Wednesday 4 February 2015

Johor Premieum Outlet

Assalammualaikum...

hurmm ikut cakap aku sorang taknak dengar..nak ikut cakap diorang jer..sabor jela..yela 5 suara lawan 1 suara sure yang satu akan  kalahkan..

aku bukan tak nak pergi banyak benda nak kena fikir meh aku senaraikan sebabnya biar depa tau bukan aku saje mengelakkan..
1. sebab isnin kerja tak boleh ponteng awal bulan report berlambak kena hantar
2. budak sekolah tapi aku pontengkan kesian letih
3. nak balik perak lagi jauh tu
4. takut anak-anak demam dan yg lebih penting aku takut kena migrain..
5. badan letih nanti aku nak marah..
6. badan aku manja kalau tak cukup tidur atau rehat..
7. duit untuk shoping tak ada..
 tapi disebabkan diorang berjaya menghasut kat aku dan tak boleh blah pulak bapak mertua aku pun hasut so terpaksa jugakla pergikan..En hubby memang gedik je la kalau nak berjalan..

dari bangi jam 11:30 pagi sampai JPO pukul 2:30petang..semua mengelijat nak shopping aku tak ada la just tengok jer bolehla..

ontheway JPO
bergambo dulu
sampai terus pergi tempat yang dituju..aku macam biasala kan just jeling jer walaupun dalam hati melonjak nak beli..tapi fikir jugak takut harga mahal ke tidak kan..mula-mula dorang masuk la setiap butik beli aku malas masuk takut terjebak so aku layankan la anak-anak kat tman permainan..masa tu tension giler wei kena jaga anak depa syok je masuk kedai nie masuk kedai tu..

dalam pukul 6 lebih aku call En hubby ajak pergi makan lapor giler last makan pukul 8 lebih pagi tadi..diorang nie shopping mengalahkan orang pompuan..lama giler..ingatkan lepas makan boleh balik lupa tak sambung balik shopping dan akhirnya aku pun terjebak..dari takada dari taknak sekali masuk tengok alahai tak ada la mahal mana..harga pun mampu nak beli..akhirnya dapat beli handbeg En hubby belikan nak bodek aku la tu..dan adik ipar aku belanja kasut..hahaha semua nak bodek aku la..yang penting duit aku tak keluar hari tu..En Hubby pun beli kasut jugak..budak-budak Ayah uda belikan baju..harga memang berbaloi la..patut ramai orang shoping sini.


hasil tangkapan di JPO
lepas dah settel semua keluar JPO pukul 9 lebih.. terus balik hantar uda kat bangi dan kitaorang terus direct balik Tapah..kerja giler diorang nie sampai pukul 4:30 pagi..so balik terus letak ketepi barang terus tidur..pukul 6:30 bangun pergi kerja..woooo pedih mata akak nie..

Tapiiiii yang best aku pulak giler nak shoping pergi sana harga memang berbaloi-baloi...so kena la kumpul duit nak beli barang..patutla Uda giler shoping kat sana..

No comments:

Post a Comment


Blogger Templates