisah mama dia cakap beribu kali "no" main tetap main..tu pasalnya aku suka buat kerja rumah time diorang tidur..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates